114 hektar tokong, 8 hektar untuk kuil, 5 hektar gereja . Tahniah Khalid

Kerajaan Selangor telah meluluskan 128 hektar tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri itu sejak 2008 hingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor Dr Xavier Jaya kumar berkata kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu 114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara, katanya menjawab soalan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri juga belum bercadang mewujudkan pelan induk bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor.

Bagaimanapun kerajaan negeri memantau dan menyelesaikan isu berkaitan perkara tersebut menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam, katanya.

Mengenai kuil di Seksyen 23, Dr Xavier berkata pembinaan akan bermula selepas persetujuan mengenai kos dicapai antara wakil rakyat kawasan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan jawatankuasa kuil.

Mengikut persetujuan asal, PKNS bertanggungjawab menyediakan jalan masuk ke tapak pembinaan kuil itu, katanya.

Pada September 2009, keputusan kerajaan Selangor yang mahu mengalihkan kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dibantah penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Susulan itu kerajaan negeri memutuskan menempatkan kuil tersebut berhampiran kawasan perindustrian Seksyen 23.

AS:Nampaknya Kerajaan Selangor mengorak langkah menyamaratakan segala peruntukan terhadap semua agama yang ada di Malaysia. Tanah-tanah yang begitu berharga di Selangor diberikan oleh Khalid untuk dibuat rumah ibadat semua agama.

Jangan terkejut seandainya (MINTA SIMPANG) pakatan haram memerintah Malaysia nanti, semua peruntukan terhadap pembangunan umat Islam di Malaysia yang terlalu banyak kerajaan BN berikan (hingga dipertikaikan oleh Nga Kor Ming), juga akan diberi sama rata kepada semua Agama yang ada di malaysia nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...