Info AS; Satelit: Orang Ramai Dinasihat Tidak Sentuh Objek Pelik
Agensi Angkasa Negara menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.-Bernama
Satelit NASA terhempas ke bumi, lokasi belum diketahui
CAPE CANAVERAL (Florida): Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) mengesahkan satelit sains yang tidak lagi berfungsi seberat enam tan sudah jatuh dari ruang angkasa menuju ke bumi.
Dalam laman Twitter agensi itu, Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS)
memasuki ruang angkasa bumi awal pagi tadi tetapi lokasinya terhempas belum diketahui lagi. Difahamkan, satelit berkenaan akan terbakar keseluruhannya.
UARS adalah satelit terbesar milik NASA yang terapung di orbit tanpa kawalan sejak 32 tahun lalu.
UARS dilancarkan dari kapal angkasa Discovery pada 1991.
NASA menamatkan khidmat satelit berkenaan pada 2005 selepas menurunkannya ke paras orbit rendah. - AP
AS: Mengikut Maklumat BBC News, kemungkinan jatuh ke kawasan Lautan Pasifik.
http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-15034073
No comments:
Post a Comment