Kenapa Azmin Ali terlalu istimewa bagi PKR/Anwar?


Persoalan ini bukan hanya berlegar di kalangan orang UMNO sahaja. Tetapi turut berlegar di kalangan ahli PKR sendiri terutamanya pimpinan atasan parti yang jelek melihat Azmin Ali secara jelas ingin menjadikan parti itu sebagai hak milik mutlak beliau.

Pengaruh Azmin Ali ...menguasai parti itu bukan sahaja melibatkan diri beliau sahaja tetapi turut melibatkan pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Antara yang jelas menyokong segala tindakan Azmin ialah Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar.

Sebagai bukti apabila Azmin Ali menggunakan pengaruhnya untuk menaikkan Shamsul Iskandar sebagai ketua AMK pada tahun 2007 dan menolak semua calon pro Ezam demi mengelakkan bekas ketua AMK itu mempunyai pasukan yang kuat di dalam PKR.

Amat malang sekali Nurul Izzah yang juga bertanding sebagai timbalan Ketua AMK pada masa itu turut kalah kerana permainan Azmin Ali ini. Untuk rekod Nurul Izzah adalah menyokong dan menghormati kepimpinan Ezam Mohd Nor sehingga ke hari ini walaupun bekas Ketua AMK itu keluar PKR dan menyertai UMNO pada tahun 2008.

Usaha Azmin menaikkan Shamsul Iskandar ini dibalas Ketua AMK itu dengan mengetuai gerakan menaikkan Azmin Ali di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak sehingga beliau terlupa untuk berjuang menyelamatkan idola beliau Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Terbaru adalah tindakan politik Azmin yang memastikan pencabar terdekat beliau Zaid Ibrahim bercuti panjang untuk menguruskan hal-ehwal Pakatan Rakyat dan Khalid Ibrahim diserang dengan pelbagai isu di Selangor hasil pembocoran maklumat oleh orang-orang Azmin sendiri.

Kini setelah pengunduran Syed Husin Ali semakin menjadi nyata. Gerakan ini dikuatkan dengan campur tangan Anwar yang ingin memastikan 'kekasih' beliau itu duduk di kerusi Timbalan Presiden. Hal ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli PKR kebelakangan ini dan tidak menghairankan jika ramai yang akan keluar parti menjelang pemilihan PKR 2010 kerana tidak tahan dengan permainan Azmin Ali dan Anwar.

Apa yang menarik menurut rakan-rakan dalam PKR Kumbang. Rata-rata mereka yang menyokong dan menjadi ahli PKR mengetahui yang Azmin sebenarnya terlibat dalam pelbagai skandal rasuah semasa bertugas sebagai setiausaha politik Timbalan Perdana menteri dan juga bertindak secara rasmi sebagai 'bank Anwar' tetapi mereka masih tetap menyokong PKR kerana tidak dapat mempercayai Anwar terlibat di dalam kes liwat pada tahun 1998 dan 2008.

Menurut beliau lagi disebabkan perkara sokongan ini, tidak menghairankan Anwar melakukan Road Show ke seluruh negara bagi mempertahankan diri daripada tuduhan Liwat kerana Anwar yakin hanya perkara ini mampu mempertahankan sokongan ahli kepada PKR.

Situasi ini dijangka berubah apabila kes ini dibicarakan kerana terdapat pelbagai bukti yang akan menyebabkan penyokong Anwar berfikir dua kali untuk menyokong pengkhianat bangsa ini dan saya diberitahu Khalid Ibrahim serta Shamsul Iskandar juga turut yakin yang Anwar akan dipenjarakan berhubung kes liwat.

Disebabkan itu Anwar memperkenalkan slogan terbaru menjelang perbicaraan kes liwat beliau iaitu 'Tangguh tetap Tangguh' menggantikan 'Lawan tetap Lawan' yang mana jelas kini beliau begitu takut menghadapi perbicaraan dengan mengemukakan pelbagai tuntutan mengarut kerana ramai sudah meramalkan beliau akan kembali ke habitat asal beliau, Penjara Sungai Buloh dan jika itu terjadi ramai ahli PKR pasti akan mengalihkan sokongan mereka

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...