Bersedialah bini anda menjadi janda atas tindakan bodoh anda

Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja.

“Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Enam wakil rakyat Pas di ne­geri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.

Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya.

Janganlah Fitnah Bukan-Bukan Hanya Kerana Kilang JVC Shah Alam Ditutup! Mai Baca berita sebenar..

Janganlah menabur fitnah dan adu domba kononnya penutupan kilang ada kaitan dengan kegawatan ekonomi ataupun kerana pelabur lari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...