Kantoi! 'Pejuang Alam Sekitar' 'Mogok Lapar' Di Dataran Merdeka 'Ditangkap' Makan Di Hotel & Restoran (Pics)



Mogok Lapar Apa Ni? Baekk Punya Nasi Bungkuih! Elok la puok-puok ni geng pakatan haram, kalau tak pembohong bukan pakatan namanya.

PKR Hancurr! Pergolakan dalaman 3 cabang Pkr di Perak Semakin Kronik

PKR Perak berdepan masalah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beberapa Cabang parti itu diberitakan sedang bergolak.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa, kemelut dalaman PKR peringkat Cabang itu dikesan berlaku di Tambun, Tapah dan Lumut semakin parah apabila ahli-ahli jawatankuasa Cabang dan ahli-ahli lama bergerak dalam satu pakatan dinamakan Action Team PKR.Katanya, kewujudan kumpulan itu semata-mata untuk melawan calon-calon PKR yang sedia ada sebagai tindakan menolak calon-calon pilihan kroni pimpinan negeri.

“Di Tambun kemelut mereka makin parah kerana muncul satu watak dari luar PKR Tambun yang berusaha menjadi calon di Dun Hulu Kinta dan dikatakan mendapat restu kroni pimpinan PKR Negeri sekali gus mengetepikan calon dari Cabang Tambun yang telah bekerja keras selama ini untuk PKR Tambun.

“Tambah parah, apabila pemimpin Cabang Tambun dikatakan tidak serius menangani masalah tersebut kerana berada dalam keadaan selesa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Fauzi berkata, terdapat individu dalam parti dipercayai mempunyai kaitan dengan parti lawan mula menunjukkan minat untuk bertanding di kawasan itu dan tidak menghormati ahli-ahli Pakatan Rakyat (PR) di situ.Katanya, isu tersebut semakin hangat diperkatakan sekarang kerana ahli-ahli PKR Tambun dan kepimpinan Pas Tambun telah menentang individu tersebut daripada menjadi calon Pakatan Rakyat di situ.

Beliau berkata, amat malang bagi ahli-ahli PKR dan Pas Tambun jika watak ini benar-benar berjaya menjadi calon PR di Ulu Kinta.“Kemelut yang sama juga sedang melanda di Cabang Tapah dan Lumut. Ramai orang-orang lama di sana datang berjumpa saya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan calon di Parlimen Tapah, Parlimen Lumut dan Dun Pangkor adalah muka-muka baru yang dulunya adalah penentang kuat PKR.

“Sejak PKR mula ada kuasa dan ada tokoh-tokoh dari Barisan Nasional (BN) ini, PKR dilihat ingin menghalau dan mahu membunuh karier politik orang-orang lama yang berjuang untuk PKR bagi menaikkan muka-muka baru yang tak laku dalam BN,” katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli PKR di Cabang Tambun, Tapah dan Lumut sedang bersiap sedia untuk melawan calon-calon yang ditonjolkan oleh puak-puak pimpinan negeri tersebut melalui Action Team PKR tersebut.Katanya, tindakan itu dibuat kerana mereka menganggap suara dan tuntutan mereka tidak didengar dan tidak dihormati oleh pimpinan PKR Negeri.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Masyarakat Orang Asli Bakal Bangkit Untuk Melawan Penindasan Kezaliman Rejim PAS Klate!


Penduduk Orang Asli tunjuk papan larang ceroboh kawasan ladang rakyat di Pos Belatim dan Dakoh.

Himpunan Shamsidar

ADAKAH ANWAR BAKAL TERJERAT DENGAN SAMANNYA SENDIRI? HAHAHA
A.S MUDAH SAJA, BERANI KERNA BENAR , TAKUT KERNA SALAH.. MAI SAJALAH KE MAHKAMAH, BANYAK AKAI BETUL LA PECACAI PAKATAN NI NAK ALIH KES..
 

Pelajar ditemui mati tergantung di Kelantan

Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

GUA MUSANG - “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam.

A.S KATA, TAKZIAH DIUCAPKAN DAN SEMOGA AHLI KELUARGA ARWAH BAWA BANYAK-BANYAK BERSABAR.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Yang Buat Kerja Salib Orang Ni Hanya Budak Form 3 Anak Pemimpin PR!

dtenggara:ANAK ajar anak kurang ajar. Budak yang bawak rotan untuk memukul gambar Isa Samad itu ialah pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja mengambil keputusan PMR, anak kepada Zabidie Abas, Ketua AMK Johor dan juga Naib Pengerusi ANAK Johor. Namanya biarlah dirahsiakan.

Perlakuan puak-puak celaka ni semakin melampau. Mempergunakan budak bawah umur untuk agenda politik murahan mereka. Terdesak sangat takde orang nak ikut himpunan oren yang hambar tu!

Rebat RM200 Smartphone: Steady KJ Balun SKMM

AKU SETUJU 100% DENGAN KJ ATAS DESAKAN INI. KERAJAAN JANGAN BUAT KEPUTUSAN YANG MEMBERI PELURU KEPADA PEMBANGKANG UNTUK HENTAM KITA BALIK.

DARIPADA NIAT ELOK NAK BANTU GOLONGAN BELIA, SEMUA NI PUNCA SAJA NAK BAGI ORANG MUDA MELUAT KAT KERAJAAN. BAIK JANGAN UMUM TERUS MASA PEMBENTANGAN BAJET HARI TU LAGI BAGUSS!

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja."Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Jangan Terpedaya Dengan Himpunan Palsu Ini

Sebenarnya jemputan ini hanya satu tektik untuk meramaikan himpunan oren oleh ANAK bangang yang dijangka diadakan di depan ibu pejabat felda berhampiran dengan masjid tersebut. Kalau harap puak yang benar-benar generasi felda, berapa keratlah sangat.

Kenapa tak memilih berdemo depan menara dap? Kan itu lebih afdhal?
Yang jelaz puak pas kecut dengan karpal singh dan kroninya yang bilamana merela jerkah, semua lobai malang pas ini akan lari terkincit-kincit. KESIAN PAS KELEDAII....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Bekas ahli kumpulan Ruffedge nafi rogol anak tiri


Seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen, atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun pada Februari lalu.
Menurut laporan dari akhbar Harian Metro , bagaimanapun tertuduh yang tiba di mahkamah ditemani ibu bapa dan beberapa rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Tertuduh yang berusia 37 tahun didakwa melakukan perbuataan berkenaan pada pukul 9 pagi, 9 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur.
Bagi kesalahan tersebut, dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.
Hakim Roszianayati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh merayu diberi jaminan kerana dia perlu menyara dua anak kandungnya.
Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula.

Dua Lelaki Beraksi Kucup Parang Yang Meresahkan

Dua Lelaki Beraksi Kucup Parang Gusarkan Orang Ramai

Peniaga limau bali, Muhammad Ridhuan Tan, 38, bimbang perniagaannya terjejas berikutan kehadiran dua lelaki bersenjatakan parang berhampiran premis perniagaan sejak beberapa minggu lalu.

Bakal Bapa Mertua Apek Makan Hati Menjelang Hari Pernikahannya Dengan Leuniey

Aku harap Lieuniey dapat memperbetulkan semula kesilapan ini dengan menjemput bapa kandungnya secara yang terhormat. Ini bukan salah Apek.

Malik Itik, Salleh Man & Patahiyah Dapat Hadiah Batu Nisan!

NGO Serah Batu Nisan Kepada Exco Hal Ehwal Agama P.Pinang, YDP MPPP Dan MAINPP

Bikers Berdemo Di Seri Pentas TV3 Dimonopoli Oleh Puak Pro Pakatan? (Gambar-Gambar)

A.S: TV3 dah pun minta maaf, apa lagi mau kecoh-kecoh. Mau rilek sudah. Kalau betul korang menunggang secara berhemah di jalanraya, yang nak melenting lebih-lebih apasal? Kenapa perlu dicampur adukkan dengan politik? Peace Yoo..

17,000 mahasewel sedang meroyan di Dataran Merdeka


Sori beb, tersilap kira. 17 orang je mahasewel yang ada. Tu pun ditambah sorang aney yang turut bersama.
Puak mahasewel seramai 16orang yang bebal ni kununnya telah menawan dataran merdeka bagi menuntut pembebasan rakan mereka, Umar yang dipenjara sebulan di Penjara Kajang atas kesalahan menghalang penjawat awam.

Aku nak pesan kat 16 budak nangoi mahasewel ni, hormatilah keputusan mahkamah. Kenapa tak guna saja mahkamah rayuan?

Kitaorang tak berdemo pun bila mahkamah bebaskan Anwar kerana meliwat Saiful Bukhari tempohari walaupun ada pelbagai bukti yang jelas yang Anwar buat keje terkutuk tu!
Spenda pun mak bapak beli lagi, dah pandai tunjuk biadap protes undang-undang negara!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ada RM350 Sahaja?

Wang imbasan & proses radioterapi


Pas buat lawak sarkis di pagi hari

APA LAGI YANG KITA MAMPU KATAKAN SELAIN DARI PAS INI PARTI MUNAFIQ!

1001 ALASAN DIBERIKAN UNTUK MENGHALALKAN SEGALA PERBUATAN MEREKA.

PARTI YANG MEMPERDAGANGKAN ISLAM INI HANYA BERMAIN RETORIK SAHAJA DENGAN MENIPU RAKYAT WALHAL MEREKA SEBENARNYA MERUPAKAN ANJING BELAAN YANG TERLALU TAKUT DENGAN TUANNYA IAITU DAP!

Pas Kedah jawab kritikan, tidak perlu himpunan hudud

Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan pelaksanaan hudud di negara ini meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kian hampir.

Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas beranggapan bahawa ia tidak perlu diadakan walaupun perjuangan Pas adalah untuk menegakkan syiar Islam.Katanya, sejak penubuhan Pas pada tahun 1951, perjuangan parti itu adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam secara menyeluruh.“Kita mungkin akan adakan beberapa perhimpunan lain selepas ini di Kedah, tapi kita tidak mungkin adakan perhimpunan hudud.

“Kalau kita nak adakan himpunan hudud, maka kita perlu adakan juga himpunan-himpunan solat, puasa dan sebagainya.“Bagaimanapun, himpunan hudud ini bukan tidak penting, tapi perjuangan tentang hudud telah pun kita adakan melalui ceramah-ceramah, kuliah dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, walaupun Pas mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu mengenai hudud, tapi Pas tetap dengan pendirian Pas.“Tidak semestinya kalau kita memperjuangkan hukum-hukum Islam kita kena laksana himpunan hudud.“Kita adakan beberapa himpunan sebelum ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan isu-isu yang sedang berbangkit. Kita nak beri penjelasan yang sebenar kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan sebelum ini bahawa Pas sanggup ke depan untuk memperjuangkan pelbagai isu, tetapi tidak pula berhimpun memperjuangkan isu dasar parti itu iaitu Islam termasuklah isu hudud.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Alert! Warga Myanmar Jual Sayur Yang Dikutip Dari Tong Sampah

KUALA LUMPUR: Penjaja warga Myanmar umpama mendapat untung atas angin apabila tidak perlu mengeluarkan modal untuk berniaga selepas mereka bertindak mengutip sayur yang dibuang pemborong untuk dijual.

Tinjauan Sinar Harian selama dua jam bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi baru-baru ini mendapati sekumpulan warga Myanmar di antara lima hingga enam orang sedang khusyuk mengutip dan memilih sayur yang dibuang pemborong pada tong sampah besar terletak di luar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Tinjauan juga mendapati seorang wanita berulang alik sebanyak tiga hingga empat kali mengangkut beberapa bakul sayur tersebut ke luar kawasan pasar. Sayur-sayur tersebut dipercayai dijual kepada orang awam di luar pasar borong bermula jam 6 petang.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Nga Ko Meng Ponen Ugut Orang Pompuan

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.

Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.

``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 

``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,’’ ujarnya.Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.

``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,’’ katanya. Dato’ Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.

Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.

Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta. Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.- SungaiRapat

Published with Blogger-droid v2.0.8

Bukti Jelas Penolakan Pas Secara Total Terhadap Nurul Izzah

Banner ini dibuat oleh pemuda Pas lantaran kelancangan mulut izzah anak Anwar dalam satu forum di gereja tak lama dulu.

Hakikatnya ramai ahLipas yang tidak puas hati dan membangkang apa yang dilontarkan oleh Izah namun semuanya terpaksa menikuskan diri lantaran sikap pemimpin besar Pas sendiri ada yang tak ambil serius tentang hal tersebut.

Maka keluarlah banner diatas dipasang secara diam-diam agar ketidakpuasan hati mereka sekurang-kurangnya dapat dilepaskan juga.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Terkini dari depan Penjara Kajang. Hantu Lilin berkeliarann

Demo 2-3 kerat mahasiswa bebal diketuai Safwan Anang dan Khalid Ismath sedang berlangsung didepan penjara Kajang sekarang bagi menuntut pembebasan rakan mereka, Omar yang dipenjara sebulan mulai hari ini kerana kesalahan melawan penjawat awam semasa occupy di Dataran Merdeka tempohari.

Dikhabarkan mereka juga akan berkhemah beramai-ramai untuk menuntut pembebasan rakan mereka. Sudahlah kurang ajar dengan orang tua-tua, bebal dan biadap pula tu terhadap keputusan mahkamah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Siti Dalam Wad Dato K

Gambar Dato K? Belum sedia untuk didedahkan oleh Siti nampaknya.

Terkini: Pengakuan/kenyataan Speaker Dun Perak Berhubung Vcd Seks Fitnah PR

Pic hiasan

ENTRY AKU SEBELUM INI ADALAH DIRUJUK.
TERDESAKNYA PUAK PAKATAN, SEBARKAN VCD PALSU INI.
DATUK R GANESAN BERANI AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMFITNAHNYA WALAUPUN BELUM JELAS SIAPA PUNYA KERJA.

BANG NUAR ADA BERANI AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP ESKAY YANG JELAS KELUARKAN VIDEO NUAR MAIN DENGAN CHINA DOLL SEHINGGA KINI?

SEBAB APA? HANGPA PAHAM-PAHAM LA NOO....

VCD: Speaker Dun Perak beri amaran mahu ambil tindakan

IPOH - Berhubung tuduhan mengaibkan yang dilempar pembangkang hari ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan secara tegas menyangkal cakera padat video (VCD) kononnya aksi di dalamnya melibatkan diri beliau.

Katanya, perkara sedemikian adalah amalan 'gutter politic' yang semakin menjadi ikutan pihak pembangkang khususnya apabila tarikh pilihan raya umum seperti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya lagi, penyebaran VCD berkenaan juga jelas bertujuan untuk memalukan dirinya serta keluarga yang bakal menanggung malu akibat fitnah yang jijik ini."Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap fitnah yang dahsyat ini."

Saya juga memberi amaran kepada mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah ini kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika di Dun, hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gempar! CD adegan seks speaker Dun Perak Tersebar?

gambar hiasan

LAA.. PUAK PENCACAI PAKATAN MAIN FITNAH VIDEO SEKS KE?
DULU DUK KATA KAT UMNO WALAUPUN VIDEO TU BETUL, NI DEPA MAIN VIDEO FITNAH PULA? TERDESAK NAMPAK??

APAPUN, VIDEO HANYA BESI BAK KATA HADI AWANG. TAK BOLEH JADI BUKTI.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.

Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.

“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.“Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.

Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu.

Dalam pada itu, Ganesan menafikan terlibat dalam aksi yang didakwa dipaparkan dalam VCD itu.Katanya, dakwaan itu bertujuan mengaibkan kedudukan beliau sebagai Speaker Dun.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8