Rakaman Anwar Lakukan Seks Dengan Maknyah Thailand Ada Kaitan Dengan 5 Soalan Eskay??


Adakah e-mel dalam entry AS minggu lalu ada kaitan dengan 5 persoalan yang Datuk Eskay utarakan? Rujuk SINI
5 persoalan yang ditanya ialah

“pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
Ketiga, di hotel mana Anwar menginap?
Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan
kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Adakah ia satu suratan, kebetulan atau andaian yang kononnya Anwar pernah 'bermain' dengan maknyah Thailand dimana kononnya ada rakaman video itu wujud?

Didalam posting berkenaan pondan siam itu AS sendiri menafikan emel tersebut adalah kononnya dari pemudaumnon9 kerana AS tau satu dosa jika buat tuduhan tanpa bukti dan AS kaitkan emel ni adalah dari puak pakatan haram sendiri.

Namun pabila Eskay mendedahkan 5 soalan tersebut, tampak segalanya tidak mustahil. Walaubagaimanapun, pihak berwajib harap teruskan siasatan. Jika benar, maka ambillah tindakan yang sewajarnya.

Kes ini makin menarik untuk dirungkai..

Alahai Tentera Singapura. Lembik dan manja sekali.

Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.
SEORANG pembaca melihat gambar anggota tentera di negara itu yang mengarah pembantu rumahnya menggalas beg sandang kepunyaannya.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.

"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik. - AFP

Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-

Sambung ke Part-2 di

PKR Mengganas! Shuib Diancam Bunuh!

Shuib akui terima ancam bunuh

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shub berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib.

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

DAP Celaka Yang Komunis, Cauvinis dan Fitnahis di Nibong Tebal


Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.

"Kos mahkamah sebanyak RM7,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh defendan," katanya dalam prosiding di sini, hari ini.

Teh didakwa pada 20 Mei 2005 kerana memfitnah Tan yang ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Jawi berkenaan tabung 'Jawi Charity Trust Fund' yang dikelolakan oleh Tan.

Kenyataan fitnahnya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina. Dia juga telah mengeluarkan kata-kata fitnah menggunakan risalah, surat layang, panji-panji dan poster.

Pada 1 Julai 2005, Tan mendapat perintah ex-parte untuk menghalang Teh daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Tan, yang ditemui di luar mahkamah, menyatakan rasa gembira kerana dapat membersihkan namanya sebagai seorang wakil rakyat.

"Selama tempoh itu saya mengalami tekanan perasaan yang teruk, bukan sahaja diri saya tetapi ia juga melibatkan maruah keluarga saya," katanya.

Tan berkata, fitnah itu juga telah menjejaskan kerjayanya dalam politik serta kepercayaan orang ramai terhadapnya. - Bernama

PAS Yang Penuh Dendam Kesumat

Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja.

Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Presidannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).

Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.

Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.

Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.

UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Prasiden-Presiden PAS
1.1951 -1953 -Haji Ahmad Fuad bin Hassan
2.1953-1956 -Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku)
3.1956-1965-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
4.1965-1966-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku)
5.1966-1969-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
6.1969-1982-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda
7.1982-1989-Tuan Haji Yusuf Rawa
9.1989-2002-Tan Haji Fadzil Noor
10.2002- sekarang ini Haji Abdul Hadi Awang.

Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

Rejim DAP P.Pinang Kencing Di Nibong Tebal


Keratan akhbar yang menyampaikan kekecewaan penduduk kaum India di Parlimen Nibong Tebal yang kecewa kerana diabaikan oleh kepimpinan kerajaan negeri DAP.

Semua janji yang ditabur hanya palsu belaka. Nasib mereka semua tidak dipedulikan langsung oleh YB-YB Pakatan Haram. PRU akan datang, semua wajib menolak pakatan haram pakatan yang penuh dengan retorik dan janji-janji palsu.

Kelayakan Olimpik Pusingan ke-2 (Malaysia Jumpa Lubnan)

Cabutan undian perlawanan yang diadakan sebentar tadi akan menemukan Malaysidengan pasukan Lubnan pada pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Perlawanan pusingan kedua kelayakan olimpik ini akan diadakan di Lebanon pada 19 Jun dan di KL pada 23 Jun 2011.

Jadual Pusingan Ke-2
  • Qatar vs India
  • Iraq vs Iran
  • Bahrain vs Thailand
  • Australia vs Yemen
  • Japan vs Kuwait
  • Syria vs Turkmenistan
  • DPR Korea vs UAE
  • Korea Republic vs Jordan
  • Uzbekistan vs Hong Kong
  • Saudi Arabia vs Vietnam
  • China vs Oman
  • Lebanon vs Malaysia
Giatkan usaha dan latihan, InsyaAllah, Malaysia akan mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Selamat berjuang.
Malaysia Boleh!

114 hektar tokong, 8 hektar untuk kuil, 5 hektar gereja . Tahniah Khalid

Kerajaan Selangor telah meluluskan 128 hektar tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri itu sejak 2008 hingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor Dr Xavier Jaya kumar berkata kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu 114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara, katanya menjawab soalan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri juga belum bercadang mewujudkan pelan induk bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor.

Bagaimanapun kerajaan negeri memantau dan menyelesaikan isu berkaitan perkara tersebut menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam, katanya.

Mengenai kuil di Seksyen 23, Dr Xavier berkata pembinaan akan bermula selepas persetujuan mengenai kos dicapai antara wakil rakyat kawasan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan jawatankuasa kuil.

Mengikut persetujuan asal, PKNS bertanggungjawab menyediakan jalan masuk ke tapak pembinaan kuil itu, katanya.

Pada September 2009, keputusan kerajaan Selangor yang mahu mengalihkan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dibantah penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Susulan itu kerajaan negeri memutuskan menempatkan kuil tersebut berhampiran kawasan perindustrian Seksyen 23.

AS:Nampaknya Kerajaan Selangor mengorak langkah menyamaratakan segala peruntukan terhadap semua agama yang ada di Malaysia. Tanah-tanah yang begitu berharga di Selangor diberikan oleh Khalid untuk dibuat rumah ibadat semua agama.

Jangan terkejut seandainya (MINTA SIMPANG) pakatan haram memerintah Malaysia nanti, semua peruntukan terhadap pembangunan umat Islam di Malaysia yang terlalu banyak kerajaan BN berikan (hingga dipertikaikan oleh Nga Kor Ming), juga akan diberi sama rata kepada semua Agama yang ada di malaysia nanti.

Kerja Baru Lapan Bulan Bonus 2 Bulan Gaji. Hebat Selangor!

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempersoalkan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menyalahgunakan pengurusan dan pembaziran kewangan anak syarikat kerajaan Negeri untuk kepentingan tertentu.

Katanya, berdasarkan kes Yayasan Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meluluskan bayaran bonus kepada Ahli Lembaga Pengarah Amanah sebanyak RM5,000 seorang termasuk dirinya sendiri melalui resolusi pekeliling.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan Perlembagaan Yayasan Selangor, Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh menerima bonus.

”Pelaksanaan resolusi pekeliling bonus berkenaan tidak dipantau dengan berkesan. Salah satu syarat pemberian bonus yayasan, pegawainya harus berkhidmat setahun.

Akan tetapi mengapa Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) yayasan ini hanya berkhidmat lapan bulan boleh menerima bonus sebanyak dua bulan gaji,” katanya.

Mohamad Satim (BN-Sri Sedang) berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih serta menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia SultanSelangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini semalam.

Mohamad Satim berkata, kes penyalah gunaan dana juga berlaku dalam Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang mana sebanyak RM80,500 telah gunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan PKR , November 2010.

Selain itu perbelanjaan sambutan berbuka puasa, hari raya puasa dan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang menelan kos RM947,876 manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula membelanjakan RM 520,000 untuk menaja perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie pada 8 Oktober tahun lalu turut disentuh.

Mohamad Satim turut menyelar Kerajaan Negeri yang cuba mengaburi mata rakyat menerusi Buku Jingga’ sedangkan janji yang Pilihan Raya Umum 2008 sehingga kini masih lagi belum ditunaikan.

Nazri Hang jangan Duk Buat Silap lagi!

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.


"Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya.

Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind.

"Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri.

Semalam, media melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Kenyataan awal Nazri itu turut dikecam ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang parlimen siang tadi bagi mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang itu.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

AS:Fikir dan buat research dulu sebelum berkata-kata!

Zaid Tak Sabar Sangat Dah..


merujuk kepada screenshot diatas menunjukkan seolah-olah Zaid Ibrahim terlalu yakin bahawa video tersebut sememangnya lakonan Anwar. sebagai seorang lawyer memang benar isu ini tidak adil untuk Anwar. tapi itu hanyalah pandangan peribadi beliau sahaja.

apapun, cepat-cepatlah selesaikan siasatan kes ini. siasatan polis ke, suruhanjaya bebas ka, suruhanjaya diraja ka, manapun takpa, yang penting biar rakyat tahu kebenaran dan nilai sendiri. Tapi yang pasti, ini bukan agenda UMNO nak perburukkan Anwar, buang masa saja!

Berita Malang Untuk Peminat Poco-Poco

Tarian atau senaman poco-poco telah diharamkan. Ini berdasarkan isi kandungan surat dari Jabatan Mufti Negeri Perak seperti dibawah:

Hormatilah keputusan yang ditetapkan. Tetap, pasti ada insan yang akan mempersoalkan bagaiman jika kita sekadar berniat untuk beriadah/senaman menyihatkan badan tanpa ada niat lain?

YB Tercedera Semasa Membantu Orang Kampung

Jangan Risau, Tok Mud Ok..Hehe
Bukan cedera teruk pun. Cuma luka di bahagian jari akibat terguris objek tajam.

Cuma post kali ni AS nak ucapkan tahniah dan amat terharu dengan keprihatinan ADUN UMNO Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud B Zakaria @ Tok Mud yang sanggup bangun dari tidur yang lena dan sejuk kerana hujan pada awal pagi tadi pergi ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 15 km dari rumah beliau.

Jam 2 PAGI tadi apabila mendapat maklumat yang mengatakan beberapa rumah rosak di Jalan Baharu Sungai Acheh akibat dilanda ribut, Tok Mud pun bergegas pergi meninjau untuk melihat musibah yang melanda penduduk di kampung tersebut. Beliau turut sama membantu kerja-kerja mengangkat serpihan bumbung dan struktur rumah yang rosak sehingga mengakibatkan jari beliau sedikit luka dipercayai akibat terkena zink bumbung rumah.

Teruskan khidmat bakti anda YB. Rakyat Sungai Acheh memerlukan pemimpin seperti anda yang bukannya hipokrit dan sanggup menikam antara satu sama lain demi kepentingan peribadi. Penduduk Sungai Acheh juga tak menginginkan pemimpin yang hanya bersifat retorik dan hanya pandai cakap saja serta kerjanya mencari kelemahan dan kesilapan orang lain saja.

Semoga Allh swt terus memberikan Tok Mud kesihatan yang baik untuk menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membantu rakyat.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Lagi Bukti Nyata Pakatan Haram Membazirkan Wang Rakyat!


Apa yang AS nak 'highlight'kan disini ialah ternyata puak pakatan haram mengambil kesempatan menjadi Ahli Majlis PBT untuk menghabihkan duit rakyat. Elaun yang ditambah berganda itu tidak sedikitpun mencerminkan peningkatan prestasi dalam perkhidmatan PBT kepada rakyat.

Apa yang kita nampak dibawah, ia adalah semata-mata untuk menambahkan kantung kocek sendiri demi untuk memenuhi keperluan peribadi. Tiada langsung perubahan drastik dalam hasil mutu kerja perkhidmatan kepada rakyat. Malahan tak keterlaluan mutu khidmat ahli majlis makin merudum semenjak Selangor di bawah pakatan haram. Contohnya, lambakan pusat rumah urut dan pusat hiburan yang makin bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

SELANGOR MCA vice-chairman Datuk Liew Yuen Keong said the move to raise councillors’ allowances in Selangor by 30% is unjustified and a waste of taxpayers’ money.

Liew said the increase in allowances must reflect the quality of service.

“I don’t see the council services any better than the former administration under the Barisan Nasional,” said Liew, who also the Serdang BN chairman.

The former Subang Jaya councillor said most of the councils in Selangor had not overcome the cleanliness problem.

“Towns are dirty, drains are clogged and rubbish are strewn everywhere and yet they demand for higher allowances,” he said on Saturday.

Liew, who is also the party’s central working committee member, said as a councillor for more than 13 years under the previous administration he managed with a RM500 monthly allowance and on most occasions he took out his own money to serve the people.

Councillors in Selangor have had their allowances doubled since 2008 when the Pakatan government took control of the state.

The latest from RM750 to RM1,000 was made recently.Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman, who announced the raise, said it would take effect from Feb 1.“Based on the state’s circular issued on March 11 under the Local Government Act the 34% increase is for municipal and city councillors.

“District councillors will also enjoy a raise. Their allowances have been raised to RM750 from RM250.In addition, the councillors will also get RM150 each for attending sub-committee meetings while the district councillors would be given RM100 each.On an average a councillor attends six meetings.

Senator Chew Lee Giok, a former four-term Subang Jaya municipal councillor, noted that a two-fold increase in fixed allowances along with other increases in three years was unjustified.The state executive council has said the increased allowances would only cost the local councils between RM60,000 and RM75,000 each in additional annual expenditure.

MCA Women’s Wing secretary-general said the present councilors had not brought about any marked improvement to the people they served.However, former Ampang Jaya councilor Husain Bahaudin said the increases were justified because councillors today had more work to do than previously.“With an increase in population and development a councillor’s duties, too, have increased,” he said.
-The Star


Pelacur Untung Besar!

Pelacur "Untung Besar" Pasca Gempa Bumi di Christchurch, NZ

Mula sekali AS nak bagitau cerita ni tadak kena-mengena dengan isu video seks pemimpin kanan pembangkang dengan amoi China ye! Hehe
Bagaimana boleh terjadi begitu? Tentu hangpa berminat untuk mengetahuinya.

Menurut nydailynews.com, pelacur di bandar Christchurch, New Zealand, memperoleh durian runtuh apabila malapetaka yang mengundang kesedihan, kemuraman, kepedihan kepada penduduk dan bandar itu mengundang ribuan pasukan sukarelawan dan pasukan penyelamat dari serata dunia.

Menurut salah seorang pelacur tempatan, dia memperoleh $1,000 (RM3,039) untuk tempoh waktu yang singkat dengan melayan pekerja/sukarelawan yang ditugaskan mencari dan menyelamat mangsa bencana alam itu.

"Ada banyak lelaki di sini, lelaki tanpa isteri di sisi mereka, dan mereka agak nakal di sini," kata pelacur yang hanya mahu dikenali dengan nama Candice.

"Saya tidak pernah memperoleh hasil yang begitu lumayan sejak 3 tahun belakang ini," katanya lagi.

"Pasukan penyelamat asing lebih pemurah kerana mereka membayar saya dengan harga yang mahal. Mereka mendakwa mengalami stres dan mereka memerlukan sesuatu untuk melegakan stres tersebut," kata Candice menamatkan perbualan.

AS: Orang lain bersedih, mereka bergembira dan mengira keuntungan! Macam-macam! Silap-silap berlaku lagi gempa bumi di sana. Banyak sangat maksiat!

Bakal Calun PKR di Sarawak Kena Haria!

Memang pelik. Baru saja beli grand livina baru tapi sibuk hantar SMS dengan bekas staff dan kawan-kawan minta sumbangan untuk membantunya bertanding dalam PR DUN Sarawak bulan depan. Nak tau siapa punya kerja? Inilah kerja bakal calon PKR Sarawak di Simunjan, Dr. Manshor Hossen yang juga pengarah strategi parti.
Tindakannya yang penuh strategik itu telah disambut dengan murah hati staff dan rakannya yang telah menghulurkan sumbangan dan derma dalam bentuk ribuan sumpah seranah dan maki hamun. Yang kurang bermurah hati pula sekadar menghulurkan sedikit ejekan dan sindiran.

Calon BN bagi derma , calon PKR minta derma.
Calon BN senangkan rakyat, calon PKR susahkan rakyat.

Sumber

Keri Kembang Juboq Dah Ka?

Ini komen yang AS terima berkenaan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN yang berakhir semalam di mana rata-rata media telah memaklumkan ia mencapai sasarannya.
Bagi AS mudah saja, benda baik kita kena la puji. Sedangkan budak-budak yang anti BN seperti komen dibawah pun puji dengan penganjuran karnival ini, mengapa kita tidak.

Bab suka atau tidak pada kerry itu nombor 2, yang penting kepentingan parti melebihi kepentingan mana-mana individu sekalipun.

Diharap Sdr Kerry janganlah mudah berpuas hati dan seronok hingga kembang juboq dengan kejayaan program ini. Banyak lagi onak dan duri yang perlu dilalui selepan ini dalam meningkatkan lagi kepercayaan anak muda untuk menyokong UMNO/BN.
"aku pegi tdi,so far mmg takde pe mslah bnde ni,dah anjuran pemuda BN,lantak die laa nak letak name BN,takkn nak letak pemuda PAS plak,n aku puji sngt2,sistematik,die bagi barkod sorng satu pastu pegi company mane2 apply scan je,sngt2 sistematik,dpt ke tak belakng kire yng pntng kite usehe,n aku sokong tindkn n usehe serte penganjuran die,even aku mmg anti BN tp karnival ni aku sokong,klau ssape dah pegi tau laa nak judge cm ne,klau tak pegi gi,aku rase baik tak pyh judge pape,hahahaaa....."
p/s:Betui ka Kery nak mai rasmi Mesy Pemuda Bhgn Nibong Tebal pada tahun ni?

Kot Mana Yang Kedah Sejahtera Tu?





Tontonilah Video Menarik Suntingan Padi jantan untuk kita nilai walaupun dah 3 tahun PAS memerintah Kedah, tiada apa pembaharuan atau usaha ke arah memakmurkan lagi negeri Kedah. Ni bukan sejahtera lagi, ni dah Kedah menderita.

Rakyat Kedah ramai yang dah merungut. Banyak penerima bantuan kebajikan dari negeri dah tercicir. Bantuan dan perhatian lain dari kerajaan negeri terhadap rakyat yang ditimpa musibah juga seolah-olah dipandang sepi sahaja. Sejahtera kot mana lagu tu?

Panas! Rumah Azmin Ali Dikepung Polis!

Polis ‘kepung’ rumah Azmin

Sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Razak (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.

Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.

Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily.

Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya Azmin memberi keterangan kepada polis.

Polis dikatakan mengarahkan Azmin berbuat demikian di balai polis Ampang, esok sedangkan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa perlu menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.

Kehadiran polis itu dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam.

Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah berkenaan manakala Azmin dalam satu kenyataan ringkas tengah malam ini menyatakan rumahnya sedang dikelilingi pihak polis tetapi belum ada maklumat lanjut.
-keldaian online

AS:APA CERITA NI AZMIN? KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA

Wahai Pendokong Pakatan Haram. Tolonglah Masuk Baca.

GTP sumbang hasil paling pantas menerusi enam NKRA

Program Tranformasi Kerajaan (GTP), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2009, terbukti menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat.

Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan tanggapan awal dalam keenam-enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membuktikan kerajaan telah mencatat kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

“Ia suatu hasil yang tidak memerlukan penjelasan melalui kata-kata kerana ia dengan sendirinya menjadi bukti yang jelas lagi nyata. Jika anda mengingini hasil yang berbeza atau yang lebih baik, anda mesti melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza.

“Jika kita mahu melihat perubahan yang meningkat dengan pesatnya dan bukan sekadar peningkatan biasa maka pelan tindakan yang berani diperlukan,” demikian menurut laporan itu. Keenam-enam NKRA yang telah mencatat kejayaan ialah seperti berikut:

* Jenayah seluruh negara merosot buat kali pertama dalam tempoh empat tahun iaitu menyaksikan jenayah jalanan dan jenayah indeks, masing-masing merosot sebanyak 35 peratus dan 15 peratus, penurunan tertinggi sejak merdeka.

* Sejumlah 2,001 kes jenayah kekerasan tambahan yang tertunggak berjaya diselesaikan pada tahun lepas.

* Kesemua 753 balai polis di seluruh negara telah diberikan ranking buat pertama kalinya berdasarkan prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat awam.

* 14,222 pegawai dan 7,402 kakitangan pejabat sokongan diatur semula kedudukan di jalanan untuk menjalankan tugas rondaan, sementara kakitangan Pasukan Gerak Am (PGA) ditugasi semula dengan sokongan angkatan tentera untuk membanteras jenayah.

* Pengenalan Penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberikan perlindungan terhadap identiti mereka selain juga kekebalan daripada liabiliti jenayah atau sivil dan perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka.

* Pangkalan data dalam talian MACC “Namakan-dan-Malukan” diwujudkan dan mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah di mana 284 pesalah telah disenaraikan mengatasi sasaran 84 pesalah pada akhir tahun lepas.

* Laman Sesawang MyProcurement pertama dilancarkan mencerminkan komitmen kerajaan dengan berjaya menyenaraikan lebih 3,500 kontrak Kerajaan dan tender yang diiklankan atau diberikan, tarikh dan nilai kontrak selain juga pemenang tender.

* Peningkatan hampir sekali ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha Kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28 peratus pada tahun 2009 kepada 48 peratus pada tahun lepas.

* Sistem ranking komprehensif pertama diperkenalkan bagi menjejaki prestasi setiap sekolah menengah dan rendah untuk memastikan pembangunan sekolah yang berkualiti dalam sistem tersebut.

* Lebih 700,000 kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ dan 5+ tahun mampu memasuki prasekolah dalam tempoh setahun iaitu peningkatan seramai 54,569 kanak-kanak prasekolah sejak tahun 2009.

* Sebanyak 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah mewujudkan senarai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia yang julung-julung kalinya.

* Pengurangan 44,643 keluarga miskin tegar seluruh negara kepada peratus sifar, dengan bakinya hanya berjumlah 108 (0.2 peratus) pada 31 Disember tahun lepas.

* 2,000 usahawan wanita berjaya dilatih dan pendapatan mereka bertambah daripada purata RM750 sebulan kepada RM3,500 setiap bulan atau lebih (untuk tempoh tiga bulan berturut-turut).

* Buat kali pertama dalam sejarah, 35,095 unit rumah kos rendah telah ditawarkan untuk dijual kepada keluarga yang benar-benar layak dengan harga subsidi, iaitu 75 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

* Lebih 35,000 isu rumah tambahan menerima bekalan air bersih.

* Lebih 27,000 isi rumah tambahan menerima bekalan elektrik 24 jam.

* Lebih 16,000 rumah dibina atau dibaik pulih untuk penduduk miskin luar bandar,

* Lebih 750 km jalan-jalan kampung dibina di seluruh negara dengan yang demikian, berjaya mengubah kehidupan dan memberi makna kepada lebih dua juta rakyat Malaysia.

* Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) dibuka pada Januari tahun ini dengan kesalinghubungan dengan Express Rail Link (ERL) Transit, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, rangkaian Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Bandar Tasik Selatan dapat mengurangkan kesesakan dengan melencongkan lebih 500-600 bas ekspres dari pusat bandar Kuala Lumpur setiap hari.

* Pembaikpulihan hentian bas di Lembah Klang berskala besar yang pertama dilaksanakan bagi memberikan lebih perlindungan dan keselesaan kepada penumpang, dengan menyediakan 634 hentian bas di Ampang Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Selayang, Sepang, Kajang, dan Petaling Jaya.

* Peningkatan lebih 2.43 juta penumpang menggunakan set kereta api empat gerabak baru untuk laluan Kelana Jaya (PUTRA Line) yang menawarkan perjalanan yang lebih selesa, andal, dan mudah membantu menghindarkan masalah kesesakan.

* Pewujudan akauntabiliti kementerian melalui sasaran berorientasikan keputusan, iaitu MKRA dan Petunjuk Awalan Prestasi Utama Menteri (MKPI) yang dihasratkan untuk dicapai dan yang perlu dipertanggungjawabkan.

* Menteri-menteri juga diberikan kad skor yang dinilai semula oleh Perdana Menteri dua kali setahun.

AS: hah.. apamacam? harap baca sampai habislah ye.. Ini reality yang DAH berlaku. Hasil usaha keras dan kesungguhan kerajaan kita dibawah kepimpinan DS Najib, Ini bukan macam itu BUKU JINGGAY yang penuh dengan retorik dan akan memufliskan negara macam apa yang dilaungkan oleh Pakatan Haromm.

Zaid Minta Serah Video Seks Kepada Karpal!


Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut. - Bernama

Mai Tengok! DAP Komunis Pun Meroyan Teruk Dah!


Tuan-tuan pakat tengok sendirilah puak-puak komunis meroyan tak tentu hala. Keratan akhbar diatas menceritakan segala-galanya kebodohan puak komunis ini. Papan tanda yang biasa kita tengok dimana-mana bahawa itu adalah projek dibawah kerajaan BN.

Tapi DAP mungkin tak dapat terima hakikat bahawa perkara itu diketahui rakyat di Selangor. Lalu dengan tak malunya disini mereka letakkan banner projek menggunakan wang rakyat. Ya benar, itu adalah wang rakyat. Gamabr malaun meroyan disitu adalah Yb chong chieng jen dan tony puaka MP Pj Utara.

Persoalan disini, mengapa mereka tak protes signboard projek kerajaan pakatan haram yang semakin bercambah seperti di Penang, Selangor, Kelantan dan Kedah?
-Adakah di P.Pinang kerajaan negeri membangunkan negeri menggunakan wang poket sendiri atau wang parti DAP sendiri? Duit RM100 yang bagi kepada warga tua tu duit LGE kah? atau memang benar duit judi?
-Adakah di Negeri Tadbiran pakatan haram yang banyak papantanda 'projek kerajaan pakatan haram' menggunakan dana dari parti dan duit poket Ostad Zizan, Khalid dan Pok Nik?
-Kenapa Puak DAP komunis celaka tak mau bagitau rakyat bahawa itu juga wang rakyat?
Jawab Tony Puaka jawab?
-Adakah DAP Komunis dapat mentadbir negeri tanpa gunakan wang rakyat yang diperolehi dari pelbagai jenis cukai dan duit rakyat?

Sungguh jahanam dan bodoh puak komunis ini mengapi-apikan rakyat dengan perbuatan bodoh mereka yang akhirnya memakan diri sendiri.

Menarik! Sikap Masyarakat Yang Duk Ada La Ni! (Bergambar)


1. Banyak sogheh
2. Malas bekerja, tak berusaha
3. Pengotor
4. LamPi
5. Kuat makan rasuah
6. Jadi barua Penjajah
7. Buang anak luar nikah
8. Suka berdamping dengan perempuan
9. Jadi kuli bangsa lain
10. ‘Saya pantang dicabar’
11. Terlalu menumpukan akhirat, sehingga lupakan dunia luar
12. Kuat tidur
13. Pengumpul harta untuk kepentingan diri
14. Orang atasan suka kumpul perempuan (sama ngan point 8)
15. Percaya kepada kuasa bomoh
16. Api dalam sekam
17. Nak cepat kaya
18. Batu api
19. Tak setia (lebih kurang point 16)
20. Terlalu bersuka-ria, kuat berjudi
21. Sanggup musnahkan negara demi Wang
22. Sanggup mati demi cinta (bukan demi tuhan)
23. Suka bersenang-lenang (lebih kurang point 20)
24. Pencuri harta rakyat (ada kaitan dengan point 13)
25. Kaki skodeng
26. Kaki botol
27. Kuat bergaduh
28. Si Tanggang a.k.a Malin Kundang
29. Pengkhianat (lebih kurang point 16)
30. Dan rasanya ada satu perkara tertinggal diantara gambar 8 dan 21 iaitu kuat berpolitik..hehe

"Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pada golongan belianya. Jika baik akhlaknya, maka akan baiklah masa depan negara itu. Tetapi jika sebaliknya, maka negara tersebut akan lenyap."
Yusuf Al-Qaradhawi

Pok Nik! Mu Patut Malu Dengan Dirimu sendiri!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu.

''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula.

''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu.

Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli.

''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat.

''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya.

Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa.

''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya.

Bab Ni AS Puji Pemuda!


>Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini.

Katanya, Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara.

“Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya BN (BNYJF) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu, kira-kira 500,000 pencari kerja dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang berlangsungnya BNYJF selama tiga hari bermula hari ini.

Ujarnya, BNYJF kali ini akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan daripada kira-kira 650 syarikat terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta dan agensi kerajaan.

AS: Benda bagus kita kena puji bagus. Melihat kepada senario hari ini, antara elemen penting yang didambakan oleh golongan muda dan pelajar ialah pekerjaan yang baik serta peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum.

Tindakan pemuda BN menawarkan peluang-peluang pekerjaan untuk anak muda dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran wajar dipuji. Secara tak langsnug, pengundi muda dah buka bahawa pemuda BN mengambil insiatif bagi wujudkan peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran dengan diberi biasiswa. Kita kena rasional dalam hal ini.

Hal KJ kita letak tepi dulu, yang penting usaha untuk mendekati dan memenuhi keperluan anak muda adalah agenda paling penting mengatasi segalanya kerana mereka inilah pengundi yang sukar dijangka ke arah manakah pilihan mereka dalam PRU nanti.

Yusry KRU pun disiasat Polis!

Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.

"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).

"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.

"Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan.

AS: Harap pihak Polis jalankan siasatan dengan sewajar dan seadilnya bagi membuktikan kebenaran kes ini. Kita tak mau pemimpin atau 'bakal PM' yang kotor dan jijik untuk menerajui Malaysia.

PAS Ulangi Kesilapan Tun M Dengan Menanggung Bewak Hidup

Pas kini berada dalam krisis keyakinan diri sama seperti yang dialami UMNO akibat kesilapan pemimpinnya, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam parti terbesar Melayu itu.

Bekas menteri dan tokoh wartawan negara, Tan Sri Zainuddin menegaskan kesilapan Mahathir paling besar adalah membawa Anwar masuk ke dalam UMNO, untuk melumpuhkan Pas, tetapi akhirnya Anwar hampir berjaya melumpuhkan UMNO.

“Sehingga ini UMNO masih berhempas pulas untuk bangun semula akibat dari kesilapan politik itu dan sekiranya Datuk Seri Najib berjaya membangunkan semula UMNO, beliau akan menjadi pemimpin yang terbesar yang pernah dimiliki parti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada :Sinar Harian:, semalam.

Beliau pernah menyatakan hal ini kepada Mahathir dan bekas Perdana Menteri juga bekas Presiden parti itu mengakui kesilapannya dan mengatakan bahawa beliau tidak dapat menduga sikap Anwar itu.

Kata Zainuddin, Pas kini menghadapi krisis yang sama apabila pemimpin seperti Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang juga terpengaruh dan terus mempercayai Ketua Pembangkang itu.-SH-

Antara Dosa Individu Dan Malapetaka Kepada Malaysia

Akhirnya Nik Aziz bersuara setelah baru semalam AS bertanya kemana suara Nik Aziz.

Kata Nik Aziz, perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

AS tak nafikan perbuatan ini akan mendapat dosa.
Cuma satu Pok Nik AS nak tanya, andainya video itu benar video lakonan Anwar, bagaimanakan bunyi Pok Nik selepas itu?

Manakah lebih merbahaya untuk Malaysia?
-Menayangkan video seks kepada awam, (wartawan sekitar 15 orang)ATAU
-Malaysia bakal menerima seorang PM Muslim dan imej warak kununnya tetapi haprak kerana terlibat dalam skandal sex bebas, zina dan liwa (seandainya benar)
Sudah tentu kepentingan negara melebih segala-galanya kan?
Mahukah Malaysia diterajui oleh seorang pemimpin yang moralnya sangat mengaibkan sebagai seorang muslim? Jawapannya tentu tidak!
Apa-apapun, kita tunggulah hasil siasatan dan keputusan mahkamah.

Info.Awan Radioaktif Dari Jepun sudah Tiba di Vietnam.

Saintis dari Norway menyatakan kepulan awan tercemar yang
mengandungi bahan radioaktif dari reaktor nuklear Fukushima, Jepun
akan tiba ke ruang udara Vietnam pada 25 Mac 2011.

Kepulan awan tercemar yang sama tiba di ruanga udara dari jepun Add Image
pada 22 Mac lalu dan bergerak menuju ke Vietnam. Tak ada pula
kenyataan ke mana awan itu pergi selepas melalui Vietnam.

Walau bagaimanapun ia tidak membawa sebarang bahaya kepada
kesihatan orang ramai. Begitulah menurut mereka. kalau hujan dan
radioaktif itu turut menyerap ke dalam air hujan pula bagaimana?,
itu tak ada pula sebarang kenyataan.

AS:
Pak Muntri Boleh Jelaskan Kepada Rakyat Agar Tidak Panik?
HARAP RAKYAT MALAYSIA BERTENANG. KEADAAN SETAKAT INI TIDAK MEMUDHORATKAN. INSYALLAH, MALAYSIA MASIH SELAMAT.

SUMBER

Tidak! Malaysia Antara Negara Paling TAK Selamat di Dunia

Entry kali ni AS dedikasikan kepada rakyat Malaysia yang kufur nikmat dan tak tahu erti bersyukur pabila tinggal di Malaysia. Mereka inilah yang sering menggembar-gemburkan bahawa di Malaysia kejadian jenayah kelihatan tidak terkawal di seolah-olah polis tak buat kerja dan makan gaji buta.

Namun untuk kita buka mata dan buka hati tentang reality sebenar, kita perlu sedar bahawa menurut Indeks Keamanan Dunia 2010 yang baru dikeluarkan telah meletakkan Malaysia di tangga ke-22 daripada 149 negara sebagai negara paling selamat di dunia, satu pencapaian yang membanggakan yang dikeluarkan hasil kaji selidik oleh Global Peace Index.

Ia stu peningkatan yang baik berbanding kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009.Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tempat ke-4, selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Sekalung penghargaan kepada PM, DS Najib Razak yang sentiasa beri perhatian kepada pelbagai aspek keperluan sumber, keberkesanan operasi dan pengurusan serta aspek kebajikan PDRM. Usaha bukan sahaja diberi untuk memperkasakan PDRM bahkan mendaulatkan pasukan polis ke tahap yang lebih dinamik.

Pada 2010, melalui program bidang keberhasilan utama negara, NKRA statistik jenayah indeks mencatatkan penurunan 15 peratus, berbanding sasaran 5 peratus.

Satu Lagi Fitnah Jahat Pakatan haram dinafikan

Risda Nafi Tempah, Biaya Bilik Di Carcosa Seri Negara

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) pada Jumaat menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.

Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.

"Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain," kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir.

Isu Video Sex! Buang karan saja UMNO nak 'usik' hang Anwat!!

Serba Salah.
Tak ada saksi salah, tak cukup saksi pun salah, Ni dah ada 3 orang saksi pun salah jugak. Abih nak buat macam mana lagi. Kalau benda tu tak betul, tak kan bodoh benar Trio T buat kerja yang tak berfaedah. Mereka bertiga bukan calang - calang orang. Setakat nak cari nama,mereka ni dah ternama.

Ini bukan kes balas dendam. AS rasa sikit pun 3T tadak niat nak balas dendam, tapi apa yang depa buat ni nak bagi tau rakyat bahawa adegan asyik itu dilakukan oleh Pemimpin Kanan PKR, orangnya sama, mukanya sama, semuanya sama,macam mana lagi nak kata tidak.

AS tak fikir kumpulan Dato T tiga orang ini orang bodoh yg sengaja membuat fitnah! mereka tidak mungkin sengaja nak cari penyakit! depa tau akibatnya, boleh duduk dalam jel dan habis harta kena saman malu kaau benda ni tak betul!

Mungkinkah video yang di tayangkan kepada beberapa wartawan tu video pelakunnya seakan-akan Anwat sahaja! Mungkin depa ada video yang sebenarnya!

Depa cuma nak DSAI buat repot polis atas keyakinan rasa difitnah!
Mungkin kah terjadi semula seperti repot Anwat pasai buku 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM dulu!

Apa yang penting ini bukan masaalah Anwat dgn UMNO!
UMNO tidak perlu kes begini untuk berlawan dgn Anwar! kebangkitan sokongan rakyat sekarang terhadap kepimpinan DS Najib makin terserlah!
Ini adalah masalah kumpulan Dato T dgn DSAI !
Mungkin ada benda yg tersirat antara mereka!

Hadi Awang Backing Sakan Anwat nampak? Ada Apa-Apa Ka?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan cadangan penubuhan suruhanjaya itu sebagai 'mengarut' selagi tiada wujud ketelusan dan keadilan berhubung dakwaan tersebut.

"Itu semua (cadangan penubuhan suruhanjaya diraja) ialah kenyataan yang mengarut selagi tak ada ketelusan dan tak ada keadilan. Tak betul tu. Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah ikut perundangan Islam," katanya.

Abdul Hadi seterusnya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus berhubung kes tersebut, termasuk ke atas semua pihak yang terlibat dalam pembikinan serta rakaman video itu.

AS: Suara Pok Nik tenggelam terus dalam isu ini. kemanakah dia menghilang?

PAS Keluar PR ??


PAS nampaknya akan berpisah dengan pakatan pembangkang jika sah perlakuan dalam video tersebut dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Untuk membuktikan perkara tersebut, Harun Taib telah menggesa Anwar Ibrahim bersumpah. "Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," kata Harun Taib. Perkara yang amat Anwat takuti adalah untuk mengangkat sumpah.

P/S : Apamacam Ada berannnni penyokong PAS ....??? nak tunggu apa lagi...??

Panas! Detik-Detik Cemas Cubaan Awek Bunuh Diri Di KB Mall, Negeri Pok Nik. (Video dan Gambar)

Kejadian cubaan bunuh diri yang berlaku petang tadi dimana seorang wanita melayu cuba membunuh diri dengan cuba terjun dari KB mall, Kota Bahru, Kelantan.

Alhamdulillah, tindakan pantas anggota bomba menyediakan tilam dibawah menyebabkan wanita tersebut hanya cedera ringan saja walaupun dia terjun juga.

Video Detik mangsa jatuh

sebelum jatuh

Lady Gaga Pertikai Malaysia Isu Gay! Anwat Macamana Pula?


Lady Gaga makan hati apabila sebuah lagunya 'Born This Way' di'censored' pada bahagian 'gay' bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Ternyatalah disini kita dapat melihat bahawa kerajaan Malaysia begitu menjaga nilai adab sopan dan tatasusila dikalangan rakyat Malaysia.

Segala unsur yang negatif dan tidak sihat akan dipatahkan oleh kerajaan demi untuk memelihara rakyat Malaysia dari terdedah dengan unsur-unsur yang negatif dan tidak sihat.

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Lady Gaga is urging young Malaysians to protest the censorship of lyrics in her hit song that encourage acceptance of gays.

The Associated Press reported last week that radio stations in Muslim-majority Malaysia are playing edited versions of “Born This Way” that use garble to replace the lyrics: “No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I’m on the right track, baby.”

Lady Gaga criticized the censorship during a visit Tuesday to Google company headquarters in Mountain View, California.

Lady Gaga said young Malaysians who want to hear her song in full on the radio “must do everything that you can if you want to be liberated by your society.”

Broadcasters said they were being cautious because Malaysia’s government forbids offensive content.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...