Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Belanja Rm480k Tapi Kerja Tak Berbaloi. Teluskah Kerajaan Selangor?

SUBANG – Kecewa dengan Kerajaan Negeri yang didakwa gagal menjalankan kerja baik pulih 30 buah rumah yang terjejas dalam kejadian ribut pada 5 Februari lalu, mangsa kejadian ribut Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang berpiket secara aman, di sini semalam.


Rata-rata pemilik rumah yang ditemui tidak berpuas hati dengan kerja-kerja baik pulih rumah yang dijalankan.Salah seorang penduduk, Umi Kalsom Anuar, 36, berkata, bumbung rumahnya masih bocor walaupun kerja-kerja membaik pulih bumbung dilakukan.


Menurutnya, aduan mengenainya sudah dibuat namun kerja-kerja tidak dapat dijalankan kerana semua kontraktor terlibat beranggapan kerja-kerja baik pulih sudah selesai.“Apabila hujan, air masih bergenang dalam rumah dan Kerajaan Negeri beri tempoh hanya tiga bulan untuk menetap di rumah sementara, Kalau begini bagaimana kami hendak tinggal semula di rumah,” katanya yang tinggal di blok 2.


Kerja baik pulih rumah rosak dengan kos RM480,000 itu didakwa oleh penduduk hanya melibatkan blok 2 sahaja.Sementara itu, penduduk blok 1, Norhafizi Yusof, 35, berkata, sepatutnya kerja baik pulih melibatkan keseluruhan bahagian dalam rumah .


Katanya, pendawaian elektrik dalam rumah tidak dibaik pulih dan berisiko kerana boleh menjadi punca kebakaran apabila berlakunya litar pintas.


Norhafizi berkata, Kerajaan Negeri perlu prihatin menangani masalah yang dihadapi penduduk sebagaimana dijanjikan sebelum ini.Penasihat blok 1 dan 2, Ahmad Qurtubi Masduki pula mendakwa, peruntukan RM480,000 yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan kerja baik pulih yang dilaksanakan.


“Tidak semua bumbung ditukar baru, saluran air hujan dan pendawaian tidak dibuat. Begitu juga kerja mengecat yang tidak dilaksanakan dengan baik,” katanya.Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Anggerik, Kamarudin Ahmad memberitahu, jika Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan kerja baik pulih rumah yang terjejas, BN bersedia membantu penduduk.


Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A.Samad yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu itu berjanji akan memberikan jawapan mengenainya dalam waktu terdekat.-SH


A.S kata, kontraktor mana buat kerja tu? Ada kira ka?

Kerajaan Selangor kenapa tak pantau habis kerja ni?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kak Mariah Didesak Lepas Jawatan!

BUAT JUAK & TOTOK PAKATAN HARAM, A.S NAK PESAN HANGPA BACA DAN NILAIKANLAH APA YANG BERLAKU DIBAWAH INI.

KEJADIAN INI BERLAKU DIBAWAH NEGERI SELANGOR YANG DITADBIR OLEH KERAJAAN PAKATAN, BUKANNYA BN.

SUDAH MEMERINTAH PUN MEREKA MASIH GAGAL MENUNAIKAN JANJI YANG BOLEH DIKATAKAN BUKAN SEBESAR MANA PUN UNTUK DIKOTAKAN. NAMUN INILAH PRINSIP PAKATAN YANG JELAS HANYA PANDAI MENABUR JANJI-JANJI MANIS SAHAJA.

PRU13, JANGAN SALAH PILIH LAGI. TEBUS KESILAPAN LALU DENGAN MEMILIH BN KALI INI.
JANJI DALAM BUKU JINGGA TERNYATA SEMUANYA INDAH KHABAR DARI RUPA BELAKA. JIKA DILAKSANAKAN SEKALIPUN, PASTINYA AKAN MENGGUGAT KESTABILAN SOSIOEKONOMI NEGARA. NEGARA AKAN HANCUR!


Seramai 60 Penduduk Jalan Bukit Kemuning, Kampung Batu telah berhimpun tanda protes terhadap 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat mewakili kawasan mereka.

Menurut salah seorang penduduk yang terlibat, demonstrasi ini tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda yang tidak menunaikan janji untuk turun padang menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan penduduk setempat.

Beberapa masalah yang berlaku termasuklah isu masalah banjir dan infrustruktur termasuklah pembinaan jalan raya telah dijanjikan 2 wakil rakyat ini akan diselesaikan selepas kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.

Akan tetapi sehingga hari ini masalah tersebut berlarutan tanpa sebarang maklum balas dari pihak 2 wakil rakyat tersebut.

Mereka turut mendakwa masalah banjir terutamanya telahpun dikenalpasti dan dibentangkan kepada wakil rakyat semasa PRU12 yang diantaranya berpunca daripada longkang yag sempit, tidak teratur menyebabkan saluran air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

"Apa yang menyebabkan kami semakin berang adalah kesan permasalah yang berlaku menyebabkan berlakunya masalah yang mengundang bahaya kepada penduduk termasuklah serangan serangga berbisa dan ular," kata salah seorang penduduk tersebut.

Mereka juga menuntut janji ADUN Sri Muda yang akan melakukan penstrukturan semula beberapa kemudahan infrustruktur seperti pembangunan perumahan, perusahaan dan pengurusan sampah yang sekian lama tidak beroperasi dengan baik.

Laporan pihak polis turut dibuat atas dakwaan berlakunya penyelewengan tugas dari ADUN dan MP terbabit.

Demonstrasi ini turut menyebabkan berlakunya insiden perrgaduhan melibatkan kumpulan yang didakwa Penyokong Pakatan Rakyat dengan penduduk tersebut. 3 buah peronda polis telah dikerah untuk mengawal keadaan.
KLPOS

Adoii! Bukan Harga Yang jadi Isu! Ayat di Bil Letrik Pun Masalah?

A.S rtarik untuk respon tentang tulisan dari satu blog pakatan haram yang bangang menunjukkan kebodohan diri sendiri sendiri dan ini jelas menunjukkan pakatan dan kekeringan modal untuk menghentam UMNO/BN.

Puak ni menjadikan ini satu isu murahan bahawa ini tulisan subsidi di bil letrik diatas adalah sebagai bukti BN berkempen?

Jangan nak tunjuk naif sangat doll..

Bagi A.S, apa yang ditulis di situ adalah subsidi kerajaan persekutuan.
bukannya subsidi dari BN mahupun UMNO!
A.S yakin, hal ni Tak menjadi masalah pun bagi bebanyakan rakyat..

Yang A.S dapat maklumat,pada bil air dari Selangor pun ada ditulis dibayar oleh kerajaan Selangor..

Adakah Pakatan Haram juga buat kempet kat bil air?

Khalid Samad tetap berkeras, Hassan Ali tak layak dicalonkan PRU 13!

Pas Selangor mengakui Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenaraikan sebagai calon dari negeri itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan tidak mencalonkan Hasan dibuat kerana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi di peringkat cawangan parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, yang diwakili oleh Hasan.

‘‘Beliau (Hasan) tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk dipilih sebagai calon. Di kawasan beliau sendiri (Gombak Setia), beliau tidak dapat pencalonan yang cukup,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan senarai calon yang dikemukakan kepada pimpinan Pas Pusat sebelum ini adalah keputusan muktamad yang diputuskan oleh Pas negeri.

Sebaliknya, beliau menyatakan senarai calon itu hanya cadangan awal yang dikemukakan oleh Pas Selangor untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan Pas Pusat.

‘‘Jika Pas Pusat mahu Hasan dipilih sebagai calon untuk bertanding, ia adalah keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan kita akan terima serta sokong.

‘‘Tidak semestinya di kawasan Gombak Setia, kalau pimpinan Pas Pusat mahu beliau dicalonkan di kawasan lain pun, kita tidak ada masalah,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, Mingguan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas Pusat.

Selain itu, Pas Pusat juga dikatakan akan menggugurkan beberapa pemimpin lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat lalu, sebuah portal berita propembangkang melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU13.

Lagi Video MB Khalid Yang Gagal! Rakyat Ngadu Masalah, Tanah Yang Disuruh Jual!



Lawatan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Pangsapuri Aman,Puchong Prima bagi menyelesaikan masalah rakyat disana hampir berjaya.

Masalah longkang dan lampu yang masyarakat minta perhatian, Tanah yang Tan Sri Khalid Suruh jual. Apa punya menteri besar lah lagu ni.

PRu13, rakyat Selangor pakat kalih buang la Pakatan haram ni..
Musti pileyy BN!

BONGKAR: SIAPA SEBENAR KHALID IBRAHIM..??

Di sini disenaraikan beberapa perkara mengenai MB Selangor yang tak perlu disebut namanya semua orang sudah mengenali beliau. Pembaca baca dan nilaikan...

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.

2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

-Gossip Rakyat

Leak Video! Kalid Tergagap Disergah Rakyat kaum India


Apa guna berjanji, kalau tak ditepati. Itulah malangnya MB Selangor yang diserbu penduduk Kg Sri Aman, Ijok berkenaan status pemberian geran tanah kepada masyarakat India di kawasan tersebut hingga menimbulkan kekecohan.

Dulu masa pilihanraya, beria-ia masa minta undi kata boleh bagi geran, namun setelah 3 tahun lebih berlalu, Khalid tukar nada dengan mengatakan geran tak boleh diber dengan 1001 alasan.
:ebih memburukkan lagi, tanah itu bakal dibangunkan oleh pemaju swasta!

Jangan tertipu wahai semua rakyat Malaysia dengan janji pakatan haram.

UPDATE: Bukti Kelemahan Kerajaan Selangor Penyebab Banjir Di Kajang!

Entry A.S sebelum ini berkenaan banjir kilat di Kajang tadi yang mengaitkan kelemahan kerajaan Selangor sebagai salah satu faktor kejadian tersebut selain dari kuasa Allah swt terbukti ada asasnya.

Mana pi penguatkuasaan dari Pejabat Tanah dan Daerah?

Mengapa tiada sebarang kajian EIA atau dari konsultan yang dilantik untuk membuat laporan impak yang akan muncul sebelum tanah di Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok di'perkosa' oleh kerajaan Selangor?


Adakah pemerkosaan hutan ini dilakukan secara halal atau haram?

Sistem perparitan yang lemah merupakan satu indikasi kelemahan PBT di Selangor membersihkan longkang serta perancangan yang longgar dari Pejabat Daerah dan Tanah berhubung kajian saliran air.

Masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok antara beberapa punca berlakunya kejadian banjir kilat di Kajang.

Yang diPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Datuk Hassan Nawawi Abd Rahman berkata, beberapa kawasan sekitar Kajang terutamanya di Pasar Kajang mengalami banjir kilat yang teruk dalam sejarah selepas kejadian yang sama berlaku 40 tahun sebelum ini.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima beberapa kawasan sekitar Kajang iaitu Pekan Kajang, Pasar Kajang dan Sungai Kantan mengalami kejadian banjir kilat yang teruk disebabkan hujan lebat dalam tempoh dua jam.

“Beberapa faktor utama yang telah menyebabkan kejadian ini berlaku antaranya masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok, dekat sini”, katanya ketika ditemui melakukan tinjaun dilokasi kejadian, semalam.- sinar harian

UPDATE- http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29143

SHAH ALAM, 7 Feb – Projek tebatan banjir Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor kerana berpendapat ia tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Kerajaan Pakatan Selangor juga mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.

Menurut kenyataan daripada pejabat itu juga, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.-MKINI

KHALID IBRAHIM YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBATALKAN PROJEK INI.

(Videos & Photos) Kajang Dilanda Banjir:Bukti Gagalnya Kerajaan Selangor?



Banjir kilat telah melanda bandar Kajang seperti yang dilaporkan di TV3 sebentar tadi setelah sekian lama Kajang tak dilanda musibah ini.

Adakah ini bala dari tuhan ataupun kesan dari alam semulajadiatas sifat ketamakan kerajaan Selangor yang membiarkan kerja pengorekan pasir sungai dijalankan secara tidak terkawal?

Adakah ini menunjukkan kerajaan pakatan haram Selangor gagal membuat persiapan meghadapi banjir? Longkang, sungai tak besarkan, tak selenggara, tersumbat.. sekarang banjir..

Jom tukar!!!








Keadaan selepas banjir surut



Pawagam Pertama Di Shah Alam. Tahniah PAS!

Shah Alam yang diketahui tidak pernah diluluskan oleh PBT bagi lesen permohonan membina pawagam sebelum ini termasuk di bawah BN dulu, namun di bawah pakatan semuanya mungkin!

Tahniah warga Selangor!

Pawagam pertama di Shah Alam

MCAT Box Office Sdn Bhd atau MBO dengan pantas melebarkan sayapnya ke Shah Alam pula selepas pembukaan cawangan di pusat beli-belah Subang Parade September lalu.

Cawangan ke-14 ini yang bertempat di Space U8, pusat membeli belah mesra alam pertama di Malaysia merupakan pawagam pertama dibuka di Shah Alam dan ia terletak berdekatan Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.

Memiliki tujuh dewan tayangan termasuk tiga dewan dilengkapi sistem tiga dimensi (3D), MBO Space U8 mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,466.

Dengan dekorasi menarik serta tempat duduk yang selesa, MBO Space U8 akan memberikan satu pengalaman berbeza buat penggemar filem.

'tiada satu kuil pun akan diroboh' di Selangor! Kan dah kena tipu!



Dimana slogan kerajaan pakatan haram Selangor yang menyatakan 'tiada satu kuil pun akan diroboh'? Lainkali jangan percaya dengan pakatan tipu rakyat ni!

Bila jadi pemerintah pandai bagi 1001 alasan untuk halalkan semua perbuatan mereka. Dulu masa BN memerintah, pakatan haram ni lah yang jadi batu api besaq hasut kaum India untuk melawan tindakan kerajaan.

Nah! la ni baru hang ada akai wwahai Kalid Ibrahim! Depa dah demand macam-macam pandai la hang jawab! HRP awat tanak demo??

Amboi3x.. Berpegangan Erat Bang Khalid Ni..

pic from FB

Nampaknya mereka Duduk rapat dan berdamping erat MB Selangor sorang ni sampai terenyih bersama wanita-wanita di sekelilingnya.

Cuba imagine kalau gambar ni pemimpin UMNO, meroyan sakan la puak pakatan haram macam beruk dapat bunga kutuk pagi petang siang malam.

Adakah ini WAJAH sebenar seorang PEMIMPIN....ummm..
A.S tau sekadar nak JAGA HATI mereka.
TAPI! kenapa MEMBELAKANGI hukum ALLAH SWT?

MB Selangor Kecut Teloq! Takut Bubar DUN Sebelum Jun2012

MB Selangor, Khalid Ibrahim kata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Dia hanya bersedia menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Selangor telah memutuskan tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.

Alasannya kononn, program dalam Belanjawan negeri 2012 yang diluluskan pada persidangan DUN untuk kebajikan rakyat dilaksanakan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, bermula tahun depan.

Si Khalid ni cakap macam lah kerajaan pusat yang dah bentang belanjawan 2012 tak buat kebajikan rakyat. sampai masa, kena bubar la!

Khalid tak payah cover lah! Bagitau la yang hang tak yakin akan mendapat sokongan rakyat Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Sonang Baitu!

Ronnie Memang Sampah Dalam Hal Sampah!

Si Ronnie Komunis ni nampaknya bila dah tersepit selepas masalah sampah di Selangor semakin kronik, terus bertukar menjadi lidah biawak kononnya Kerajaan Selangor telah menamatkan hanya kontrak kerja pembersihan awam saja bukannya kerja memungut dari rumah ke rumah.

Walhal, Kerajaan Selangor sebenarnya telah mengeluarkan surat pekelililing untuk menamatkan seluruh tugas kontrak pengurusan sisa pepejal kepada alam flora disebabkan kerana nak bagi kontrak kerja pembersihan kawasan dan pungutan itu kepada kroni-kroni mereka.

Jangan tertipu wahai orang Selangor, puak-puak penyamun lagi besaqq punya!


Alam Flora nafi kenyataan Ronnie!

Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang kononnya pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menyediakan perkhidmatan memungut sampah sendiri selepas syarikat itu menamatkan perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672) memperuntukkan kerja-kerja memungut sampah dan pembersihan awam perlu dilakukan bersama.

Bagaimanapun, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengambil alih kerja-kerja pembersihan pada 1 Ogos lalu dan pihaknya menghormati keputusan tersebut.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk mengambil alih kerja-kerja memungut sampah berkuat kuasa pada 16 Oktober lalu dan kami yakin dengan keputusan bahawa kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakannya.

"Perkara ini juga telah disahkan melalui sepucuk surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 September lalu yang memaklumkan mengenai tarikh pengambilalihan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini Ronnie mendakwa pihaknya tidak berhasrat untuk menarik semula perkhidmatan memungut sampah daripada Alam Flora.

Kata Ronnie, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya hanya mengambil alih kerja-kerja pembersihan awam seperti memotong rumput dan membersih longkang berkuat kuasa pada 1 November lalu.

Tambah Ronnie, Alam Flora bagaimanapun telah memberhentikan kerja-kerja memungut sampah bermula 15 Oktober lalu.

Gaji & Bonus Bos PKNS Melampau-Lampau!


Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.
“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Pada masa ini, Pengurus Besar PKNS ialah Othman Omar.

Mohamad Satim berkata, sejak pentadbiran Selangor diambil alih pakatan pembangkang, tiada lagi projek rumah kos rendah dan mampu milik dibina untuk rakyat, sebaliknya PKNS membina perumahan mewah.
“Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar baru, berapakah jumlah rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang dibina oleh PKNS berbanding dengan pencapaian 2006, 2007 dan 2008.

“Yang jelas, projek Mega Datum Jelatek, Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah harganya ialah RM600,000 seunit, yang berada di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang diberikan pampasan hanya RM250,000.

“Begitu juga projek Mega Sports City SS7, Kelana Jaya; Aquivilla Seksyen 7, Shah Alam; Western Digital, SSB Kelana Jaya; PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek mega PKNS,” katanya.

Beliau berkata, ketika BN memerintah negeri ini, pelbagai projek kos rendah dan sederhana dilaksanakan selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri sekarang tidak melaksanakan perkara itu.

Mohamad Satim turut mengimbas kembali kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 yang menyatakan kerajaan negeri tidak lagi membenarkan projek hartanah secara usaha sama dan penswastaan, selain mengarahkan PKNS menghentikan projek penswastaan serta merta.

Bagaimanapun, katanya walaupun arahan dikeluarkan, PKNS masih meneruskan projek penswastaan dan menjalankan usaha sama hartanah seperti projek Science Park 2, membabitkan kawasan seluas 8.8 hektar.-BH

Rakyat dapat lihatlah bagaimana cara Pakatan haram mengangkut keluar wang dari PKNS untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka.

Walharammu Walhalalku..

Edisi Tomoi. Pelik Kerajaan Selangor tidak tahu taja RM5 juta

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor ‘lepas tangan’ dan menuding jari kepada kementeriannya dalam isu kehadiran petinju Israel, Ilya Grad dalam kejohanan Pencabar Muay Thai baru-baru ini.

Menurutnya, Kerajaan Selangor di bawah agensi pelancongan negeri, jelas menaja rancangan TV sebanyak RM5 juta tetapi pelik, bagaimana mereka mengatakan tidak tahu.

Katanya lagi, beliau tidak mempertikaikan penajaan tersebut, malah menggalakkan mana-mana kerajaan negeri dan syarikat swasta menaja aktiviti sukan, namun tidak bersetuju kesalahan ini hanya dituju kepada kementerian.

“Saya ada bukti Kerajaan Negeri menaja rancangan ini RM5 juta, malah logo agensi pelancongan negeri Selangor ada dalam setiap episod.

“Apa yang pelik mereka boleh berkata tidak tahu, sepatutnya jabatan audit datang menyiasat kerana jumlah ini adalah besar,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Mengulas mengenai dakwaan petinju Israel tersebut yang mengatakan dia masuk ke negara ini atas sokongan Menteri Belia dan Sukan, Shabery menegaskan beliau hanya berkata tiada halangan sekiranya semua peraturan dipenuhi.

“Seperti pasukan Chel­sea di mana ada seorang pemain Israel, kita tidak boleh menghalang beliau seorang atau keseluruhan pasukan, jadi ada pengecualian sesetengah kes,” katanya.-SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...