Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Din Pudu Terkedu. Masuk Johor Nak Jadi Hero, Tapi Termalu!

Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, mencetuskan rasa kurang senang di kalangan penduduk lantas berlaku sedikit kekecohan.


. Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan. 


Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk menenangkan keadaan. 


Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis. 


Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi. 


Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul Rahim berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut. Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.


 “Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003 lagi. “Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib penduduk," katanya. 


Menurut Mohd Sultan, terdapat 96 tanah bergeran, 11 lesen pendudukan sementara (TOL) dan 434 lagi permohonan TOL masih diproses, yang mana kesemuanya terkandung dalam memorandum yang telah dihantar lebih awal. Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat, lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan. Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.


 “Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). "Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Warga Johor Lepas Geram Pada Guan Eng Musibat! (Gambar2)






Gambar diatas menunjukkan rakyat Johor di Pasir Gudang melepaskan kemarahan pada si Guan Eng kurang ajar.

Tadak pasal, lu cari pasal, lu masuk Johor masak lah lu wahai Guan Eng!

Lu sudah bikin orang Johor panas sama lu!

Guan Eng Musibat Otak Sempit, Hati Busuk..

MB Johor menyifatkan Guan Eng sebagai orang yang berotak sempit ekoran kenyataannya yang mengklasifikasikan Johor tidak selamat untuk pelabur asing.

Kenyataan Guan Eng dilihat seperti cemburu atas kejayaan Johor, selain cuba menarik pelaburan asing ke negeri yang diterajuinya dengan cara yang tidak berhemah.

“Ayat yang digunakannya seolah-olah beliau cemburu dan tidak bertujuan baik apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian di luar negara sekali gus memburukkan imej Johor dan Malaysia amnya.

“Kita tahu Lim dan ayahnya, Lim Kit Siang, selalu berkunjung ke sini (Johor). Tak pernah pun mereka kena culik. Ini hanya kenyataan ikut sedap mulut dan bermentaliti sempit,”

Baru-baru ni, akhbar melaporkan Guan Eng dalam satu temu ramah di sebuah stesen radio Australia dilaporkan berkata, Johor bukanlah negeri selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Kenyataan itu adalah tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.

“Dakwaan bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.

“Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan,” katanya.

Gambaran jahat Guan Eng yang cuba disebarkan tidak akan memberi kesan buruk kerana pelaburan masuk secara berterusan, terutama yang membabitkan pembangunan Iskandar Malaysia.

Ini terbukti dengan pengumuman terbaru syarikat dari China, Zhouda Real Estate Group yang memeterai perjanjian persefahaman projek dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) di Beijing untuk pembangunan kediaman dan projek komersial di Medini, Iskandar Malaysia, sepertimana yang dilaporkan di akhbar.

“Jika Guan Eng mahu berbangga dengan pencapaian Pulau Pinang, dia perlu ingat usaha membawa masuk pelaburan asing ke Pulau Pinang dimulakan sejak zaman mendiang Tun Dr Lim Chong Eu lagi.

“Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, pelaburan asing di Johor jauh mendahului dengan melibatkan pelbagai bidang, bukan setakat elektrik dan elektronik, malah dalam bidang berkaitan makanan, minyak dan gas serta perindustrian,”.

Yang Tidoq Tu Berundurlah.. Titah Tuanku Sultan Johor

Sultan Johor telah meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap tahap kebersihan di Negeri Johor. Inilah yang baginda perhatikan semasa program tahunannya iaitu Kembara Mahkota Johor yang melalui kesemua daera-daerah dalam negeri Johor.

Baginda Sultan Johor, (Sultan Ibrahim) juga membidas terhadap peranan Ahli-Ahli Majlis PBT yang kata beliau hanya tidur dan makan elaun buta iaitu sebanyak RM 500 sebulan.

baginda berpendapat Ahli-ahli majlis ini yang mana majoritinya dari parti-parti politik komponen BN, gagal menjalankan tanggungjawabnya dimana mereka ini dilihat gagal untuk memberi idea atau membuat cadangan bagaimanakah cara untuk memastikan negeri Johor lebih bersih dan indah.

Maaflah, AS terpaksa cakap benda ni. Orang kata, berkata benarlah walaupun pahit. Yang duk duduk kerusi Ahli majlis PBT tu yang mana rasa tadak peranan dan makan elaun buta baiklah berundur sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Johor.

AS tak mau perkara sebegini memberikan persepsi buruk rakyat terhadap peranan PBT didalam menjaga kebersihan sekitar Johor. Pilihlah dan lantiklah ahli majlis yang lebih efektif dan proaktif didalam menjalankan tugas. Semasa kita ada kuasa ni, pakat-pakat sedaqla. Rakyat sedang menilai! Takkan tak sedaq-sedaq lagi kot? jangan ingat Johor tu fixed deposit BN, hangpa boleh LENA!

MB Johor, Tolong Dengar Titah Sultan Johor Ini!


"Sebenarnya saya tidak setuju dengan kerja penambakan Pantai Lido melainkan kerja-kerja melebarkan jalan sahaja. Bapa, datuk dan moyang saya bina istana di tepi laut kerana pemandangan yang indah di tepi pantai."

'Kita bina masjid, bangunan Majlis Agama Islam Johor, mahkamah syariah, hospital dan Istana Bukit Serene semuanya menghadap laut dengan pemandangan cantik bersama tiupan bayu laut."

"Muka kita sudah cantik, mengapa mahu tampal dan tutup lagi?’ Apakah tanah di Johor sudah tidak ada hingga perlu menambak laut. Saya tidak setuju dengan pembangunan itu dan sudah sampaikan hasrat saya pada Menteri Besar Johor. Kalau di sebelah Stulang, tidak jadi masalah jika mahu tambak untuk dibangunkan dan diperindahkan dengan kawasan pejalan kaki. Pembangunan di Pantai Lido tidak perlu, dan cukup dengan Teluk Danga yang sudah dibangunkan.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...