KAK WAN DAN SEKUTUNYA HIPOKRIT TENTANG HIMPUNAN RAKYAT BERSATU


Ketika Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengkritik tentang Himpunan Rakyat Bersatu yang bakal diadakan pada 16 September 2015 nanti, beliau terlupa beberapa perkara. 

1. Himpunan tersebut merupakan HIMPUNAN RAKYAT yang sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Negara. 

2. Himpunan-himpunan yang pernah disertai oleh Wan Azizah merupakan siri-siri himpunan haram yang bukan sahaja melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara, bahkan penuh dengan manipulasi, provokasi serta kerosakan harta awam. 

3. Himpunan-himpunan Reformasi, BERSIH dan seumpamanya didalangi oleh parti-psrti politik pakatan prmbangkang sementara Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan dan disertai oleh pelbagai lapisan kaum dan agama yang patriotik dan cintakan tanahair. 

4. Lokasi himpunan-himpunan haram yang didalangi oleh parti-parti politik pakatan pembangkang merupakan lokasi-lokasi yang menjejaskan sumber pendapatan peniaga dan usahawan kaum tertentu sementara lokasi Himpunan Rakyat Bersatu tidak menjejaskan peniaga dan usahawan mana-mana golongan.

5. Himpunan Rakyat Bersatu mengajak rakyat dan warganegara Malaysia menzahirkan sikap cintakan tanahair dan lebih bersifat sambutan Hari Malaysia anjuran RAKYAT Malaysia (biasanya anjuran kerajaan sebagaimana sambutan Hari Kemerdekaan dan seumpamanya) tetapi BERSIH 4 dan himpunan-himpuman haram lain bersifat menanamkan kebencian dan politik hasutan. 

RAKYAT Malaysia seharusnya menolak pakatan pembangkang, sekutu-sekutu NGO mereka dan ideologi yang mereka bawa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...