Showing posts with label Nibong Tebal. Show all posts
Showing posts with label Nibong Tebal. Show all posts

Gamba-Gambar Anak Muda Nibong Tebal Meluat Kat Umno



Itulah ungkapan atau propaganda murahan yg dimainkan oleh pecacai pakatan yang syok sendiri.
Aku sendiri yg selalu turun ke akar umbi dapat merasai bahawa tajuk di atas adalah bohong semata-mata.

Contoh mudah yang berlaku di depan mata aku ialah bila aku turun di 2 kampung iaitu satu di Kg 5 Kongsi dlm Dun Sg Bakap dan satu di Kg kebun baru di Dun Jawi. Minggu lepas dan pagi tadi.

Di 5 kongsi, 28 borang, dan kebun baru 19 borang permohonan keahlian umno telah diterima. Sebahagian kecil dari mereka adalah bekas penyokong pakatan. Ini bukan auta tapi fakta.

Ini hanyalah satu contoh yang boleh dijadikan satu bukti jelas bahwa anak muda sebenarnya anti pakatan harom. Ia juga satu manifestasi bahwa anak muda sedar bahwa umnobn banyak membantu mereka dan sentiasa merasai denyut nadi mereka yang sentiasa mahukan perhatian.

Anak mudalah sebenarnya yang akan mengajar anda wahai pakatan yang angkuh dan biadap dalam Pru13 ini.
Pakatan haram? KOSONG KOSONG KOSONG.......

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Puluhan Ribuan Manusia Semasa Ceramah Anwar Di Nibong Tebal


Gambar yang diambil dalam satu jelajah penipu rakyat yang diadakan di Nibong Tebal baru-baru ini.
Lihat kerusi di belakang Anwar yang sudah tiba untuk menyampaikan kelentongnya.
Khemah itu ternyata KOSONG.. KOSONG.. KOSONG.. Bila dilihat kerusi yang tak berpenghuni.
Sedih.Sambutan hambar sekali.
Anwar, Mansor dan Ostad Makhtar walaupun senyum tapi hati sedih Tuhan saja yang tahu.

Warga Nibong Tebal telah sedar siapa yang banyak membantu mereka dan akan menerajang pakatan haram jadey penipu rakyat masuk gaung.
Bersedialah hangpa wahai pakatun haramun!

Cerita penuh gambar di atas jom pi SINI

Published with Blogger-droid v2.0.8

Edisi Deepavali. 2,000 Rakyat Kaum India Terharu Dengan Tok Non (gambar-gambar)



Bukti @chegubard Nak 'Berskandal' di Nibong Tebal?

Keterangan gambar diatas di SINI Betul Ke ??
Aku tolong promo free program hang chegubard

Sebelum ini aku pernah menulis satu entry di SINI berkenaan hajat besar si chegubard ini yang bersungguh-sungguh buat kerja nak tunjuk kat Brader Anwar Bin Ibrahim  yang dia memang nak bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Bukan Anwar! Tapi 99% @chegubard Akan Bertanding Di Nibong Tebal? Ini buktinya.. @dzainalabidin

Terdahulu aku pernah keluarkan entri di SINI berkenaan si Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Begitu juga dengan spekulasi kehadiran anak beranaknya iaitu Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Namun dalam satu ceramah bodoh yang dinamakan Merdeka Rakyat 3 bulan selepas itu Anwar flip-flop menafikannya pula dengan mengatakan dia akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah disandanginya sejak sekian lama. Anwar mana ada telur nak keluar dari Permatang Pauh.

Adakah Ini Petanda Baik Kaum Cina Menyokong BN? (bergambar)






Semalam aku sempat bersama-sama Dato Zainal Abidin Osman, Penyelaras BN Parlimen Nibong Tebal, Ketua Umno Bhgn Nibong Tebal dalam satu program penyampaian sumbangan kepada kaum cina yang warga emas, ibu tunggal & warga OKU di Nibong Tebal.

Sekitar 100 orang telah hadir dalam program tersebut. Mungkin ramai yang skeptikal terhadap kenyataan kononnya mereka ini menyokong BN. Tapi ada 3 point yang boleh aku gunakan untuk menguatkan asas aku ini.

Pertama, mereka sendiri berkobar-kobar mahu memasang bendera Bn di sekitar tokong program mereka berlangsung tanpa desakan dari pihak pemberi sumbangan.

Kedua, ratarata yg aku temui kecewa dengan kelemahan kerajaan negeri P.Pinang yang jelas lemah dalam soal kebersihan sperti penyelangaraan parit dan longkang, pengurusan sampah dan banyak lagi. Mereka lihat di zaman Bn memerintah pengurusan perkara seperti ini jauh lebih baik. Ini tak termasuk pelbagai lagi janji manis yang telah pemimpin pakatan tapi tak tertunai sehingga kini.

Ketiga, mereka sedar bahawa pimpinan kerajaan Bn sentiasa membantu mereka dalam setiap masa dan keadaan samda menang atau kalah. Mereka kesal kerana silap memilih ahli parlimen sekarang iaitu Yb Tan Tee Beng yang kini hilang entah ke mana.

Harapnya apa yg aku nukilkan ini bukannya kenyataan syok sendiri dan ia boleh menjadi reality.

Jika sekurang-kurangnya 40% undi kaum cina menyokong bn di Nibong Tebal, sesungguhnya kerusi parlimen Nibong Tebal adalah didalam genggaman. Dengan Izin Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Live dari Nibong Tebal. Siapa Anwar Ibrahim!

Ini kali kedua Ummi Hafilda menjejaki bumi Nibong Tebal dimana pada tahun lalu di Dun Sungai Acheh dan kali ni di kampung Sg Kechil didalam kawasan dun  Sg Bakap.

Kehadiran hampir 1,000 orang rakyat dikawasan sekitar jelas membuktikan pelbagai tindakan sabotaj yang dilakukan oleh puak pakatan haram boleh dikatakan gagal.

Seperti biasa Ummi membongkarkan perangai buruk Anwar yang sebenar yang perlu rakyat tahu. Kalau tidak, malang sekali rakyat Malaysia bakal mempunyai PM yang mempunyai sikap yang cukup jelik sekali.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terkini! Umno makin nazak di Nibong Tebal! (bergambar)






Kali ni tajuk bagi reverse psycho skit nak kasi pecacai pakatan makan hati.

Di sebalik tohmahan pakatan haram kununnya rakyat semakin menolak umno terutamanya golongan muda, maka malam ni aku turut hadir di satu program di Sg Bakap untuk melihat adakah benar dakwaan tersebut.

Program ini ialah penubuhan satu cawangan umno baru di Kg Seethu iaitu satu kawasan perkampungan kecil dalam dun Sungai Bakap. Seramai 70 orang menyerahkan borang keahlian baru ahli umno dan 30 lagi borang akan menyusul.
Lebih membuatkan aku teruja, 75% dari angka tersebut adalah datang dari golongan muda!
Tempat program tersebut turut dirasmikan sebagai bilik Gerakan Pilihanraya yang mana sebelum-sebelum ini, tiada sebarang bilik Gerakan pun dalam pilihanraya yang lepas.

Ada juga sebahagian dari mereka merupakan bekas penyokong kuat pakatan haram yang telah tersedar dari terus diperdaya oleh pakatan.

Dato Zainal Abidin Osman hadir bagi menerima kemasukan ahli-ahli baru Umno tersebut dan memberikan kata-kata perangsang kepada mereka yang hadir.

Turut hadir, lebih 10 orang warga kaum India di sekitar kawasan tersebut bagi menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada BN.

Arus perubahan semakin kuat ke arah BN di Nibong Tebal dan InsyaAllah, kerusi parlimen Nibong Tebal dan Dun Sg Bakap mampu ditakluki semula!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa yg Pkr Kedah marah sangat kat Anwar ni?


Menurut info yang diterima, kepimpinan Pkr di kebanyakan cabang-cabang mula meluahkan rasa tidak kepuashatian terhadap kepimpinan tertinggi parti celaka ini.

Tindakan Anwar yang ingin meletakkan Saifudin Nasution untuk bertanding di Kulim Bandar Bahru dan N Surendran Naib Presiden bertanding di Padang Serai mencetuskan rasa ketidakpuasan hati pemimpin pkr tempatan.

Mereka merasakan bahwa kerja mereka selama ini tak dihargai dan menganggap Anwar telah memperkecilkan kemampuan mereka untuk menjadi calon. Ramai yang makin patah hati bersama Pkr. PKR makin hancur bukan saja di Kedah tapi di kebanyakan tempat lain juga kerana tindakan ala diktator yg dilakukan Anwar.

Di Nibong Tebal juga tak terkecuali dimana kerusi yg skrg disandang oleh Tan Tee Beng pasti akan diintai oleh pemimpin pkr tempatan seperti Ostad Makhtar dan Hj. Wan. Namun mereka hanya mampu mimpi di siang hari saja kerana kemungkinan besar calon luar yg akan bertanding mewakili pkr.

Kesian. Maka terloponhlah org tempatan. Jadila balaci sampai ke tua.

Pee gay arr is dead!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Live! Ribuan hadiri pelancaran jentera pilihanraya parlimen Nibong Tebal

Semarak perjuangan menghadapi pru13 kian membara. Di pagi hari minggu dimana kebanyakan orang memilih untuk bersantai bersama keluarga, namun atas semangat untuk menghadapi pru13, ia tidak melemahkan perjuangan sekitar 1000 orang yang hadir bagi mendengar amanat dari tok non.


Nibong Tebal boleh dirampas kembali!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Live Dari Nibong Tebal ! 5,000 hadirin membanjiri ceramah Dr Hassan Ali(gambar-gambar)

Dengan izin Allah yang memberikan rahmatnya, ceramah Dr Hassan Hassan Ali mendapat sambutan diluar jangkaan.


Program yang berlangsung di Dataran Sungai Acheh, Nibong Tebal ini berjaya menarik kehadiran lebih 5000 orang rakyat di sekitar Parlimen Nibong Tebal.


Turut menyampaikan ceramah diawal program ialah Ustaz Hafiz Nordin, mantan ketua pemuda PAS P. Pinang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

YB Makhtar Mangsa Politik Anwarinas? Di Sg Bakap Doktor Bakal Bertemu Doktor?

 Aku nak berkongsi perihal kawasan dun sg bakap yang dimenangi oleh seorang bekas penyelia pendidikan Islam PPD Selatan satu ketika dahulu. ustaz makhtar baru sahaja merasai nikmat jawatan adun di sg bakap. namun, panas yang di rasai tidak sampai ke petang.

PRU ke 13 , menyaksikan ustaz makhtar bakal disingkirkan dan tempatnya akan diberikan kepada dr pritpal. Dr pritpal telah menggerakkan jentera secara senyap untuk mengenepikan ust makhtar. Ada di kalangan pesakit terutama warga emas akan diberi perkhidmatan percuma selepas mendapat khidmat dr partipal. Dr pripal juga memberi potongan bayaran perubatan sekiranya pesakit tidak mempunyai wang yang cukup. dr pripal juga telah membuat majlis BBQ kambing untuk anak muda di sun sg bakap. di khabarkan juga rangkaian dr pripal telah mula menyelinap masuk ke dalam segelintir bekas atau ahli UMNO yang tidak menyukai atau memusuhi penyelaras dun sedia ada iaitu Tuan hj Mohd Foad Mat isa, bekas ADUN Sungai Acheh.

Katanya , mereka yang bermusuh dengan penyelaras dun sg bakap akan bermati matian bersama dr pripal untuk mengalahkan calon BN sekiranya foad dipilih sebagai calon dun sg bakap. antara individu yang naik namanya sebagai yang sanggup berjuang untuk dr pripal ialah bekas ketua cawangan salah sebuah cawangan di dun sg bakap. pripal mungkin tidak menghadapi masalah kerana beliau mendapat info kononnya umno di bahagian nibong tebal sedang bercelaru sedangkan tidaklah seteruk manapun.

Berbalik kepada persoalan ust makhtar akan disingkirkan. Selaku ketua cabang nibong tebal, sudah pastilah seat sg bakap perlu dikekalkan untuk beliau. namun, kumpulan anwarinas tidak menyukai ust makhtar yang di anggap kuno, lembap dan tidak mendepani zaman. lagipun ust makhtar dikaitkan sebagai yang berjiwa umno. selepas cikgu ibrahim menjadi adun sg aceh, ust makhtar bercita cita mahukan jawatan dun sg bakap diberikan kepada beliau, walaupun beliau tidak aktif di dalam umno bahagian ketika itu. ust makhtar masih lagi berceramah di dalam umno dalam era 1999.

Namun selepas itu, barulah beliau menggerakkan pkn dan seterusnya pkr. besar jasa ust makhtar dalam pkr. namun, kerana syahwat anwarinas, ust mokhtar akan digugurkan dan di gantikan dr pripal yang liberal dan sosialis. dikhabarkan dr pripal bakal mendapat jawatan exco sekiranya menang di dun sg bakap dan kerajaan negeri PR masih lagi memenangi 2/3.

Gerakan menjatuhkan ust makhtar menyamai gerakan menjatuhkan ust azizan dan salleh man. rupanya , dap tidak menyukai orang beragama dalam kabinet mereka. ust makhtar terus bermain wayang walaupun dia tahu dr pripal akan mengambil tempatnya.pripal setiap hari dan setiap malam mengukuhkan jentera. jentera pripal ialah mereka yang kalah melawan ust makhtar dalam pemilihan cabang lalu. pripal menjadi lebih kuat dengan mendapat bantuan bekas pimpinan umno cawangan yang tidak sehaluan dengan tn hj foad.

Jika benar apa yang cerita ini bermakna DUN SG BAKAP KALAH BUKAN KERANA KUATNYA PRIPAL, TETAPI GERAKAN MUSUH DALAMAN. 

ADA YANG MENYATAKAN, JIKA DR PRIPAL BERTANDING, MAKA YANG PALING LAYAK MELAWAN DR PERUBATAN INI IALAH DR NORSIAH YANG MEMBUKA POLIKLINIK DI SIMPANG AMPAT. 

DR PERUBATAN INI IALAH AJK UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL YANG AKTIF BERGERAK DALAM PELBAGAI PROGRAM DI NIBONG TEBAL DAN DISUKAI OLEH RAMAI ORANG. 

APAKAH DI DUN SG BAKAP DOKTOR AKAN BERTEMU DOKTOR? 

KESIMPULAN: KASIHAN BK PADA UST MAKHTAR SEORANG KETUA CABANG YANG BAKAL DIMATIKAN KARIER POLITIKNYA OLEH DR PRIPAL.

Panas! Adakah Ini Tanda-Tanda DAP Memperlekehkan Institusi Diraja?


Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAP nampaknya mula menunjuk belang mereka merendahkan standard institusi diraja!

Tindak tanduk mereka dalam isu ini  dilihat tampak memperkecilkan peranan Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang yang juga wakil kepada Yang Dipertuan Agong di Pulau Pinang.

Wang kerajaan negeri yang digembar-gemburkan banyak sangat tu kemanakah perginya sehinggakan terpaksa mengemis dari NGO-NGO untuk memenuhi  tabung TYT sedangkan NGO seharusnya dibantu bukannya kerajaan negeri yang meminta dari NGO!

Baca kupasan lanjut di Badarkhubro.

Cuba lihat contohnya kejadian bencana alam iaitu ribut telah melanda Kampung Padang Lalang dan Tasek di Nibong Tebal semalam.

Pada petang tadi, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Dato Zainal Abidin Osman sendiri yang mengeluarkan sumbangan bagi membantu meringankan beban 96 orang mangsa yang kebanyakan rumah-rumah mereka telah mengalami kerosakan!

Dimana muka YB Pakatan?
Dimanakah muka wakil kerajaan negeri dalam menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa kejadian ribut?
Balik-balik, pemimpin UMNO/BN juga yang turun padang membantu rakyat!



sahih. 300 penyokong pakatan beralih kepada bn di nibong tebal (pics)





300 rakyat di nibong tebal yang terdiri pelbagai kaum secara terbuka hadir untuk menyatatakan sokongan tak berbelah bagi untuk menyokong bn dalam pru13 akan datang. Lebih menarik lagi hampir 100 orang terdiri dari kaum cina yang mana sebelum ini adalah totok dap.

Mereka menyuarakan kekecewaan terhadap guan eng yang dilihat tidak banyak membantu mereka sebaliknya bantuan banyak datang dari pemimpin bn.

Panas!! Ratusan Rakyat Tinggalkan Pakatan Haram & Sokong BN di Nibong Tebal!!

Pic hiasan

Esok tengahari bakal tercipta satu peristiwa yang akan memberikan mimpi buruk kepada juak pakatan haram di Nibong Tebal.

Difahamkan ratusan rakyat yang terdiri daripada pemimpin,ahli dan penyokong parti komponen pakatan haram berbilang kaum akan melafazkan janji meninggalkan parti kelentong rakyat dan akan menyertai dan menyokong UMNO BN dalam PRU13 akan datang..

Tunggu.. pendedahan dari A.S esok live dari Sungai Acheh!

Laporan Polis Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Terhadap Rancangan Jahat Anwar! Mana Satu A.S?

Yang mana satu A.S? Hehe..

Pagi tadi, satu laporan polis telah dilakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal terhadap perancangan gila meroyan puak pakatan haram yang akan berkumpul di depan mahkamah tinggi KL pada 901 nanti.

Laporan ini telah dilakukan oleh Setiausaha Pemuda Sdr Amiruddin Nasrudin dan Ketua Penerangan, Sdr Norhiesam Ismail bersama sebahagian jawatankuasanya di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut hadir Sdr Segar, Ketua Pemuda PPP Bahagian Nibong Tebal yang juga membuat laporan polis bagi pihak parti beliau.
Warga media yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik turut hadir bagi membuat liputan laporan polis ini.

Anwar Ibrahim mesti terima kenyataan!
Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya harus akur kepada keputusan mahkamah!
Jangan cuba cabuli demokrasi dan biadap terhadap sistem kehakiman negara!

Kejutan Keluar Parti Di Nibong Tebal?



SIAPA.....SIAPA......SIAPA ?
ANGIN BERTIUP KENCANG SEJAK 2 MINGGU LALU. BUKAN KHAYALAN DALAM MASA TERDEKAT.
APAKAH MEREKA DARI UMNO NIBONG TEBAL? ATAU PKR ATAU DAP ATAU PAS?

DI KHABARKAN JUMLAHNYA AGAK BESAR DAN ADA YANG MENYATAKAN MELIBATKAN INDIVIDU TERTENTU .

KENAPA NAK KELUAR PARTI ?
MEREKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEPIMPINAN.

KEPIMPINAN SIAPA?
TUNGGU...........BUKAN GEMPAQ......TAPI BIARLAH PENGISYTIHARAAN DI BUAT DAHULU DAN AKAN DIULAS KEMUDIAN.


KERANA TIGA ORANG PEMIMPIN UTAMA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL, KELUAR PARTI BERLAKU ? MUSTAHIL........

ATAU


ATAU KERANA INDIVIDU INI?

ATAU

KERANA INDIVIDU INI YANG SUDAH LUPA DARATAN...................

BAKAL TERJAWAB SELEPAS TERLALU BANYAK BERITA BERKAITAN AHLI KELUAR PARTI. DALAM HAL PARLIMEN NIBONG TEBAL , APAKAH KALI IN AHLI PARTI BN ATAU PR?BK AKAN MENDEDAHKAN.TUNGGU................

YB Tan Tee Beng Sertai BN?

Ya memang, YB Tan Tee Beng ahli parlimen bebas Nibong Tebal menyertai majlis yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional. Bukannya sertai BN.

Namun, sekarang ni YB memang dan berpatah arang berkerat rotan dengan pakatan haram diatas siri tindak tanduk pakatan yang terlalu banyak masalah dan hipokrit dalam perjuangan mereka.

Majlis malam kutipan dana untuk SJKC Pai Teik, Nibong Tebal ini telah dihadiri oleh Dato' Zainal Abidin Osman, Dr Ng Yen Yen, Sdr Wee Ka Siong dan pemimpin BN setempat bersama seluruh warga kaum tionghua yang memenuhi dewan USM Transkrian, Nibong Tebal. kehadiran kaum cina cukup membanggakan dan diharap ini menjadi satu petanda sokongan kaum cina kepada BN terutamanya di parlimen Nibong tebal.

YB Tan Tee Beng walaupun ahli parlimen bebas tetap diberi penghargaan dengan layanan vip dari penganjur dan duduk bersebelahan dengan Tok Non. Bukti kerajaan BN sentiasa prihatin dan membantu tanpa mengira kaum. Sejumlah RM500,000 telah diperuntukkan oleh kementerian Pendidikan bagi membantu menaiktaraf kemudahan pembelajaran di SJKC Pai teik. banyak lagi bantuan kerajaan BN yang telah diberikan terhadap kaum lain selain bumiputera yang kalau nak diceritakan 3 hari 3 malam pun takkan selesai.

Apa mahu lagi wahai kaum cina??
Apa lagi yang tak cukup dan masih tak memuaskan kehendak hangpa?

Fikirkanlah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...