Akhbar Utusan Dibeli Oleh Mansor Othman?
Puak pakatan haram sering memfitnah dengan pelbagai gelaran negatif
terhadap akhbar utusan. Walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai fitnah negatif, akhbar utusan dan utusan online terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Apa yang menarik untuk diperkatakan, calon Pkr bagi parlimen Nibong Tebal iaitu Dato Mansor Othman tanpa segan silu dan rasa malu menggunakan khidmat Iklan berbayar utusan untuk mempromosikan dirinya menagih undi dari warga Nibong Tebal.Aikk? Apa ni? kalau aku jadi Mansor malu besar woii..
Ini juga membuktikan Utusa sememangnya berkredibiliti dan terbuka untuk memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira parti untuk mempromosikan diri mereka.
Adakah haprakdaily memberi ruang yang sama terhadap calon dari BN? Aku yakin tidak dan lagipun ranking alexa haprakdaily kian jatuh merudum akibat kemerosotan pembacanya..
Anwar Makin Bingung,1000 ahli PKR bangsa India Tinggalkan Parti Sokong Dr Mazlan
Pada 28 April 2013 pukul 2.00ptg, di Safira Club, Seberang Jaya, satu program keluar parti oleh ahli PKR bangsa India telah diadakan. Hadir seramai 1,000 orang. Program anjuran Ponnusamy - Pembantu DSAI.
Banner bertajuk Nak Percaya Siapa? dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil bersama gambar DSNTR dan DSAI. Calon BN PERMATANG PAUH Dr Mazlan hadir menerima sokongan kumpulan ini.
Banner bertajuk Nak Percaya Siapa? dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil bersama gambar DSNTR dan DSAI. Calon BN PERMATANG PAUH Dr Mazlan hadir menerima sokongan kumpulan ini.
Insiden Bom Di Bilik Gerakan BN Nibong Tebal; 2 Ditahan, seorang masih diburu
2 SUSPEK TELAH DI TAHAN POLIS UNTUK SIASATAN LANJUT DAN SEORG LAGI DIKENALPASTI DIBURU POLIS BERSABIT KEJADIAN LETUPAN BOM BUATAN SENDIRI DI TEMPAT KAWASAN CERAMAH TETAP BN JAWI NIBONG TEBAL PULAU PINANG PADA 23HB APRIL 2013 JAM 10 MALAM LALU.
POLIS MENYATAKAN ATAS PENANGKAPAN ITU AKAN BANYAK LAGI TANGKAPAN MEREKA YG TERLIBAT MENJADI DALANG KE JADIAN LETUPAN BOM ITU ,TERIMA KASIH PIHAK POLIS
POLIS MENYATAKAN ATAS PENANGKAPAN ITU AKAN BANYAK LAGI TANGKAPAN MEREKA YG TERLIBAT MENJADI DALANG KE JADIAN LETUPAN BOM ITU ,TERIMA KASIH PIHAK POLIS
Keadaan Terkini Insiden Letupan Bom di Bilik Gerakan BN Parlimen Nibong Tebal
siasatan masih dilakukan di lokasi berlakunya letupan |
status FB dari Tok Non |
Pihak polis forensik dan unit pemuznah bom dari IPK Pulau Pinang masih menjalankan siasatan dan mencari bahan bukti serta kemungkinan penemuan baru insiden pengeboman di Bilik Gerakan BN Parlimen Nibong Tebal sebentar tadi.
Boleh dikatakan insiden tadi sememangnya dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj program Anjuran Barisan Nasional yang mendapat sambutan 3,000 orang hadirin.
Alhamdulillah, kecederaan yang dialami oleh mangsa iaitu Sdr Zaidi tidaklah terlalu serius dan beliau dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan.
Timbalan Ketua Polis Negeri dan ketua polis daerah masih berada di lokasi kejadian.
#PR Samseng 6 Lelaki Berparang ditahan menurunkan bendera 1 MALAYSIA di P.Pinang
PULAU PINANG 22 April - Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru di sini awal pagi ini.
Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.
Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.
"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.
"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.
Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.
"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.
Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958
Wartawan RTM Meninggal Dunia Dibelasah Penyokong Pakatan???
Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.
Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.
"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.
"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN
Pak Nil Terbaik.. #Sokong BN
Datuk Aznil Haji Nawawi antara ikon artis yang memberikan 100% sokongan kepada Barisan Nasional serta banyak berkempen demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Antara contoh artis yang berwibawa dan berpemikiran ke arah kemajuan. Terdapat ramai lagi artist termasok Datuk AC Mizal dan lagenda rock tanah air Awie dan Amy Search
Antara contoh artis yang berwibawa dan berpemikiran ke arah kemajuan. Terdapat ramai lagi artist termasok Datuk AC Mizal dan lagenda rock tanah air Awie dan Amy Search
Bandi Amuk dan Ayie Ilusi Bikin Machai Pakatan Kepanasan #TolakPR
Shahrir (tengah) menyerahkan kemeja-T kepada Nasabandi (dua, kiri) dan Zaharuddin (dua, kanan) pada sidang media di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
Video terbaru pelajar perempuan bergaduh di Klate tersebar
Aksi pelajar bergaduh dalam klip video yang kini tersebar luas di laman sosial.
Dah tak buat, sabotaj pula. Apakah 7 projek itu?
Pengurusi PERDA, Datuk Azhar Ibrahim kata sejak (DAP ) pegang Pulau Pinang, 7 projek yang membabitkan hampir 5000 unit umah tak dapat dilaksanakan sebab tak diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri yang di monopoli oleh LGE.
Selain tu, sebuah projek perumahan PERDA sebanyak 300 unit rumah kos rendah di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau yang telah siap setahun lalu cuba di gagalkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang ( MPPP ).
" Kerajaan negeri banyak kerenah dengan memberikan pelbagai alasan yang tak logik. Mereka melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang ( MPPP ) enggan memberikan CF ke atas projek itu dengan menjadikan isu sungai & parit sebagai punca sedangkan ia dibawah kuasa Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ), selain mengarahkan kami meninggikan jalan di situ. Rumah yang disediakan untuk golongan berpendapatan rendah sudah siap tapi tak dapat di jual kerana tidak di berikan CF ".
Berikut adalah 6 lokasi projek perumahan PERDA yang enggan di luluskan oleh
( DAP ) Pulau Pinang :
1) projek pembangunan bercampur hotel 13 tingkat, 160 unit pangsapuri serta 313 unit rumah kos rendah & sederhana di Mukim 2, Teluk Bahang di kwasan seluas 6 hektar. Pelan perancangan dikemukakan ke MPPP pada 6/9/2007.
2)projek perumahan bercampur 512 unit di Mukim 11, Sungai Batu, daerah Barat Daya di kawasan seluas 10 hektar. Pelan dikemukakan pada 25/3/2008.
3)projek perumahan bercampur 2407 unit di Mukim 6 & 8, Pongsu Seribu, Penaga, seluas 142.4 hektar. Pelan dikemukakan pada 3/6/2011.
4)projek perumahan bercampur 677 unit di Mukim13, Tok Alang,Tasek Gelugor seluas 27.3 hektar. Pelan dikemukakan pada 9/12/2011.
5)projek perumahan bercampur 287 unit di Mukim 8, Pongsu Seribu, Penaga, seluas 14.7 hektar. Pelan dikemukakan pada 3/2/2012.
6)projek perumahan bercampur 718 unit di Mukim 13, Tok Alang, Tasek Gelugor, seluas 40 hektar. Pelan dikemukakan pada 31/10/2012.