Waheeda Bikin Gempar Di Konsert PAS?


Pasangan suami isteri ini kembali mewarnai pentas dunia hiburan pas di satu majlis anjuran PAS Kemaman, Terengganu.

Akhill Hay menyanyi tu, lantak dia lah, Bagi A.S takde masalah. PAS kan sekarang lebih mesra dengan muzik dan nyanyian yang mana satu masa dahulu merekalah yang kuat mengkritik apa jua hiburan.

 Namun yang tak kenanya, Akhil dilihat gagal membimbing isterinya, si Waheeda.
 Waheeda tampak gagal mengawal 'gian' dia untuk kembali beraksi dipentas. Nampak tangannya yang memegang mikrofon itu dan si kopiah putih yang tersenyum riang di belakang itu? Adakah Waheeda juga menyanyi?

 Di sebalik imej berpurdah yang sungguh sopan dan melambangkan imej muslimah sejati, amat tidak sesuai sekali Waheeda menayangkan aurat suara lunaknya yang mendayu-dayu jika benar dia menyanyi. Ini boleh menjatuhkan imej Islam!

Puak pas yang kununnya alim di belakang dan di depan pentas takde sapa yang nak tegur ke? Adakah ini juga dihalalkan oleh mereka demi hiburan yang kononnya bercirikan Islam?

Apa Hubungan DS Rosmah Dengan Shah Rezza?

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

 Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

 Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".MK

ULASAN A.S: WAHAI JUAK PAKATAN HARAM, LAIN KALI SEBELUM NAK SERBU TAK KETAHUAN, SIASAT DENGAN TELITI TERLEBIH DAHULU.
SAH MEMBUKTIKAN JUAK PAKATAN MEMANG KAKI NISTA DAN DUSTA!


JANGAN NAK MENONONG FITNAH JE, SIA-SIA SAJA BUAT DOSA,
CARI KAK MAH, MINTA AMPUN DENGAN DIA.. 



Poodah Poodah Poodah Anwar! Video Panas anwar Dihamput Di Sungai Petani!

Kalai vanar & alternative action team dengan kerjasama penganut Hindu sungai petani membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke kuil Sri subramaniyar dimana beliau telah berjanji memberi cuti thaipusam pada pru12 tetapi sampai sekarang masih tidak mendapat cuti! Sekali lagi Anwar Ibrahim menipu dan terus menipu terhadap kepada penganut hindu Sungai petani! Ada sapa-sapa boleh translate video di atas? kesian Bung Nuar, makin hari makin ramai yang benci padanya.. Tu pun tak sedar diri lagi!

Entry Khas. Kenapa Anwar Padam Komen di Blog Beliau Pasal Sokongan Kepada Israel?

A.S nak berkongsi video yang baru diterbitkan berkenaan isu sokongan Anwar kepada Israel yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Anwar semahu-mahunya mahu menepis terus semua persoalan tentang pendirian dia yang menyokong israel sekarang. Namun umum tahu bahawa Anwar dan israel bak lagu dan irama, keduanya tidak dapat dipisahkan lagi walaupun 1001 penafian dilakukan..

Duta Palestin Tension Dengan Anwar!

A.S: BUKALAH MATA, LAPANGKANLAH DADA WAHAI JUAK PAKATAN HARAM UNTUK MELIHAT WARNA SEBENAR ANWAR IBRAHIM INI. 


TIDAK TERFIKIRKAH KALIAN BAHAWA DARI HARI KE HARI ANWAR DILIHAT SEMAKIN MERAPU DAN PENDIRIAN BELIAU BANYAK YANG BERTENTANGAN DENGAN ASPIRASI DAN NORMA RAKYAT MALAYSIA? 


A.S CUMA NAK KATA, ORANG YANG MASIH SOKONG ANWAR MEMANG BUTA HATI PERUT..

Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.  "Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

 "Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih. "Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.

 Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu. "Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka," katanya. 

Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.

 Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.- Bernama

Penjelasan kenapa Perkasa gunakan angpow putih.

Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas.

"Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian. Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam. Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain."Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita  mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow.."Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina."sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.-SH

Bantahan Dewan Pemuda Islam Terhadap AC Mizal

Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak. 
Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor. Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat). 
Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan. “Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
A.S nak kata, berkemungkinan ada alasan yang rasional dari kerajaan Perak dalam perlantikan AC sebagai duta pelancongan perak. DS Zambry kalau boleh beri penjelasan dengan jelas kewajaran perlantikan ini lagi bagus.
Rezeki masing-masing, tak perlulah kita dengki atau iri hati dengan tuah yang diterima oleh orang lain.

satu bukti jelas bahawa perkasa tidak rasis


Tuduhan sesetengah pihak bahawa perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada majlis itu.

Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun lepas khusus untuk meraikan warga emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.

Ibrahim Ali terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama sekali dan tak menjangka ramai yang hadir sehingga makanan pun tidak mencukupi. bagi beliau, ia satu sambutan yang cukup luar biasa.

Mesti Baca: Sebaran Penting Kumpulan Pemuda PAS Tolak Pakatan Rakyat!



Yg Berbahagia Us Hassan Basri adalah antara salah seorang ahli PAS yang sedar bahawa PAS kini telah di"hijack" oleh pihak luar. 


Jika parti tidak dapat diselamatkan haluan, maka kami keluar ke masyarakat utk memberitahu kepincangan parti agar mereka TIDAK TERSALAH UNDI. Jika parti tetap dgn pendirian sekarang, sebenarnya parti mengundang bencana kpd ummat ini. 


Maka sebab itu Hassan Ali, Hasan Basri keluar ke roadshow utk mengelakkan kemenangan parti PAS menjadi batu loncatan kpd musuh Islam utk menguasai negara tercinta ini. Seperti yg pernah Ustaz Azhar sebut, buruk-buruk UMNO mereka masih saudara seagama kita dan paling teruk pun mereka jatuh fasiq je atas perbuatan dan pendirian mereka. 


Sedangkan kita laungkan utk perjuang Islam tetapi duduk bersama musuh Islam yg harbi...


Sebarkanlah saudara jika sayang akan negara ini. Cintakan negara sebahagian drpd Iman.


Sumber

Azmin Cuba Fitnah Hassan, Kain Gengnya Sendiri Yang Akan terselak!


Dr Hasan Ali cabar Azmin Ali membuat repot polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.
Hassan Ali sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kononnya kini berada dalam tangan Pakatan Haram. 
Semua ni hanyalah ugutan balas dan fitnah murahan dari Azmin dan pakatan haram yang panas punggung tak tahan diserang hari hari oleh Hassan berkenaan kepincangan pentadbiran dan parti mereka.
Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dari orang dalam pakatan haram sendiri. 
Sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik. Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.
Nampak jelas, pakatan haram perangainya memang busuk sekali. Apabila kelemahan dan kepincangan mereka didedahkan, mereka sangat terdesak hingga  sanggup mengada-adakan cerita dan memfitnah orang yang pernah bersama dengan mereka suatu masa dahulu. 


Boleh Ke Iran Melawan Amerika Jika Begini Keadaannya?



Iran sejak dulu tak pernah tunjukkan rasa gentar mereka kepada gertakan Amerika. Baru-baru Iran ini melarang sebarang penghantaran kapal terbang dari US kembali ke Teluk Parsi dan mereka amat serius dengan amaran tersebut.

Hakikatnya jika kita lihat peta yang dilampirkan di atas Iran sedang dikelilingi oleh puluhan Pengkalan Tentera Amerika di segenap sempadannya yang kalau diikutkan logik adatnya amat memudahkan tentera Amerika menumpaskan Iran dalam masa yang singkat.

Setakat ini habis Tanah Arab telah diikat hidungnya oleh Amerika kecuali Iran yang masih dapat mempertahankan kedudukan mereka daripada diikat hidungnya oleh Amerika. Amerika hanya mencari alasan saja untuk menerobos masuk ke Iran bila-bila masa.

Dalam suasana sebegini mampukah Iran melepaskan dirinya daripada cengkaman Amerika hanya Allah saja yang mengetahuinya. Iran setakat ini bekerjasama dengan Russia dan negara China bagi memperkukuhkan kedudukan mereka daripada terus dibuli oleh Amerika. - wartashubhi

'Kilang Pelacur 24 Jam! Selangor Makin Advance Di Bawah Pakatan!


pic hiasan


Mana peginya pihak penguatkuasa dari Pihak Berkuasa Tempatan? 
Adakah terlepas pandang atau buat-buat tak nampak? 
Makin kronik nampaknya Selangor dengan gejala maksiat sejak di bawah pemerintahan pakatan haram. 
Angka-angka rumah urut, pusat hiburan, pusat perjudian haram meningkat dari hari ke hari dengan begitu drastik sekali dalam keadaaan yang tak terkawal!
Sesuatu harus dilakukan oleh rakyat Selangor bagi memastikan kegiatan ini dapat dibendung!

Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu. Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing.

Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui. Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

 "Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk," ujarnya. Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam. "Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu," katanya.

 Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu. "Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh," beritahu beliau. Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Cun Tak Awek Ni? Jom Tengok..

Nampak cun kan?
Cuba hangpa tengok secara terbalik!

A.S tak kesah le nak kalih kepala ke, kalih monitor or kalih laptop/netbook tu..
 ngeri tak?

 Begitulah jika kita umpamakan pemimpin pakatan haram yang selalu mendakwa seolah merekalah yang paling perfect, namun sebenarnya jika diperhatikan dari sudut dan persepsi lain , tindakan dan kelakuan sebenar mereka memang memualkan!

Iklan Jawatan Kosong Yang Buatkan Azmin Tercengang!


Memang terbaiklah iklan ni.. Sapa punya kerja memang kreatif habislah.. Penyandang jawatan sekarang ni memang sesuai untuk digantikan segera kerana dari maklumat yang diterima, fungsi MP dan ADUN tersebut sangat minima dan boleh dikatakan rakyat langsung tak mendapat faedah dari khidmat beliau.. Bukan MP/ADUN diatas saja, majority wakil rakyat dari pakatan haram lebih banyak bercakap/mengutuk orang dari menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka sendiri..

Azizan Hangin Satu badan dengan Aziz!


Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain. Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

 “Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama,” kata beliau. Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

 Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

 Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media. Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

 Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda. "Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit.-SH

Kebetulan Selangor & Kedah Yang Menarik!

DI ALOR SETAR KEDAH, ISU PEROBOHAN SURAU MADRASAH AS-SALIHIAH YANG DIWAKAFKAN BAKAL DIROBOHKAN BAGI BERI LALUAN UNTK PEMBINAAN PUSAT MEMBELI BELAH,

 DI SELANGOR TIDAK KURANG HEBATNYA DIMANA RUMAH TERES YANG DIWAKAFKAN KEPADA MAIS DALAM KEADAAN TERABAI DAN TIDAK TERJAGA.

 LEBIH MALANG LAGI, IA BAKAL MENGALAMI NASIB YANG SAMA DEMI UNTUK PEMBINAAN SEBUAH PANGSAPURI.

MENJAWAB LA HANGPA DISANA KERNA TERGAMAK PUAK PAKATAN 'MAIN'MAIN DENGAN HARTA WAKAF!.
BEGINILAH keadaan sebuah rumah teres yang didakwa rosak teruk selepas diwakafkan kepada MAIS di Desa Fahmi, Kapar, Klang semalam. 

 KLANG - Seorang doktor kecewa dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila 26 unit rumah teres dan sebuah banglo di Desa Fahmi, Kapar di sini yang diwakafkan kepada pihak berkuasa agama itu terbiar begitu sahaja sehingga mengalami kerosakan teruk.

 Lebih mengecewakan apabila MAIS didakwa bercadang merobohkan semua rumah teres yang tidak berpenghuni tersebut untuk didirikan sebuah pangsapuri kos sederhana di situ. Pewakaf, Dr. Kamarolzaman

Hajar (gambar kecil), 53, berkata, kesemua kediaman itu siap dibina di atas tanah seluas 0.6 hektar pada tahun 2000 dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah sebanyak RM420 sebulan.

Kenyataan Anwar Ibrahim Yang Orang PAS Takkan Percaya

Kenyataan ANWAR IBRAHIM di Wall Street Journal pada 26/1/2012 dilaporkan berbunyi seperti begini? 
- "I SUPPORT all efforts to protect the security of the state of ISRAEL" ?

 Begitulah ungkapan dari seorang yang menjadi pujaan puak islam PAS dan PKR.
 Negara Israel yang terang menjadi musuh Islam nombor 1, dipertahankan oleh seorang pemimpin Islam Malaysia yang berlakon kononnya dialah yang paling warak.

 Apa motif Anwar sebenarnya?
 Masih lagi mahu menyokong pakatan haram?
 Fikir-fikirkanlah..

Pelacur Terkenal Dah insaf? Sekarang jadi pereka fesyen!

ZAHIA DEHAR PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.

 Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31. Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.

 Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture. Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris. Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu. Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang. - Agensi

Ratusan Bra Digantung Sebab Marahkan Menteri KDN!

A.S HARAP KAT MALAYSIA TAK BERLAKU LAH KEJADIAN SEBEGINI. MENTERI TERSEBUT ADA ALASAN BELIAU YANG TERSENDIRI.
JIKA ADA PROTES DAN KETIDAKPUASAN HATI SEKALIPUN,SELESAIKAN CARA BERHEMAH. TAMBAHAN LAGI KITA DI MALAYSIA KAYA DENGAN ADAB DAN BUDI BAHASA.

JAKARTA - Beratus-ratus penduduk Tanah Merah di Jakarta Utara mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri di Jalan Merdeka Utara, Jakarta Pusat.

Dalam tunjuk perasaan itu, mereka turut menggantung beratus-ratus baju dalam wanita di pagar pejabat tersebut sebagai simbolik terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi yang begitu takut mempermudahkan urusan mendapatkan kad pengenalan (KTP) penduduk Tanah Merah.

Beratus-ratus penduduk Tanah Merah berasa kecewa kerana urusan memperoleh kad pengenalan tidak dipermudahkan, walaupun surat rasmi telah dihantar kepada gabenor dan ketua-ketua kota di seluruh negara. Gabenor Fauzi Bowo menolak surat itu dengan alasan penduduk menduduki tanah milik orang lain, lapor Kompas.com.

Menurut ketua penganjur protes, Aris, mereka kecewa dengan sikap Kementerian Dalam Negeri kerana tidak berani menentang tindakan Fauzi. "Fauzi yang hanya seorang gabenor jelas melanggar arahan Gamawan, tetapi Menteri itu dilihat tidak berani menentangnya," kata Aris. Aris berkata, jika tiada usaha diambil untuk mengatasi masalah ini, maka protes besar-besaran akan diadakan dan mereka akan menutup jalan-jalan utama di bandar itu. - AGENSI

Aziz Bari Hidup Merempat Selepas Letak Jawatan??

Setelah hampir sebulan meletakkan jawatan sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, beliau terpaksa terjun ke dunia politik kerana tiada pilihan. Menurutnya, penyertaannya dalam politik adalah "terpaksa".-SH
Kesiann tengok si profesor kangkung ni.. 
Elok-elok makan gaji lumayan dibayar oleh kerajaan ,kufur nikmat buat perangai tak ketahuan.. Nah, sekarang ambik habuan.. 
Suruh la pakatan haram sara hidup prof.. 
Untung-untung ada la parti ambik jadi calon untuk PRU13.. 
Kalau menang ok le.. 
Kalau melingkup, baru ada akai..


Tapi percayalah, A.S sentiasa positif..
rezeki dari Allah ada dimana-mana..


Jika itu jalan yang Prof pilih..

Malik Kassim Lebih Takutkan Guan Eng Dari Allah?


Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.-Petikan dari kenyataan media YB Malik Kassim (Exco Agama Pulau Pinang).
Hanya kerana sekeping surat yang didakwa palsu ini Malik sanggup buat laporan polis. Sungguh menyedihkan sekali A.S dapat Exco agama yang berkelakuan sebegini.

A.S masib boleh terima jika hanya kenyataan media yang dikeluarkan hanya untuk menafikan surat yang didakwa palsu ini. Tapi tak boleh terima jika sampai dibuat laporan polis.

 Apa salahnya program NGO yang dianjurkan itu demi untuk menjaga aqidah umat Islam?
 Nak berpolitik ada tahapnya, tapi isu agama adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan.

 Takkanlah hanya kerana surat itu dikeluarkan sekalipun, Guan Eng akan memecat Malik dari menjadi exco sebagaimana nasib yang diterima oleh Dr hassan Ali.

Dr Haron Din Nafikan Beliau Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas!



Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu. Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.

 Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas. Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai. Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.

 Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku? Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata! Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Haron sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu. “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.

 Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini. Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu. Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali. ” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

 ” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun. Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut. Dr. Haron mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Mesti Tau! Pendedahan Taktik PR Bagi Merampas Kuasa


Strategi utama PR sudah lama dapat kita baca iaitu mencetuskan huru-hara serta ketidakstabilan dalam negara untuk melemahkan kerajaan dan merampas kuasa. Untuk itu, NGO-NGO atau pertubuhan haram digunakan untuk membangkitkan isu perkauman contohnya, melalui novel Interlok yang secara tiba-tiba saja menjadi kontroversi tidak lama dahulu sedangkan ia telah berpuluh tahun digunakan.

Kemuncak strategi PR ialah huru-hara besar-besaran yang berpunca dari pemenjaraan Anwar Ibrahim dan tuduhan konspirasi terhadap kerajaan di mana diharap agar menjadi pemangkin kepada tumbangnya Barisan Nasional. Sebagai ‘back-up’, sekiranya semua ini gagal dan PR tidak mampu memenangi pilihanraya, maka Bersih digunakan sebagai persediaan awal untuk menidakkan keputusan pilihanraya seterusnya sebagai alasan untuk mencetuskan huru-hara dan menumbangkan kerajaan BN. Namun, taktik kotor pembangkang tidak terhad setakat itu sahaja.

 Bagi ‘menyediakan’ minda rakyat untuk memakan umpan ini, mereka telah terlebih dahulu menabur propaganda agar rakyat percaya bahawa pilihanraya adalah benar-benar tidak bersih. Ketika pulang ke Kedah baru-baru ini, penulis ‘disapa’ oleh maklumat yang tersebar secara meluas mengenai wujudnya beribu-ribu pendatang Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang disembunyikan oleh BN di segenap hutan-hutan di Malaysia. Pendatang ini semua, kononnya telah didaftarkan sebagai pengundi dan akan keluar mengundi BN dalam pilihanraya umum nanti.

Penulis ternganga sebelum tergelak besar mendengar cerita yang tidak masuk akal itu. Namun, gelak penulis pantas hilang apabila melihat bagaimana si penyampai serta mak cik dan pak cik yang sama-sama mendengarnya mempercayai cerita tersebut 100%. Maka, jenuhlah penulis menjelaskan kepada mereka semua bahawa bukan mudah untuk menipu dalam pilihanraya memandangkan proses pengundian dari A-Z adalah telus kerana perlu dipantau oleh wakil dari setiap parti. Jika berlaku keraguan dalam proses pengundian, wakil parti boleh membuat bantahan.

 Oleh itu, jika ada di antara kita terlihat segerombolan pendatang asing yang diragui status kewarganegaraan mereka datang mengundi di hari pengundian nanti, laporkan dan dedahkanlah mereka agar siasatan dan tindakan dapat diambil. Penulis juga meminta makcik dan pakcik tersebut mengerahkan rakan-rakan mereka membuat rondaan ke hutan-hutan di belakang kampung masing-masing untuk mencari beribu-ribu pendatang upahan BN yang dikatakan itu dan menangkap dan mendedahkan mereka jika benar ada. Lebih baik jika siarkan saja gambar ‘perkampungan pengundi PATI di dalam hutan’ itu termasuk wawancara dengan mereka di dalam Harakah, Malaysiakini dan media-media milik pembangkang untuk impak yang lebih hebat.

Malangnya, lucu atau tidak, cerita tidak masuk akal ini telah pun disebar di seluruh Kedah dan seluruh negara juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa 20%-40% orang-orang Melayu telah dengan mudah, mempercayainya. Sedih sekali memikirkan betapa ramainya orang Melayu yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir logiknya langsung.

Dan semalam, satu lagi taktik kotor pembangkang sampai ke telinga penulis. Iaitu, kononnya terdapat seorang yang mengaku sebagai wakil ADUN BN di Kota Damansara kini giat turun berjumpa dengan majikan di seluruh Selangor mencari pekerja asing untuk didaftarkan sebagai pengundi. Kononnya, pekerja-pekerja ini akan diarahkan untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang menyampaikan kepada penulis adalah penyokong BN dan mereka sendiri nampaknya gusar kerana percaya ia adalah benar. Tidakkah mereka-mereka ini terfikir bahawa tidak mungkin BN sebodoh itu kalaupun benar ingin bermain kotor? Apakah logik ada ADUN BN yang tidak memikirkan risiko majikan yang ditemui wakilnya itu adalah penyokong pembangkang yang pasti akan mendedahkan taktik kotor sebegitu?

 Dan kalau benar ia berlaku, kenapakah pembangkang tidak menangkap, melapor dan mendedahkan wakil tersebut secara besar-besaran di dalam media milik mereka? Sebaiknya, mana-mana majikan yang terlibat mendedahkan segera identiti ‘wakil ADUN BN’ tersebut agar tindakan dapat diambil dan taktik kotor ini dapat dihentikan segera. Memandangkan tiada pendedahan secara meluas oleh pembangkang, maka kita simpulkan terdapat satu saja penjelasan mengenai kisah-kisah tidak masuk akal ini, iaitu ia hanyalah satu lagi taktik kotor PR untuk menimbulkan keraguan dalam minda rakyat terhadap BN sebagai persediaan sekiranya PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Kita pasti, kisah-kisah tidak masuk akal ini akan digunakan PR bagi menjustifikasikan huru-hara yang bakal dicetuskan melalui Bersih 3.0, sekali gus rampasan kuasa melalui jalan belakang yang merupakan strategi utama mereka.

Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berlatih untuk berfikir lebih sedikit sebelum menerima dan mempercayai bulat-bulat sesuatu maklumat. Penulis amat bimbang dan sedih sekali melihat pemikiran orang Melayu yang nampaknya benar-benar di tahap kritikal kerana tidak mampu langsung untuk bertindak kritis dan menapis segala apa yang masuk ke telinga mereka. Kegagalan orang Melayu untuk berfikir secara logik sehingga terlalu mudah diperdaya dan dimanipulasi, ditakuti akan menjadi pemangkin kepada kehancuran bangsa kita nanti. sumber

Guan Eng! Malulah Sikit. Sampai Bila Nak Tipu Rakyat Penang!

Apa punya jenis manusia lah apek ni! malu betul A.S dapat CM perangai macam ni. 
Asal ada ruang untuk buat modal politik walaupun palsu, semua dia bedal! 
Dasar muka tak tau malu! 
Nak menipu rakyat Pulau Pinang pun agak-agak la. 
Rakyat Penang tak bodoh untuk dipermainkan dengan angka dan fakta yang menipu!
Lu dah kantoi menipu!
Lu mesti minta maaf kepada semua orang penang terutamanya melalui buletin sampah yang lu guna wang rakyat untuk diedarkan merata tempat!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disarankan agar tidak memalukan dirinya sendiri lantara menyebarkan dakwaan menyatakan kononnya beliau telah berjaya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri itu sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. 
 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Guan Eng sebenarnya tidak pun membayar hutang tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini dan menjelaskan bahawa hutang tersebut hanya dialihkan kembali kepada Kerajaan Pusat. Menurutnya lagi, hutang sebanyak RM630 juta itu telah diambil alih Kerajaan Pusat ekoran satu perjanjian berhubung penyusunan semula sistem bekalan air di negeri itu yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.  
Penyusunan semula itu menetapkan kerajaan negeri perlu membayar faedah sewaan bekalan air sebanyak RM14.6 juta setahun bagi tempoh 45 tahun. Donald berkata, kenyataan Guan Eng tersebut jelas mengelirukan dengan mendabik dada kepada rakyat kononnya pentadbirannya yang cekap telah melangsaikan sebanyak 95 peratus hutang kerajaan negeri itu.  
“Guan Eng sebenarnya tidak mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi untuk membayar hutang yang besar dalam tempoh yang singkat,” kata Donald yang dipetik dari akhbar online TheStar hari ini. Selain itu, Donald menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai taktik politik murahan untuk memancing undi rakyat.  
Blogger terkenal, Outsyed the box, turut membidas kekeliruan yang sengaja ditimbulkan Guan Eng itu di blog miliknya dengan menyifatkan sebagai ‘helah murahan’.“Sudahlah Guan Eng. Sangat memalukan untuk mengelirukan orang ramai macam ini. Ini adalah satu helah murahan,” katanya yang petik dari blog miliknya di sini hari ini.-mynewshub

Solat Menteri-Menteri Syria! Awat Pelik Sangat? (video)

Dikatakan solat ini dilakukan oleh menteri-menteri Syria.. Yang ditengah tu Bashar al-Assad - Presiden syria Solat apa macam ni? Adakah fahaman mazhab lain ada yang solat cenggini? Ada sesiapa boleh jelaskan? Pelik-pelik.. Harap di malaysia tak berlauk lah solat yang berkeadaan macam ni.

Banner bantahan pemuda PAS Sebab Tak Dapat Jadi Exco Agama Bertebaran

puak PAS boleh kata ini satu kerja saraf dari UMNO..
Tapi A.S nak nafikan sekeras-kerasnya kerana tiada bukti pun nak kaitkan UMNO

sedarlah, janganlah PAS syok sendiri kononnya akar umbi tak kesah sebab tak dapat pegang jawatan exco sedangkan majority ahli pas 'berdarah' dalam hati hanya tuhan yang tahu..

namun, demi untuk menjadi keledai yang setia, pas kena berlakon tunjuk akur..

tunggak PAS dah hilang.. Apa ada pada PAS jika jawatan jaga agama pun tak diherankan!

Panass.. ADUN Pakatan 'Mengintai' Untuk Bersama UMNO? (Gambar-Gambar)

Kehadiran ADUN PKR Sungai Bakap, YB Ustaz Makhtar untuk bersama-sama program yang dianjurkan bersama oleh UMNO Bahagian Nibong Tebal telah mengejutkan banyak pihak.

 Program kebajikan ini telah berlangsung di Perkampungan PPRT Indera Timbalan, Kg kepala Gajah di DUN Sungai Bakap ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Zainal Abidin Osman selaku Ketua UMNO bahagian bersama kepimpinan utama UMNO bahagian Nibong Tebal yang lain.

 Mungkin Ust Makhtar ingin mengubat jiwa yang lara setelah panas kebelakangan ini mengatakan bahawa calon PRU13 PKR DUN Sungai Bakap selepas ini akan diwakili oleh Dr Pritpal Singh seorang mualaf kaya raya yang juga pemilik rangkaian Klinik Swasta  yang beroperasi di sekitar Seberang Perai manakala desas-desus juga bertiup kencang bahawa calon PKR parlimen Nibong Tebal akan diwakili oleh YB Law Choo Kiang, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. 

Diharap Ust makhtar buat keputusan yang bijak. Ust nampaknya tak dihargai lagi oleh pimpinan pakatan sekarang. segala jerih perih Ust menguatkan PKR Cabang Nibong Tebal seolah-olah dipandang sepi oleh Anwar Ibrahim.
 Alang-alang, tinggalkanlah parti kencing rakyat itu. Apa sangatlah jasa pakatan terhadap rakyat Sungai bakap sepanjang hampir 4 tahun pakatan memerintah Pulau Pinang?

Tersenyum simpul malu-malu YB (Berkopiah) hadir ke Program UMNO
Orang UMNO menerima dengan tangan yang terbuka jika Ust Makhtar ingin berhijrah ke UMNO.
Hasil sembang-sembang A.S dengan orang sini,Majority pengundi di DUN Sungai bakap juga telah menyesal memilih PKR dalam PRU12 yang lalu dan berjanji akan menebus kesilapan itu dengan memilih UMNO/BN dalam PRU13 akan datang kerana mereka sedar bahawa UMNO/BNlah parti yang sebenar-benarnya yang banyak membantu rakyat.

Diharap pimpinan tertinggi Pakatan janganlah ambil tindakan kat YB ni. Bagilah peluang kat YB nak bersama program UMNO dan merasai suasana program UMNO.
Dato Non menyambut kehadiran dengan tangan terbuka. orang UMNO memang baik hati..

Khusyuk YB mendengar Ucapan Tok Non
Berbual mesra bersama Hj Foad, naib ketua UMNO Bahagian
Tak sempat nak bergambar beramai-ramai, YB dah balik ke? Rilek Dulu..

Retikah Anda Beza Perkataan 'Kelemahan; & 'Penyelewengan'?

A.S NAK KATA INILAH YANG MENJADI MASALAHNYA SEKARANG. 
PUAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB YANG DIMAKSUDKAN SUDAH PASTI ADALAH JUAK PAKATAN HARAM YANG TELAH MEMANIPULASIKAN DAN MENGELIRUKAN RAKYAT DALAM ISU NFC INI. 


KITA PERLU JELAS MEMAHAMI DAN BIJAK UNTUK MEMBEZAKAN BAHAWA NFC SEKADAR HANYA ADA SEDIKIT KELEMAHAN YANG PERLU DITEGUR OLEH JABATAN AUDI DAN MASIH BOLEH DIPERBETULKAN. NAMUN PUAK PAKATAN TELAH MENIPU RAKYAT DENGAN TELAH MEMFITNAH SEOLAH-OLAH WUJUDNYA HURU-HARA, KUCAR-KACIR DAN PENYELEWENGAN DALAM URUS TADBIR NFC INI.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu tidak pernah melabelkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kucar-kacir dalam Laporan Audit 2010, sebaliknya kata beliau hanya kata wujud kelemahan dalam perlaksanaan.
Menurutnya, dari perspektif audit, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek yang bermula sejak 2006 itu.
"Laporan Ketua Audit Negara 2010, tidak menggunakan perkataan "dalam keadaan kucar-kacir, "dalam keadaan huru-hara" atau pun "penyelewengan.
"Kata-kata ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan jabatan itu tidak patut bertanggungjawab," katanya dipetik dari The Star Online.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, beberapa laporan polis telah dibuat dan kenyataan turut diberikan berserta buku-buku dan dokumen syarikat untuk siasatan lanjut.
"NFCorp memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menunggu hasil siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, perkataan kecelaruan telah menimbulkan kekeliruan orang ramai terhadap syarikat itu.
"Ketua Audit dalam laporan audit 2010 tidak menyifatkan NFC sebagai dalam kecelaruan. Kritikan mengenai projek itu dalam kecelaruan adalah tidak tepat," tegasnya.
Izmir turut berkata, laporan Ketua Audit boleh diperolehi secara percuma dari laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my/.
Beliau menggesa orang ramai supaya meneliti laporan itu untuk memahami kekeliruan tersebut.
NFC juga mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh NFC.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan.-Agendadaily

Tel Aviv. Ada kaitankah dengan Anwar?

TeL AVIV, Israel - Bandar raya Tel Aviv di sini menjadi antara destinasi paling popular yang dikunjungi golongan gay dari seluruh dunia.Di bandar raya Israel ini, pasangan gay boleh berjalan sambil berpegangan tangan malah, mereka turut dibenarkan bercium di tempat awam.

Slain itu, iklimnya yang nyaman ditambah dengan pelbagai hiburan malam serta kempen berterusan oleh pemerintah banyak membantu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga dunia gay.Pihak dewan bandar raya di sini pula membelanjakan sekitar AS$100,000 (RM310,500) atau lebih dua pertiga bajet pemasaran antarabangsa bagi memancing kedatangan pelancong gay.

"Kami cuba menjadikan bandar raya ini bandar raya contoh dengan mengamalkan keterbukaan, pluralisme dan toleransi," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.Menurutnya, puluhan ribu pelancong gay dari luar negara berkunjung ke bandar raya ini pada setiap tahun.Tel Aviv juga diumumkan sebagai bandar raya gay paling terbaik di dunia pada 2011 selepas ia memenangi tempat pertama pada satu pertandingan antarabangsa. - Agensi

Syabas! Jualan Kereta Proton Di Indonesia Melonjak

Proton Boleh!
Jika orang luar menghargainya, mengapa tidak kita?

JAKARTA – Untuk pertama kali sejak Proton mula memasarkan jualan keretanya di Indonesia, pesanan pelanggan pada tahun ini melebihi bekalan tersedia sehingga menyebabkan mereka perlu menunggu dua bulan dan model yang mendapat sambutan hangat ialah Exora Star.

Sejak model itu dilancarkan di Jakarta pada bulan Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia telah menjual kesemua 350 unit dalam stoknya dan 200 unit lagi yang dipesan pelanggan sejak Ogos hanya dapat diserahkan kepada pembeli pada bulan ini.

Pengurus Besar Pemasaran Proton Edar Indonesia Mazlan Mohd Zain berkata jaminan belian balik oleh Proton, harga yang kompetitif berbanding model sejenis dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran skim pinjaman menarik, telah membantu meningkatkan jualan Exora di Indonesia.

Jaminan belian balik Proton telah mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu membayar wang pendahuluan antara 15 dan 20 peratus daripada harga kereta, katanya kepada Bernama di sini.
Dengan kadar faedah antara 5.0 hingga 7.0 peratus, pembeli kereta Proton turut menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus dan ansuran pinjaman perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun dalam kebanyakan kes atau maksimum dalam masa empat tahun.

“Sejak April lalu, kami telah menjual 2,500 unit kereta Proton pelbagai model dan 60 peratus daripada jualan itu ialah dari model Exora,” katanya.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Ia merupakan sebahagian daripada sasaran penjualan 5,000 unit kereta Proton pelbagai model untuk tahun kewangan 2011-2012 syarikat itu.

Mazlan berkata syarikat itu memasarkan tiga variasi Exora di Indonesia iaitu Exora Star yang menggunakan transmisi manual, Exora Supreme, yang menggunakan transmisi automatik serta Exora President, yang merupakan model mewah yang diubah suai ruang dalamnya mengikut selera pelanggan.
Proton Edar Indonesia kini telah membuka 18 pusat jualan dan lebih 30 pusat servis di bandar-bandar besar di Indonesia. – BERNAMA

Terkini! Ribut Matahari Dijangka Jejaskan Signal GPS!

Sun storm could affect GPS signals 

WASHINGTON: Fast on the heels of a solar storm that delivered a glancing blow over the weekend - triggering bright auroras in Canada and Scandinavia - the sun has released an even more energetic blast of radiation and charged plasma that could disrupt GPS signals and the electrical grid, space weather experts warned. 

Already, the storm could be disrupting satellite communications as streams of radiation from the sun bounce across the Earth's magnetic field. ''With the radiation storm in progress now, satellite operators could be experiencing trouble, and there are probably impacts as well to high-frequency communications in polar regions,'' said Doug Biesecker, a physicist at the US Space Weather Prediction Centre in Colorado. 

In Australia, the effects are expected to be lighter, as the shockwave hits some time before 9am AEDST Wednesday. ''It could cause quite a few problems with shortwave radion, at some frequencies, and the power grid operators have been warned and they can compensate for it,'' Dave Neudegg, the manager of Australia's Ionospheric Prediction Service, said. Auroras may be visible from southern Australia, including Hobart and possibly Victoria. The solar storm is the biggest since 2005. Baca lagi di SINI. 
Untuk lebih info berkaitan fenomena ini, rajin-rajinlah juga baca di SINI

A.S MENGIKUTI JUGA PERKEMBANGAN FENOMENA ALAM INI YANG MASIH DALAM PEMANTAUAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA .. 

SETAKAT INI TIADA KESAN YANG KETARA HASIL DARIPADA RIBUT GEOMAGNETIK YANG DIKELUARKAN OLEH MATAHARI INI.. 

HARAP BERTENANG, MOGA TIADA APA-APA YANG BURUK BERLAKU..

Orang Asia & Afrika Tak Reti Bersyukur Dibandingkan Dengan Orang Eropah? (Bergambar)

afrika selatan

Kenya


citarum, jawa



dhaka, bangladesh


gansu, china


india


sg tabuan, malaysia



Cuba hangpa bandingkan dengan sungai-sungai di kota-kota eropah... ramai jugak yang tinggal tepi-tepi sungai ni.
tapi alam semulajadi tetap terjaga!
A.S suka kaji dan berkongsi benda-benda macam ni.


Metz, France



venice, italy


vienna, austria



.
amsterdam,holland


porto,portugal
Adakah perkara begini disebabkan mentaliti ataupun disebabkan oleh faktor sosio ekonomi sesuatu negara? 

Pernah dikatakan oleh seorang ulama terkenal dari Timur Tengah 'Aku lihat Islam di mana-mana di Eropah, tetapi tiada penganutnya' Kenapa? Sebabnya persekitaran mereka bersih, sampah-sarap susah ternampak, sungai-sungainya bersih-menghargai air kurniaan Allah, jalan-jalannya teratur dan lain-lain. 

Begitulah juga dengan syukurnya kita dapat tinggal di bumi bertuah ini. Janganlah sesekali kita kufur nikmat dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki di Malaysia ini.

AMK Dah Pandai 'Jilat' Faekah?

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Kerajaan Negeri mempercepatkan tindakan menyekat kemasukan Presiden Perstuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ke Negeri Selangor.-SH
Si minah Faekah semalam telah lantang buat selangor macam negeri bapak dia mendesak Tok Him agar disekat dari masuk Selangor akibat mengkritik si MB Khalid Ibrahim yang dilihat gagal dalam menjaga kebajikan Islam dan umat melayu di Selangor.

 Hari ni budak hingusan AMK pula mendesak agar Tok Him dikenakan tindakan yang sama.
Lawak betullah parti kencing rakyat nih! Kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh mereka ternyata penipu belaka. Kalu tak  boleh ditegur, baik jangan main politik!

Puak pakatan 24 jam 7 hari seminggu buat fitnah, mencerca dan adu domba tak dak sapa pun kacau..

 Tok Him hormati titah sultan, bukannya beliau pertikaikan titah sultan.
Beliau hanya mengkritik sikap pakatan haram yang terlalu bodoh dan berpura-pura dalam membuat keputusan. Payah betullah orang bodoh tak boleh diajar..

Lebih 10,000 Rakyat Bersama PM Di Penang! Petanda Orang Cina Kembali Kepada BN? (Gambar-Gambar)

Alhamdulillah, majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinang yang berlangsung di Tanjong City Marina, Georgetown sebentar tadi berlangsung dalam suasana yang cukup meriah sekali dimana menurut laporan lebih 10,000 rakyat Pulau Pinang yang majoritynya kaum cina telah hadir.

PM, DS Najib yang hadir turut gembira dengan sambutan yang telah diberikan. Mudah-mudahan ini adalah satu petanda positif dalam usaha BN merampas kembali Pulau Pinang. Majority rakyat Pulau Pinang dilihat semakin sedar dengan permainan politik murahan Guan Eng yang hanya tau banyak cakap saja dan semua yang dilakukan oleh Guan Eng adalah retorik semata-mata.

Tiada yang mustahil bagi BN merampas kembali Pulau Pinang!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...