Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Kedah Mantap. Lepas Roboh Surau, Bina Pusat Karaoke Sebelah Masjid!

Apa la nak jadi dengan kedah ni. makin hancur nampaknya di bawah PAS. Selepas pusat hiburan bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di Alor Setar dan Sungai Petani, Pendang yang pekannya agak pendalaman pun juga tak terlepas dari terkena tempias pembinaan pusat hiburan ini.

Bahkan lebih advance lagi, sebelah masjid pun dibenarkan beroperasi!
Mana pergi sensitiviti PBT atau pemimpin negeri itu?
Kalau tanya MB Azizan, dia akan kata, saya tak tau...

Lokasi sebuah pusat karaoke dan snooker yang terletak berhampiran masjid di Pekan Tanah Merah, Pendang, menimbulkan persoalan kerana ia dilihat beroperasi tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam.

Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pendang, Shaharol Niza Omar berkata, pusat karaoke dan snooker yang terletak di tingkat atas sebuah stesen minyak itu, beroperasi antara jam 10 pagi hingga jam 2 pagi dan sering dikunjungi golongan belia.

Menurutnya, pusat karaoke dan snooker berkenaan yang agak tersorok daripada pandangan umum itu dipercayai mula beroperasi sejak penghujung tahun lalu.

"Pusat karaoke dan snooker itu beroperasi setelah stesen minyak berkenaan dibuka pada 2010. Bagaimana ia boleh beroperasi di situ sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Saya difahamkan, pusat hiburan berkenaan sebelum ini beroperasi di Pekan Pendang namun kemudiannya berpindah dan beroperasi di atas stesen minyak terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shaharol Niza yang juga Bendahari Kehormat Majlis Belia Kedah, berkata, walaupun lesen hiburan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat namun pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa memberikan lesen premis.

"Timbul keraguan mengenai kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh yang juga Adun Alor Mengkudu, yang memaklumkan bahawa pusat hiburan di negeri ini, beroperasi setelah mendapat lesen yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

"Namun apa yang pasti, kewujudan pusat karaoke dan snooker ini adalah tidak sesuai dan boleh mengundang kepada pelbagai masalah sosial melibatkan golongan remaja dan belia," katanya.

Menurutnya, MAYC Pendang melakukan siasatan sendiri dan mendapati bahawa majoriti pengunjung ke 'Pusat Karaoke dan Snooker Pendang' terdiri daripada remaja dan belia Melayu.

"Maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati 'alamat utama perniagaan' adalah tidak jelas sebaliknya hanya dicatatkan beralamat di 'Bandar Baru Tanah Merah, 06700 Pendang, namun tidak dinyatakan dengan jelas nombor premis atau lot kedai.

"Ini bermakna pusat karaoke dan snooker ini boleh beroperasi di mana-mana lokasi di dalam kawasan Bandar Baru Tanah Merah. Tetapi bagaimana lesen premis berkenaan boleh diluluskan sedangkan lokasi operasinya tidak dinyatakan dengan jelas," katanya.-SH

Pusat Hiburan Bercambah Di Kedah. Nih Contoh Buat Kerja Cara Orang Islam Ka?

Kewujudan pusat hiburan di bandar Alor Setar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir Kedah.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, timbul kebimbangan di kalangan masyarakat setempat apabila wujud terlalu banyak pusat hiburan yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial di negeri ini.

Menurutnya, baru-baru ini beliau menerima rungutan daripada seorang penduduk di Alor Mengkudu, mengenai kewujudan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan, dalam saiz yang agak besar berbanding pusat hiburan biasa.

“Sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kedah, Pas ketika itu amat memberikan penekanan mengenai pusat hiburan namun apabila mereka memegang tampuk pemerintahan, wujud banyak pusat hiburan yang eksklusif dan tertutup.

“Kita perlu tahu apa tindakan Kerajaan Pas mengenai perkara ini, adakah kawalan secukupnya diberikan sekiranya pusat hiburan itu berlesen dan bagaimana pula dari segi penguatkuasaannya,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, masyarakat setempat risau mengenai kewujudan pusat hiburan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di pinggir bandar, namun kini saiznya lebih besar berbanding biasa.

“Mungkin (pusat hiburan) ini yang terbesar di Kedah kerana selalunya ia dibuat di rumah-rumah kedai, sebaliknya premis itu bagaikan sebuah kompleks dengan gambar yang agak ‘hebat’ pada dinding luar bangunan.

“Memang bisnes adalah bisnes tetapi bagaimana dari segi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, apatah lagi dalam kawasan Exco Kerajaan Negeri (Adun Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh),” katanya.

Menurutnya, beliau menerima gambar yang dikirim oleh penduduk dan turut difahamkan bahawa pusat hiburan itu beroperasi tidak sampai setahun.

“Penduduk di kawasan itu mahu penguatkuasaan dijalankan Kerajaan Negeri secara tegas kerana bimbang akan membawa kesan buruk kepada masyarakat Islam di kawasan berkenaan,” katanya.-SH-

A.S: Ostad Zizan dah pesan, buat kerja cara orang Islam.
Nanti bila rakyat pi ngadu/tanya kat dia masalah ni, maka akan keluarlah ayat stended dia yang akan keluar ialah saya tak tau!

Orang Kedah pakat-pakat pikiaq la no..

KR1M Bakal Dibuka Di Aloq Staq! Ostad Zizan Hang Jangan Putaq!


Kedai Rakyat 1 Malaysia di Alor Setar yang terletak di Teluk WanJah ini dijangka akan memulakan operasinya tak lama lagi.
Orang Kedah, A.S nak pesan pakat-pakat la pi beli kat sana.Tak rugi dengan harga yang amat berpatutan.

Hasutan dan fitnah terhadap KR1M yang dilancarkan dari puak pecacai tokei besaq cina seperti Nurul Izzah jangan dilayan. Depa tu auta saja lebih.

Nih semuanya salah satu usaha nak ringankan beban rakyat.
Ostad Zizan diharap bagi kerjasama yang sebaiknya disana.
Kerajaan nak bantu rakyat di sana yang mana majoritynya orang melayu kita.

Antara Kejayaan-Kejayaan Kerajaan PAS Kedah Dari 2008

Antara KEJAYAAN kerajaan PAS di Kedah mulai tahun 2008 sehingga hari ni :-

1. Rumah urut makin banyak didirikan.
2. Pusat hiburan semakin bertambah.
3. Pondan2 semakin banyak di area Stesen Keretapi.
4. Pelajar IPT ada yg menawarkan khidmat seks murahan di Alor Setar.
5. Pentadbiran Insaniah dah jadi caca merba.
6. Wakil2 rakyat PAS ada yg dah mula kelabu mata & pentingkan diri sendiri.

Kondom Bertaburan Di Alor Setar! Ostad Zizan Tak Tau Lagi Ka?

A.S: MANA PI USTAD ZIZAN NI?

TAKKAN NAK KATA DIA TAK TAU KOT?

JKKK MINTAK LAMPU JALAN PUN TAK LULUS!

SEBENARNYA MASALAH NI BERPUNCA KERANA KEADAAN KAWASAN TAMAN TU YANG TAK TERURUS DAN DIPENUHI LALANG. NAMPAK SANGAT PBT DI ALOR SETAR TAK BUAT KERJA.

Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.

Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.

“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.

“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.

Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan.

“Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan.

“Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya.

Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.-SINAR

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT YANG AKAN DIROBOHKAN OLEH KERAJAAN PAS KEDAH


FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri menyatakan akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di bawah pusat beli-belah tersebut.

Pelaburan Luar Di Kedah Merudum Teruk! Bijak.. Bijak..


Bukti orang yang 'pandai' memerintah:

Jumlah pelaburan di Kedah pada tahun ini iaitu sehingga Ogos adalah kedua terendah daripada 13 Negeri di Malaysia iaitu hanya RM724 juta berbanding Sarawak teratas sekali dengan RM 7.2 Biliion, Johor RM6 Billion, Selangor (RM 5.9 Billion) dan
P.Pinang (RM4 billion)

Untuk rekod A.S kongsi jumlah pelaburan ke Kedah semenjak dari 2006 untuk menunjukkan bijaknya pemimpin Kedah sekarang memajukan negeri:

2006 : RM 9.8 Billion
2007 : RM 13.9 Billion
2008 : RM 2.56 Billion
2009 : RM 1.49 Billion

Dapatkah kalian lihat kejatuhan teruk pelaburan semenjak Kedah ditadbir oleh PAS?
Kulim Hi-Tech yang dibangunkan oleh Kerajaan BN dahulu kini semakin layu di bawah PAS sedangkan banyak lagi tanah yang dirizabkan untuk pelaburan asing.

Kesian PKR Kedah. Tunduk Mengalah Sebelum Berjuang!

HIDUP SEGAN MATI TAK MAU :: Puak PKR punya bersemangat buka Bilik Gerakan N.12 Bakar Bata yang konon-kononnya nak rampas DUN N.12 Bakar Bata, P.009 Alor Setar sekaligus Putrajaya.

Tapi tengok-tengok dah KECUNDANG awai dah... Bendera dok tunduk malu sakan, lemah longlai.
Tu baru tengok tang bendera.
Kalau tengok tang pintu pagaq besi dia pulak ada MANGGA nak masuk pon tak buleh.... Sembang punya kemas kata beroperasi tapi rupanya hanya OMONGAN KOSONG... Kesiannya!

Bajet Kedah Defisit Teruk! Income 550 Juta, belanja 1008 Juta ! Awat Pecacai Tak Hingaq?

Semasa pembentangan belanjawan 2012 kerajaan pusat yang mana menyaksikan belanjawan defisit 4.7%, maka hingaqlah serata alam kununnya BN ni serba serbi tak pandai.

Nih apa kes plak, income dianggarkan RM550 juta, belanja sampai 1008 Juta? Nak hampir double belanja dengan income!

Cerdik sangat ka tu? Hahaha
Tapi senang saja jawapannya, duit tadak, tebang balakk... kan kan?

Lagi Bukti Kelemahan Kerajaan PAS Buat Naya Pada Orang Kedah..

Penduduk Flat Semakin Susah Dapat Bekalan Air

SUNGAI PETANI, 30 Okt -- Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan flat Taman Ria Jaya di sini yang sudah dua tahun mengalami gangguan bekalan air kini menghadapi kesulitan teruk kerana terputus langsung bekalan air sejak dua minggu lepas.

Penghuni di Flat Paya Nahu 2 itu sekarang bergantung pada saluran pili bomba yang berdekatan menampung dan mengangkut air ke unit rumah masing-masing untuk kegunaaan harian menimbulkan kesusahan.

Seorang penduduk, S. Ananthan, 38, berkata masalah bermula apabila hanya sebuah sahaja daripada tiga pam penyedut air ke flat berkenaan berfungsi, mengakibatkan bekalan tidak sempat masuk ke takungan untuk dialirkan ke setiap unit rumah.

"Sudah banyak kali kami membuat aduan tetapi sehingga ke hari ini belum ada pihak berkenaan mengambil sebarang tindakan membaiki pam berkenaan, malah tidak langsung datang melihat," katanya.

Beliau berkata ada 22 blok dan satu blok ada 56 unit rumah di kawasan flat berkenaan yang penghuninya mengharapkan pihak berkenaan datang membaiki pam yang rosak itu bagi mengatasi masalah mereka.

Seorang lagi penduduk Rozekna Hashim, 45, berkata dia mengharapkan Kerajaan Negeri Kedah prihatin terhadap masalah mendapatkan bekalan air bersih dengan segera untuk mereka.

"Air dari pili bomba ini pula berpasir dan menyukarkan kami untuk masak hanya setakat mandi dan membasuh sahaja. Tambahan pula ramai penghuni di sini warga emas dan budak-budak yang terpaksa mengangkut air," katanya.

Aniza Ismail, 40, berkata yang menyedihkan walaupun tidak dapat bekalan air bersih bilnya masih terpaksa dibayar melibatkan lapan buah blok flat.

"Kami meminta wakil rakyat turun padang tinjau masalah kami ini tidak kisah siapa pun yang memerintah janji kebajikan dan hak rakyat dibela," tambah beliau.

Falijah Mat Taib, 28, berkata setiap hari dia dan ahli keluarga terpaksa turun ke bawah mandi di pili bomba, dan kalau ada pun sikit sahaja dalam tempoh dua jam tadah terpaksa pula memikul tong berat naik tangga angkut air.

AS: KESIAN, ORANG KEDAH.. SAMPAI BILA PUN TAK SELESAI MASALAH-MASALAH CAMNI..
SELAGI KEDAH DIPEGANG OLEH ORANG YANG TAK BOLEH BUAT KERJA, BEGINILAH JADINYA..

PRU13 ORANG KEDAH KENA KALIH BUANG LA DEPA NI
TRY BAGI BALIK KEPADA BN UNTUK MEMERINTAH
INSYALLAH, MASALAH SEPERTI INI DAPAT DISELESAIKAN SEGERA..

Tu Dia! Hampir Satu Kampung Dah Jadi Ahli UMNO!

HAMPIR SATU KAMPUNG SUDAH JADI AHLI UMNO

“Hanya tinggal tiga rumah di Kampung Padang Limau Dalam yang masih menyokong Pas,” kata bekas Pengerusi Tetap Pas Cawangan Padang Limau Dalam, Mohd Khair Hassan, 48, selepas program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan kampung itu kelmarin.

Mohd Khair berkata, 20 ahli dan penyokong Pas di kampung itu mengambil keputusan untuk menyertai Umno setelah kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan di situ.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang tidak menunaikan janji kepada rakyat.

“Kami kecewa dengan kepimpinan Pas yang hanya pandai menabur janji tanpa menunaikannya dan setiap masalah penduduk di sini yang diutarakan kepada pucuk pimpinan tidak pernah diendahkan.

“Alasan yang sering diberikan ialah tidak ada bajet dan peruntukan kerana mereka (Pas) baru menang pilihan raya,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan borang keahlian Umno dalam program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan Kampung Padang Limau Dalam, kelmarin.

Mohd Khair berkata, beliau menjadi penyokong Pas selama 10 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak ada sedikit pun perubahan dilakukan oleh parti itu kepada rakyat di situ.

Malah, setiap janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya lalu langsung tidak ditunaikan.

“Apa yang membuatkan saya paling kecewa ialah apabila salah seorang pucuk pimpinan Pas mengatakan kepada saya bahawa jika mahu senang, lebih baik sertai Umno.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap yang ditunjukkan mereka dan mengambil keputusan untuk sertai Umno,” katanya.

Mohd Khair berkata, ahli dan penyokong Pas di kampung terbabit mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno dan kini hanya tinggal tiga rumah sahaja yang masih enggan mengikuti jejak mereka.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Padang Limau Dalam, Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata, penyertaannya dalam Umno adalah kerana kecewa dengan sistem pentadbiran dan pengurusan Pas yang tidak bersistematik dan gagal merealisasikan program berdasarkan kehendak golongan muda di kampung itu.

“Setiap program membabitkan golongan muda yang diusulkan kepada pucuk kepimpinan Pas di sini pasti berakhir dengan pelbagai kekangan dan masalah.

“Alasan yang selalu diberikan adalah dari segi bajet. Malah bukan itu sahaja tetapi dari segi pelaksanaan terhadap sesuatu perkara juga kurang memuaskan seperti menjaga kebajikan rakyat di sini,” katanya.

Selain 20 bekas ahli dan penyokong Pas yang menyertai Umno dalam program itu, seramai 26 pemuda Kampung Bukit Lalang turut menjadi ahli baru Umno manakala 24 penduduk yang masih belum menyertai mana-mana parti turut berbuat demikian menjadikan jumlahnya 70 orang.

Hadir sama Setiausaha Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohamad Firdaus Mohamad Zakaria.-SH-

Lagi Penindasan Kerajaan Kedah Terhadap Rakyat

Kesian kan? Rakyat Kedah yang dah 40 tahun gunakan laluan tu hasil kutipan dari penduduk dimusnahkan begitu sahaja oleh anak-anak buah Ostad Zizan yang tiada hati perut.

Sudahlah kerajaan Pusat bagi dana untuk membaiki jalanraya, mereka gunakan untuk benda lain, mereka menganiaya lagi rakyat dengan merobohkan laluan yang rakyat gunakan.

Ada ka patut?

PROTES... Kira-kira 100 pesawah dari Kampung Kalai, Kampung Bukit Minyak dan Kampung Kura membuat bantahan terhadap tindakan anak syarikat kerajan negeri Kedah yang merobohkan laluan yang telah digunakan lebih 40 tahun oleh penduduk untuk ke kawasan sawah di Kampung Asam Pagi, mukim Padang Peliang, Pendang.

Penduduk kecewa dan kesal kerana laluan pintas yang mereka merentangi anak sungai dimusnahkan pihak berkenaan hingga menimbulkan kesukaran kepada mareka.

Laluan yang dahulunya diperbuat kos hampir RM6,000 adalah hasil kutipan penduduk.-BERNAMA

Kerajaan PAS Kedah Memang Tak Amanah! Muka Tak Malu!


Adaka patut?, wang yang diperuntukkan oleh kerajaan Pusat untuk penyelenggaraan jalan raya di Kedah, digunakan untuk membayar gaji dan pentadbiran negeri!

Perkara ini diakui sendiri oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah.

Patutla Ostad Jijan berlakon hebat kununnya Kedah berbelanja secara berhemah.
Mana taknya, belanja guna duit orang simpan duit sendiri bijak sangat la tu! Sapa pun boleh buat!

Kerajaan PAS Kedah tak amanah pada diri sendiri. Mereka menyalahgunakan wang kerajaan pusat yang diberi kepada rakyat Kedah menikmati jalan raya yang lebih baik, sebaliknya mereka menyonglap untuk kegunaan bayar gaji dan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Banyak punya cantik! Muka Tak Malu!

Ostad Zizan Kena Badi Sejarah MB Kedah?

LAPORAN mengenai ada usaha untuk menggantikan Datuk Seri Azizan Abd. Razak sebagai Menteri Besar Kedah bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Sebenarnya Pas Kedah sudah lama berada dalam pergolakan berikutan usaha-usaha untuk menjatuhkan Azizan oleh kelompok tertentu dalam parti berkenaan.

Selama ini usaha itu terbantut kerana Azizan masih boleh mentadbir, biar pun Kedah dilihat tidak mengecapi apa-apa kemajuan di bawah kepimpinan Pas.

Namun begitu serangan jantung yang dialami oleh Azizan dijadikan alasan terbaik kepada kelompok tertentu untuk melaksanakan agenda menyingkirkan beliau.

Ini belum lagi termasuk bagaimana wujudnya gerakan secara senyap-senyap bagi menjatuhkan Azizan yang sekali gus bertujuan menamatkan penguasaan golongan ulama dalam pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun seperti mana kata seorang pemerhati politik, krisis yang berlaku telah menyerlahkan perebutan kuasa antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas Kedah.

‘‘Golongan ulama tidak ada ‘pewaris’ berbanding golongan profesional, tetapi soalnya bolehkah golongan profesional menjadi lebih baik daripada golongan ulama dalam mentadbir Kedah,’’ tanya beliau.

Beliau melontarkan persoalan itu kerana melihat siapa juga daripada golongan profesional yang menggantikan Azizan mereka tidak ada kekuatan politik.

‘‘Kekuatan antara satu sama lain sama sahaja tetapi saya lihat Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi (ADUN Pengkalan Kundor) lebih sesuai memandangkan sikapnya yang tenang,’’ katanya.

Namun begitu kata beliau, pelantikan Phahrolrazi tidak akan menyelesaikan masalah kerana sudah pasti puak yang menyokong Datuk Amiruddin Hamzah (ADUN Anak Bukit) akan melakukan penentangan.

‘‘Jadi untuk jalan tengah mungkin Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai) dilantik,’’ katanya.

Untuk rekod, Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, ialah jurutera awam manakala Mohamad Taulan, 69, seorang peguam.

Bagaimanapun pemerhati politik itu lagi yakin bahawa siapa pun yang menggantikan Azizan, pergolakan politik dalaman Pas Kedah tidak mampu dielakkan.

‘‘Malahan Pas Kedah juga berhadapan dengan dilema apakah mengekalkan Azizan satu langkah yang baik atau menggantikan Azizan lebih baik,’’ katanya.

Namun begitu ketika Pas pusat sudah merancang penggantian Azizan, tuan tubuh sendiri tidak bersetuju dengan langkah berkenaan dan sudah memberi isyarat awal untuk menentang langkah itu.

Dalam kenyataannya, Azizan berkata, ‘‘Saya ok tetapi sesetengah orang tidak mahu saya berada di situ (kerusi menteri besar) lagi, sesetengah pula mahu saya mati.’’

Penulis percaya kenyataan Menteri Besar Kedah tersebut sudah tentulah merujuk kepada kelompok tertentu di dalam Pas yang sememangnya sudah lama mengidam kerusi Menteri Besar.

Mungkin akibat pergolakan dalaman inilah Pas tidak mampu mentadbir Kedah dengan sempurna dan yang menjadi mangsa ialah rakyat.

Ia belum lagi termasuk tahap kesihatan beliau yang dikatakan sudah berada di tahap yang tidak mengizinkan.

‘‘Saya berpendapat Azizan sudah tidak mampu lagi dari segi kesihatan,’’ kata satu sumber.

Kini, selain kegagalan untuk membawa apa-apa perubahan kepada Kedah demi kesejahteraan hidup rakyat, Pas juga berhadapan dengan masalah politik dalaman.

Keadaan ini jika berterusan akan merugikan rakyat Kedah tetapi persoalannya sejauh manakah UMNO Kedah akan mengambil kesempatan terhadap pergolakan berkenaan.

Kebiasaannya UMNO negeri itu dilihat bukan sahaja lewat malah lambat untuk mengambil kesempatan, kita bukannya mahu UMNO Kedah campur tangan dalam pergolakan dalaman Pas tetapi cukup dengan menyedarkan rakyat bahawa Pas tidak sebaik mana, biar pun mereka sering melaung- laungkan mereka lebih baik dan sempurna berbanding UMNO.

UMNO Kedah perlu tunjuk kepada rakyat inilah sikap pemimpin-pemimpin Pas apabila sudah berkuasa mulalah hendak jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain sehingga agenda pembangunan negeri terbantut.

Oleh itu ketika Pas bergelut dengan masalah dalamannya, UMNO Kedah perlu memperhebatkan gerakan mendekati rakyat dan bukannya bak kata orang, ‘‘Pas tengah sakit, UMNO terus tidur’’.

Selain itu, turut menjadi perhatian kita ialah sejauh manakah Azizan mampu ‘menyelamatkan diri’ daripada menjadi ‘badi’ kerusi Menteri Besar Kedah.

Ia kerana biar pun Azizan mewakili Pas namun ‘badi’ yang menyaksikan pemegang jawatan itu turun dengan penuh kontroversi kini memburu beliau.

Sejarah politik Kedah sebelum ini sudah membuktikan hakikat berkenaan bermula daripada Tan Sri Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin, Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin, Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Semuanya turun daripada ‘takhta’ Menteri Besar Kedah dalam keadaan kontroversi, tetapi nasib Azizan dilihat lebih cenderung mendekati perjalanan politik Syed Razak yang dipaksa berundur kerana masalah kesihatan.

Apakah Azizan akan terselamat daripada badi berkenaan? Sama-samalah kita tunggu kesudahannya yang pasti politik tetap politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal, sebaliknya hanya berkisar soal kuasa dan kedudukan.-UM-

Kerana Mulut Badan Binasa! Mat Sabu Bakal Diharamkan Jejak Kaki Ke Negeri Kedah??


Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.

Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.

"Saya tahu Kedah diperintah Pas dan Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Pas tapi Tuanku Sultan memiliki kuasa mutlak untuk mengeluarkan perintah melarang Mat Sabu memijak bumi Kedah.

"Kita tak mahu Mat Sabu menjadi lebih biadab dan bercakap hanya mengikut sedap hati beliau sahaja," katanya kepada hari ini.

Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan, seluruh anak-anak gayung merasa terkilan dengan kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan Mat Sabu itu.

Contoh Kerajaan Berkebajikan PAS Kedah! Sewa Bazar Aidilfitri RM6,000!!

Anak buah saya dua hari yang lalu yang tinggal di Alor Setar sempat mengunjungi bazar Aidilfitri yang menjadi acara tahunan. Deretan khemah, gerai yang menganjur di Dataran Tunku dihadapan Bangunan UMNO Kedah melimpah sehingga ke depan Kedah supermarket.

Tanpa deretan bazar ini yang mengadap Pekan Rabu, institusi niaga unggul umat Melayu Kedah, maka Aidilfitri dan sambutannya di Alor Setar dirasa tidak lengkap dan kurang meriah. Dan anak buah saya yang membawa anak dan isterinya untuk membeli pakaian raya sempat berbual dengan beberapa peniaga di situ. Dapatan paling menarik, sewa gerai melambung tinggi mencecah RM6,000, ada peniaga yang mendapat tiga buah gerai sekaligus, ada yang tidak mendapat langsung meskipun undian pemilihan peniaga dikatakan dibuat secara undi terbuka..

Jika sewa khemah dan gerai yang luasnya 20X10 atau 10X10 itu mencecah RM6,000 bayangkan peniaga kecil-kecilan yang 100%nya adalah umat Melayu Islam terpaksa berikhtiar untuk membuat untung bersih purata sehari RM200 bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Namun dua minggu seminggu dua kebelakangan ini hujan, ribut menjadi semacam satu tren di bandaraya Alor Setar.

Jumlah pengunjung pula agak suram dan mungkin hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri baru menampakkan kemeriahan pengunjung. Itupun kuasa beli pengguna kian menurun, kerana ramai yang lebih berhati-hati dan berjimat cermat meskipun kakitangan awam baru sahaja beroleh bonus setengah bulan gaji..Nampaknya inilah nasib dan himpitan yang terpaksa diharungi oleh peniaga kecil umat Melayu yang mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan disebuah negeri berkebajikan yang menjanjikan slogan SEJAHTERA untuk rakyatnya.

Dan rasanya tidak perlulah kita memanjangkan hal ini kepada pembesar negeri KEDAH DARUL AMAN ini yang kini masih lagi dalam medication, dipantau kesihatannya oleh doktor kesan penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Justifikasinya jika diajukan sekalipun maka jawapan si pembesar negeri yang berjawatan MB ini tentulah, 'SAYA TIDAK TAHU, SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'..

Maka bersabarlah kita semua di bulan mulia ini dalam menanggung pelaksanaan 'NEGERI BERKEBAJIKAN' di negeri KEDAH DARUL AMAN. sumber

Kedah Hebat! Promosi Arak Sempena Raya!!

Sebuah pusat nyanyian karaoke yang bernama Kafe PC Blue menawarkan promosi Merdeka Raya kepada pelanggannya dengan bilik karaoke percuma dan tiga jag minuman keras dengan harga RM99 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta hari kemerdekaan yang ke-54.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, gambar kafe tersebut diterimanya melalui emel, terletak di Sungai Petani, Kedah, dan mempersoalkan kewajarannya menawarkan sesuatu yang haram sempena hari kebesaran umat Islam.

“Agak menghairankan bagaimana Kerajaan Pas Kedah boleh membenarkan kafe itu buat promosi sebegitu.

“Promosi itu lebih kurang insiden The Star yang meletakkan gambar hidangan babi sebagai juadah berbuka puasa baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang menghantar gambar tersebut kepada mynewshub.my berkata, sewajarnya sebuah Kerajaan yang membuat kerja cara Islam, tidak akan membiarkan hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dipromosikan dengan hidangan arak dan perkara yang melalaikan itu.

Sebelum ini, Mukhriz mempersoalkan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, kelab malam, pub dan rumah urut tumbuh bagai cendawan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak negeri yang 80 peratus majoritinya umat Islam itu diteraju oleh Kerajaan Pas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, bagaimanapun memberi alasan bahawa pusat-pusat hiburan itu dibuka secara haram dan beliau maklum mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu.

Kedah hanya mempunyai dua premis pusat hiburan berlesen ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu dan bilangannya meningkat mendadak selepas diambil alih oleh Pas serta Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12, tahun 2008 yang lalu-bloghub

Ostad Zizan Makin Kronik Kerana Gagal Lucutkan Jawatan ADUN?

Mahkamah Rayuan putuskan Hassan Sarif masih ADUN

PUTRAJAYA 18 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi ADUN. — Bernama


Maka gagallah perancangan jahat kerajaan PAS Kedah untuk menidakkan hak seorang ADUN BN dari terus berkhidmat kepada rakyat.
Ketidakhadiran YB Abu Hassan ke Sidang Dewan DUN adalah kerana beliau sakit!

Maksiat Makin Menjadi-Jadi di Kedah!

Apa nak jadi dengan budak-budak di Kedah ni??

Apa ostad Zizan buat selama ni? Adakah dia sememangnya TAK TAU?
Baru saja dia jatuh sakit pun.
Mana pi penguatkuasa dibawah majlis agama di bawah negeri Kedah?

Maksiat sememangnya makin membimbangkan di negeri-negeri pakatan haram. Negeri dibawah PAS pulak tu!

Kalu P.Pinang jangan kata lah, dah jadi negeri maksiat yang semakin bermaharajalela di bawah kendalian Guan Eng!


KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar fail.


Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu.

Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.

Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini.

“Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya,” katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar.

Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

“Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

“Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing,” katanya.

Bukti Ketidaksepakatan PR Kedah!


AnakKedah007

Aku heran betoi mamat DAP sekoq yg ada kat KEDAH nie...benda tak ada isu gatai mulut nak bercakap jugak. dok nak tunjuk hebat menatang haram bejadah apa taktau....gila statement dgn wartawan jugak kot..... Pada2 lah mangkok oi nak bercakap..awat yg kalut sangat nak budget ramadhan tuuu awat hg sorg ja tak dapat org lain dah dapat dah... gunalah duit poket sendiri sat lepas nie claim balik laa bila azizan masuk kerja nanti....itu pon nak kena ajaq kaaa

Dulu kalut berebut DUN DERGA, lepas tu bab KANDANG BABI... lanie mai bab nie pulak... nama saja PAKATAN tapi bercakap macam tak ada ikatan apa-apa langsung....last kena satu BANGANG dari aku....

Mohon peruntukan Ramadan disegera JITRA - Kerajaan Negeri diminta menyegerakan kelulusan penyaluran peruntukan khas bulan Ramadan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penyokong kerajaan bagi membolehkannya digunakan untuk kepentingan rakyat. ADUN Bandar Darulaman, Lee Guan Aik berkata, peruntukan khas Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat (PR) adalah bergantung kepada kemampuan dan kebiasaannya diterima sebelum bulan Ramadan. Beliau memahami kelewatan penerimaan peruntukan khas itu disebabkan masalah kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur hingga tugasan pejabatnya tertangguh. "Bagaimanapun, saya berharap ada pihak yang menanggung sementara tugas Menteri Besar dalam menandatangani kelulusan peruntukan khas Ramadan memandangkan ia penting untuk diagihkan kepada masjid dan golongan yang memerlukan. "Tahun lalu, kami menerima lebih kurang RM5,000 daripada Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Tahun ini saya tidak pasti jumlah peruntukan yang bakal diterima," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam. Guan Aik yang juga Pengerusi DAP Kedah/Perlis berkata, sekiranya peruntukan khas itu lambat diterima, beliau tidak ada pilihan lain melainkan menggunakan wang saku sendiri terlebih dahulu. "Tahun lalu, saya menggunakan peruntukan khas Ramadan yang diterima untuk diagihkan sebanyak RM300 pada setiap masjid dan surau di Bandar Darulaman dan Derga selain RM100 kepada anak yatim," katanya. Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh meminta semua ADUN PR bersabar memandangkan penangguhan kelulusan peruntukan khas bulan Ramadan disebabkan masalah kesihatan Azizan. Menurutnya, ADUN PR juga perlu menyedari Azizan akan dibenarkan memulakan tugas tidak lama lagi dan sebarang urusan melibatkan Kerajaan Negeri akan diselesaikan segera. "Kerajaan Negeri tidak perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menanggung kerja Menteri Besar kerana Datuk Seri Azizan (Abdul Razak) akan kembali bertugas tidak lama lagi. "Saya minta isu ini tidak dibesar-besarkan dan peruntukan akan disalurkan bila sampai masanya," katanya.

AS nak gelak besaq la bulan-bulan posa ni. Hahaha..
Sebab duit peruntukan ramadhan pun nak kecoh serata alam puak-puak pakatan haram ni.

Semua muka kelapaq duit nak jual nama kat rakyat dan sambil tu boleh la selit sikit-sikit..

Camna la puak hamPAS ni urus negeri, sebab MB sakit masuk wad, nak buat kerja yang mudah untuk rakyat pun dah tersangkut..

nampak sangat pas ni hampas, tak reti mentadbir negeri..

nak sediakan pelan kontigensi pun tak reti seandainya MB tiada di kawasan..
So, ternyata MB Kedah Gagal Lagi buat kesekian kalinya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...