Showing posts with label pru. Show all posts
Showing posts with label pru. Show all posts

Sebelum PRU12, Tiada Yang Berani..


Sebelum PRU12 iaitu kira-kira hampir 4 tahun lepas, sebelum Pakatan Rakyat menang banyak kerusi dalam PRU12,
tiada siapa berani perjuang hak asasi golongan gay/lesbian secara terang-terangan, tiada siapa berani melawan titah Sultan,
tiada siapa berani pertahankan gejala kristianisasi,
tiada siapa berani bercakap tentang niat untuk mengubah bendera Malaysia dan banyak lagi untuk disenaraikan.

Apa akan jadi pula 4 tahun dari sekarang? Pilihan di tangan kita. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai...

Dakwat Kekal Mudah Dipadam! Camne Ni Juak Pakatan Haram??

Kajian di Eropah, dakwat kekal mudah dipadam

PUTRAJAYA 14 Sept. – Satu kajian yang dijalankan di Eropah mendapati dakwat kekal yang diinginkan pakatan pembangkang untuk digunakan dalam sistem pilihan raya di negara ini mudah dipadam dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, maka tidak hairanlah United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) juga enggan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya di negara masing-masing.

Dalam hubungan ini, kata beliau, desakan pembangkang melalui Bersih 2.0 termasuk menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya dakwat kekal digunapakai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah tuntutan yang tidak berasas.

“Jika guna dakwat kekal sekali pun ia tidak akan menjamin ke arah kebaikan kerana jelas terbukti bahan tersebut boleh dipadam dengan cara yang mudah.

“Tiada guna untuk bertelagah dalam hal ini memandangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) bagi memastikan memastikan proses pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan penggunaan dakwat kekal yang merupakan salah satu daripada lapan cadangan yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan kini telah diambil perhatian oleh SPR untuk dipertimbangkan.

Menurut Fadillah, JTP akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh SPR sebelum dilaksanakan pada PRU-13 sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Selain itu, katanya, pihak pembangkang sepatutnya menerima dan menyertai JTP kerana ia merupakan peluang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang sepatutnya menyambut baik cadangan kerajaan itu kerana ia merupakan platform terbaik kepada mereka untuk mengkaji semula perjalanan pilihan raya di negara ini,” katanya.

Saat Dah Tiba, DUN Sarawak dibubar Isnin Ini

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan Isnin ini

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...