Showing posts with label umnobn. Show all posts
Showing posts with label umnobn. Show all posts

Jamil Khir bersuara. Biayai kos guaman tak salah!


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan pembiayaan kos guaman berjumlah RM63,650 dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada dirinya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain tidak salah dan mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, wang itu dari sumbangan tetap Kerajaan Persekutuan kepada MAIWP dan pendapatan dalam pelbagai sumber bukannya dari hasil kutipan zakat.Menurutnya, sebagai penjawat awam adalah tidak menjadi masalah untuk menggunakan dana MAIWP dan tidak timbul wang itu digunakan untuk urusan peribadi.“Jangan lupa, wang itu juga digunakan untuk membayar peguam dan pembiayaan melibatkan tuntutan jenazah orang bukan Islam selepas memeluk Islam, perbicaraan kes murtad, membela saudara baru dan pelbagai kegunaan lain yang berkaitan.“Sama juga apabila MAIWP melantik peguam untuk mengatasi masalah pertelingkahan antara Mahkamah Sivil dan Syariah sebagaimana terjadi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ia boleh menimbulkan masalah dari segi keadilan."

Apa akan berlaku sekiranya kedua-dua mahkamah meminta bukti berbeza dan membuat keputusan yang berlainan. Jadi tugas MAIWP menghalang daripada perkara ini berlaku,” katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang mengatakan beliau, Che Mat dan Shamsuddin menggunakan wang zakat bagi membayar kos guaman bagi kes melibatkan Anwar.Jumaat lalu, perkara sama disahkan Che Mat, mereka tidak menggunakan wang zakat selepas dibangkitkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jamil Khir berkata, mereka yang mempertikaikan pembiayaan guaman untuk membantu MAIWP seperti merendah-rendahkan martabat Islam dan menghalalkan pencerobohan terhadap agama itu.Mengulas mengenai bidang kuasa melantik peguam dan pendakwa raya, beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, menteri dan MAIWP tidak mempunyai kuasa sebaliknya dilakukan Yang di Pertuan Agong.Jamil yang aktif sebagai penceramah bebas semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia berkata, pembangkang sengaja menggembar-gemburkan pembiayaan wang zakat itu, sebaliknya mereka sepatutnya bersandarkan kepada isu sebenar di mana kes liwat pemimpin mereka.

"Untuk memastikan isu liwat tidak menjadi isu besar, mereka telah membina jentera fitnah untuk sebar dan melontarkan tohmahan kononnya pemimpin kerajaan termasuk menteri kabinet yang dilantik dalam kalangan orang jahat selain berpakat mengheret majlis agama untuk mengeruhkan keadaan dalam kemelut ini.“Mereka mencari kelemahan dan keburukan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menimbulkan persepsi tidak baik kepada rakyat dan mengelirukan pemikiran kita semua.“Apabila kami membisu, mereka (pembangkang) mengatakan ia seolah-olah benar sedangkan niat sebenarnya untuk menghamburkan fitnah, bukan memperbaiki keadaan. Mereka juga sengaja mahu saya menyaman dan pada masa yang sama menuduh membuang wang rakyat bagi tujuan itu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Menurutnya, beliau juga terkena serangan peribadi di mana pembangkang mengheret isu rumahnya yang dibeli pada 1994."Mereka kaitkan dengan penyelewengan wang zakat, sedangkan rumah rumah itu dibeli dari gaji saya semasa dalam tentera yang berpangkat mejar jeneral."Pinjamannya masih saya bayar sehingga kini," katanya.

Mai Tengok! 13 Sebab Kenapa Panji UMNO Mudah Diturunkan Di PWTC?

A.S tertarik dengan komen Arjuna Waspada di blog sahabat GPB dalam memberi jawapan dimana orang UMNO semasa budak-budak biadap celaka kecik-kecik tak mau mampuih ni buat 'kerja'.

Orang UMNO sibuk:

1.Year End Sale sogo klcc bb petaling street mydin.
2.Cuti Sekolah balik Kampung .
3.Hari Sabtu hari keluarga, tak bolih kacau.
4.Buat projek sendiri.
5.Tak ambil tau, tak kesah.
6.Pergi Dataran Merdeka ,ada Kemnterian Pelancongan lancar basikal Ng Yen Yen.
7.Musim Hujan,sesak jam besar di KL,tak mau masuk.
8.Pergi booking tiket untuk tonton segala.
9.Kenduri Kahwin di Johor NS Melaka Pahang Trganu dll..
10.UMNO jadi persatuan peniaga telur setengah masak.
11.Ahli UMNO ikut cara Presiden UMNO,playsafe.
12.Telipon bimbit Ahli UMNO di tutup sebab dah habis PAU.
13.Nak rehat, sebab letih dengar macam berita NFC AA MAS FGV kes kes macam macam.

Walaupun pedih dan penuh sinis, inilah mungkin kenyataannya.. Dengan pak guard skali pun makan gaji buta saja ka?

Dalam peperangan, bendera ni satu maruah. Tak kira la logo ka, gambar ka, ia tetap dianggap sebagai satu panji, iaitu maruah sesebuah kumpulan! Melampau! Memang Melampau!

Heran! Heran! Mana pi pemuda Wilayah? Mana pi 'hulu balang' UMNO di kawasan tu?

Kalau kata puak-puak ni berani buat kerja macam ni di Nibong Tebal, depa tau la nasib depa,
langit tinggi ka rendah, sapa yang nak makan tar!

Budak-budak kurang ajaq ni dah start main kasaq main turun panji-panji, esok jangan marah kalau benda tu juga berlaku kepada puak pakatan haram! Hangpa Tungguu Dapat Panggu!!



Tindakan menurunkan bendera tertera wajah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan menaikkan bendera kumpulan mahasiswa adalah satu tindakan yang biadap!


Eh! Dia Boleh, Kita Tak Boleh. Tertekan Nampak??

YB Datuk Mahmud B Zakaria (ADUN Sungai Acheh) sedang menyampaikan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa di Sekolah Kebangsaan sungai Setar.

Blog dan media pakatan haram mula memainkan isu penyampaian wang bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar dari kerajaan BN yang prihatin telah disampaikan oleh ahli politik.

Pemberian RM100 yang telah dimulakan di seluruh negara ini kebanyakannya diadakan suatu majlis khas penyampian wang tersebut di sekolah-sekolah dengan memanggil ibu bapa/waris hadir sendiri menerima wang tersebut.

Bagi A.S, tiada masalah langsung ahli politik yang mana majoritynya adalah Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen ataupun Penyelaras DUN memberikan wang tersebut kerana wang itu datang dari kerajaan BN yang mana usaha tersebut dari cetusan pemimpin BN.

Tambahan lagi, tiada syarat pun yang ibu bapa pelajar tersebut mesti menjadi pengundi berdaftar dalam mana-mana kawasan Parlimen /DUN. Syarat cukup mudah dan tidak mengira pendapatan ibu bapa.

Begitulah juga semasa pemberian RM100 SEORANG SETAHUN kepada warga emas di P.Pinang yang mana syaratnya HANYA mestilah berdaftar pengundi di P.Pinang. Ramai Ahli Politaik dari pakatan haram termasuklah KM Lidah Biawak, ADUN, Penyelaras DUN pakat-pakat buat ramai turun menyampaikan wang tersebut kepada warga emas terbabit demi nak dapat mileage politik.

Puak ni tertekan dengan usaha baik kerajaan BN membantu ringankan beban rakyat yang anak nak masuk sekolah.
Maka depa pun cipta la isu murahan ni, walhal masa depa buat, sikit pun kita tak riuh sapa yang bagi pun.
Kesian.. Pakatan Haram makin Desperado..

Guan Eng musibat serahkan wang RM100 SETAHUN kepada SEORANG WARGA EMAS yang syaratnya MESTI JADI PENGUNDI DALAM P.PINANG

Awat Bung Mokhtar Kalut Sangat Desak Sharizat Letak Jawatan?

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.

"Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

A.S agak bersetuju dengan saranan YB Bung ni jika benar ada salahguna kuasa berlaku dalam projek NFC ini.

Namun sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC, YB Bung perlu meneliti fakta tuduhan ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Beliau dilihat agak tergopoh-gapah dan ghairah untuk mengeluarkan kenyataan diatas sesuatu yang beliau sendiri tak pasti dan seterusnya memudahkan lagi musuh untuk menghentam kerajaan!


YB Bung tampak seolah menghukum individu menteri ini telah bersalah!

Beliau seharusnya mempertahankan perlaksanaan projek NFC ini didalam sidang Dewan Rakyat selagi kita mempunyai fakta yang benar!

Lihat bagaimana YB KJ seperti video dibawah bagaimana dengan fakta beliau sedaya upaya mempertahankan NFC ini. Mana pergi pemimpin wanita ataupun puteri yang lain?

Azeez Mamak Tak Serik-Serik!

Belumpun reda kontroversi kematian jurugambar wartawan 1 Malaysia yang ditembak mati di Somalia, Kelab Putera 1 malaysia terus tidak mempedulikan keadaan sekeliling bagi terus membantu rakyat.

Disebalik kecaman demi kecaman dari pakatan haprak terhadap kelab ini, tiada sedikit pun nampak tanda-tanda rasa mereka nak perlahankan gerakerja beramal membantu kemanusiaan ini. Tahniah AS ucapkan pada Dato Azeez.

Teruskan usaha baik anda membantu rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa amnya! Semoga Allah swt memberkati dan merahmati segala apa yang kalian lakukan.

Kelab Putera 1Malaysia Bawa Pulang Normazawati Hujung Bulan Ini

Kelab Putera 1Malaysia akan berusaha membawa pulang warganegara Malaysia, Normazawati Wong Abdullah, 49, yang terkandas di Vietnam selepas dibebaskan dari penjara ekoran dipercayai menjadi mangsa sindiket pemalsuan kad kredit.

Rombongan kelab itu, yang diketuai Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka berlepas ke Vietnam pada penghujung bulan ini dan akan menguruskan segala permasalahan untuk membawa mangsa pulang, termasuk daripada segi perbelanjaan dan urusan diplomatik dengan negara terbabit.

Abdul Azeez berkata, pihaknya telah mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi tujuan tersebut.

Menurut anak Normazawati, Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 24, ibunya terkandas di negara itu sejak dibebaskan dari penjara pada 27 Januari lalu. Mangsa mendakwa dianiaya sindiket pemalsuan kad kredit dan dipenjara atas kesalahan itu pada 2004.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan ibu sejak tujuh tahun lalu, biarpun telah dibebaskan dari Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh, ibu perlu membayar denda berjumlah VND 373,965,810 (RM60,000) kepada pihak berkuasa Vietnam untuk membolehkannya pulang ke tanah air," katanya dalam sidang media di sini.

Siti Ansyakinah berkata dia telah berjumpa dengan pelbagai pihak bagi meminta bantuan, tetapi telah menemui jalan buntu.

"Akhirnya Kelab Putera 1Malaysia telah sudi membantu membawa pulang ibu serta menyelesaikan denda tersebut," katanya.

Pada 2004, Normazawati Wong Abdullah pergi ke Ho Chin Minh, Vietnam bersama empat orang rakan di mana dia telah dijanjikan pekerjaan untuk membuat tinjauan harga barangan elektrik seperti komputer dan sebagainya.

Apabila sampai di sana, mangsa telah diberikan kad kredit oleh sindiket berkenaan yang memintanya membeli peralatan elektrik dalam jumlah yang besar dengan menggunakan kad kredit palsu itu.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Ansyakinah Zaina
l Abidin, 164838012669 atau menghubungi pejabat Kelab Putera di talian 1300881113.

Perluke Kerajaan Kaji cadangan Perkasa menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam


Adakah tidak cukup dimana bidang hal ehwal Islam sekarang ini di bawah JPM dimana Menterinya DS Jamil Khir yang menjaganya?
Sejauh manakah keefisyennya jika ditubuhkan kementerian baru yang hanya sekadar untuk menjaga Islam.
AS risau nanti ada pulak tuntutan dari agama lain meminta ditubuhkan pula kementerian untuk agama mereka.
Tidakkah kita sedar bahawa Malaysia mempunyai nisbah bilangan menteri kabinet dengan jumlah penduduk antara yang tertinggi di dunia?
Kalau tanya AS, AS kata tak perlu, AS tengok DS Jamil Khir yang pegang sekarang dah baik menjalankan kewajipannya.

"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu supaya kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kementerian berkenaan amat penting bagi mengendalikan pelbagai isu melibatkan umat Islam.

“Dalam keadaan umat Islam semakin banyak digugat termasuk dari segi akidah, maka adalah wajar jika kementerian seumpama itu ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perkasa mengemukakan cadangan itu berlandaskan kepada fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam."

Gambar Ketua Bahagian UMNO Ni Over Sangat Ke??


Gambar ini dimainkan di blog pro pembangkang yang menuduh Datuk Rahim Saibu kononnya mengambil kesempatan untuk 'memegang' betis mangsa kebakaran yang cedera itu.

Pada hemat AS yang masih rasional, takkanlah Datuk Rahim bernafsu dengan wanita yang dah berumur 55 tahun pulak. Puan Rosnah tu pula mangsa kebakaran yang mengalami kecederaan.

Namun AS tak nafikan Datuk Rahim ada sedikit silap dalam hal ini. Bagi elakkan fitnah, Datuk Rahim sepatutnya hanya perlu lihat kecederaan itu sekali imbas sahaja TANPA perlu memgang betis wanita terbabit!

Gambar-gambar sebeginilah yang dimainkan oleh puak pengadu domba untuk memfitnah Datuk Rahim bernafsu memegang betis wanita yang cedera berumur 55 tahun terbabit!

AS harapkan Datuk Rahim lebih berhati-hati pada masa akan datang. Jangan buat lagi kesilapan yang memudahkan pihak pengadu domba memfitnah kita. Gerakerja dan nawaitu Datuk Rahim selaku Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru AS tak nafikan agak cemerlang dalam mendekati masyarakat. teruskan usaha baik anda!


"Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun."


Siapakah Tiga Menteri Persekutuan Yang 'Mengenakan' Khir Toyo??

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

DAP Tak Malu! BN Tak Kebuloq Nak Ajak Parti Cauvinis/Rasis Join BN!

Suasana politik negara agak riuh hari ini dengan berita fitnah kononnya DS Nazri Aziz telah mengajak DAP untuk menyertai Barisan Nasional dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Nazri kononnya menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Semua fitnah jahat ini adalah tidak lain tidak bukan adalah tindakan dari puak pakatan haram yang terdesak untuk meraih sokongan rakyat hinggakan sanggup melaga-lagakan hubungan baik antara sesama parti komponen.


MCA dan Gerakan masih ada masa lagi untuk buktikan dengan bekerja keras menarik sokongan dari kaum cina, tak perlulah BN terhegeh-hegeh nak ajak DAP parti komunis, cauvinist dan ulktra rasis untuk nak kuatkan BN.


DAP muka tak malu, hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong!
DAP layak berkawan dengan puak hamPAS dan melayu PKR yang biol! Senang mereka nak cucuk hidung! Dengan UMNO Sorry!

Nazri: Saya tak pelawa DAP

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

Najib bakal rombak kabinet sebelum PRU-13?

Terdapat desas-desus mendakwa sebarang kemungkinan rombakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.

Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN, Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.
“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
-MInsider

AS PESAN: HANGPA BACA KISAH PENGLIPURLARA NI BOLEHLAH UNTUK HILANGKAN NGANTUK, PERCAYA TAK PAYAHLAH KOT..
MKINI & MINSIDER NI DUA PORTAL CELAKA BESAR DI MALAYSIA YANG BANYAK MEMFITNAH DAN MEMBURUKKAN KERAJAAN BN. PENGADU DOMBA NOMBOR 1.
TAPI KITA NI MASIH BERLEMBUT.

BUKAN MACAM GON ENG.. BARU KELUAR YOUTUBE KISAH PASAI KEDAI 1 MALAYSIA DAH MELOMPAT MACAM KERA KENA BELACAN!

Pejabat UMNO Dipecah! Kerja Pencacai Yang Terdesak??

Pejabat Umno Cawangan Rumah Pangsa Permas Jaya di Johor kerugian hampir RM25,000 selepas pejabatnya dipecah masuk baru-baru ini.

Kejadian tersebut disedari Ketua Pergerakan Pemuda cawangan itu, Maswadi Mujo ketika mengunjungi pejabat berkenaan pada pukul 2.30 petang, Jumaat lalu.

Sebaik memasuki premis yang terletak di Jalan Permas 7 itu, beliau terkejut apabila mendapati salah sebuah tingkap dipecahkan dan beberapa barangan telah hilang, katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati banyak barang-barang yang telah hilang antaranya alat dan kompresor penghawa dingin, komputer serta set barangan bufet," katanya.

Beliau percaya kejadian itu berlaku antara Isnin hingga Jumaat lepas kerana kali terakhir pejabat itu dikunjungi ialah pada 3 Julai lalu.

Katanya laporan dibuat di Balai Polis Permas Jaya pada 7 malam, Jumaat lalu.

Anda Tau Apa Yang Ku Li Ucapkan Pada Tun M Pada Masa Itu?

pic hiasan

Semua sidang perwakilan yang berada dalam dewan persidangan UMNO ketika Tun M mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden UMNO dan kesemua jawatan dalam kerajaan tempohari tahu dan hairan kenapa ketika Tun M yang sedang dipujuk dibilik VIP,tetiba Pak Lah mengumumkan agar Ku Li masuk mengadap Tun M tapi hingga kini,tiada siapa yang tahu apa rahsia disebalik perbincangan itu.

Selepas itu Tun.M terus keluar dari PWTC. Ini suatu hubungan yang istimewa diantara mereka berdua yang ramai kita semua tidak ketahui.

Tapi butir ucapan Ku Li terhadap Tun M tiada sapa yang tau yang mampu menyebabkan Tun M berubah hati tidak melepaskan jawatan?

UMNO P.Pinang Yang Prihatin! Bantu 20 Orang Pemandu Bas Yang Dibuang Kerja.

Ybhg Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang bersama dengan 20 Org Pemandu Bas Cityliner laluan Butterworth ke Parit Buntar yang diberhentikan Kerja oleh majikan mereka di bulan Ramadan.Amat malang sekali, ada yang dah kerja dengan syarikat bas ini selama 30 tahun.

Alhamdulillah, atas dasar keprihatinan terhadap permasalahan nasib rakyat, Umno P.Pinang memberi sedikit bantuan wang tunai dan menguruskan pekerjaan baru untuk mereka agar dapat berkhidmat dengan syarikat Bus Rapid Penang di bawah kendalian kerajaan pusat.
Kalau harapkan kerajaan DAP PP, mereka langsung tak ambil peduli.

Dato Zainal Abidin yang prihatin sedang mengadakan pertemuan berbincang dari hati ke hati dengan pemandu terlibat di Butterworth tengahari tadi.

Gambaq Yang Team Anti UG Berbulu Tengok!!

Syok AS tengok gambar ni yang diambil di pasar ramadhan melihat mereka dapat berniaga bersama-sama .
Ini sebagai bukti yang rakyat di bawah mahukan perpaduan, boleh berniaga sama sama di bawah satu bumbung walaupun berbeza fahaman politik.

Tapi disebabkan keegoan dan prinsip masing-masing yang sentiasa merasakan mereka di pihak benar, bila tiba bab berpolitik, masing-masing mula sanggup bertegang leher dan memaki hamun sesama sendiri demi menegakkan kebenaran mereka.

Gempar! Aziz Shamsuddin Bersama 50 Orang Bekas MP UMNO Desak Najib Berundur??

Spekulasi telah bertiup kencang kononnya bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib.

Kini, sebuah organisasi yang dipanggil PENAWAR mewakili bekas ahli UMNO di Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan. Apa beza Penawar dan MUBARAK?

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.

Dakwaan pembangkang kononnya PENAWAR ini mewakili kira-kira 50 orang bekas ahli parlimen dan majoritinya adalah dari era pentadbiran Tun Mahathir.

Aziz ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut dan mereka akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok. Sama-sama kita nantikan hasilnya. Aziz bersama ahli Penawar didakwa tak berpuas hati dengan kepimpinan DS Najib yang kononnya gagal untuk membela melayu secara total disamping banyak memberi muka kepada bukan melayu walaupun hasilnya kaum cina terutamanya makin menjauhi UMNO/BN.

Menurut sumber, di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah saudara Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas belia dan sukan menteri Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Tapi yang menjadi persoalan, mengapa mereka tak senaraikan sahaja 50 orang bekas ahli parlimen itu? Kalau takde 50, sekurang-kurangnya 30 pun takpa.

Bagi AS, ini hanya tuduhan liar spekulasi dan propaganda murahan dari puak pakatan haram untuk melagakan PM & TPM kita demi untuk melihat UMNO menjadi lemah dan berbalah sesama sendiri. Sikap mengadu domba dan batu api memang sudah sebati dengan amalan mereka.

Sekali lagi AS cabar freemalaysiatoday dan Blogger Sayuti Omar dedahkan siapakah 50 orang bekas ahli parlimen BN tersebut! Jangan hanya tau jadi batu api pengadu & domba sahaja!

Biarkan DS Najib buat kerja beliau dengan caranya yang tersendiri untuk mentadbir negara ini! Jangan hanya tau buat kacau saja!

Kenangan Pahit Tok Non Di Walkabout Kepala Batas semalam bersama puak hamPAS!

Sdr Reezal Merican yang turut serta dalam walk about semalam

Walkabout Dato Non bersama kepimpinan BN negeri Pulau Pinang semalam di Kepala Batas (Rujuk entry AS di SINI) sebenarnya ada meninggalkan kenangan pahit kepada mereka.

Dato' Zainal Abidin Osman berasa sangat sayu apabila tiga org lelaki melayu berumur 60 an dikatakan tak mau bersalam dan menerima pemberian kurma dari mereka,malah bercakap dengan kasar dan kesat caci mereka hanya sebab mereka orang umno.

Tampak begitu sekali taksub org pas itu. Rasa kasih sayang dlm bulan mulia ini dikalahkan oleh rasa kebencian yg mendalam. Inilah warna sebenar penyokong PAS. Amat menjengkelkan sekali peribadi mereka.

Kepala Batas Digempur Oleh Pimpinan BN Pulau Pinang

BN Pulau Pinang terus memperhebatkan usaha didalam merampas kembali dan mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU12 yang lalu melalui sessi walkabout turun bertemu rakyat.

Kali ini, keseluruhan kepimpinan parti-parti Komponen BN Pulau Pinang di hari pertama berpuasa telah turun padang bagi mendekati para pengundi secara langsung di Pasar Ramadhan Pekan Kepala Batas dan sebahagian Pekan Kepala Batas.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemimpin didalam menyelami hati dan perasaan pengundi amatlah dipuji. Dato' Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang juga Pengerusi BN Nibong Tebal, bersama Dato' Dr Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, kepimpinan BN Kepala Batas bersama-sama pemimpin Gerakan, MCA, MIC dan PPP telah berusaha menemui seramai mungkin rakyat di kesempatan yang ada bagi bermesra bersama mereka disamping mengedarkan beg barisan Nasional.




Menggelabah La Mat Peqelih Ni!

AS terpaksa masuk campur dalam isu ni. Syed Atief ni seorang ketua pemuda cawangan di Arau, Perlis yang juga bekas pembantu khas mantan Menteri Besar Perlis, DS Shahidan kassim.

Yang ni la AS duk pening. Macamana la UMNO Perlis nak kekalkan kemenangan kalu macam ni la sengketa yang duk ada dalam Perlis. Pergolakan Shahidan Kassim dengan Md Isa Sabu sampai sekarang tak berkesudahan. Ini ditambah kemelut mamat menggelabah ni buat entry dalam blog beliau.

Bagi AS, jika benar sekalipun individu yang dimaksudkan itu melakukan penyalahgunaankuasa, gunakan saluran yang betul untuk meluahkannya. Bukannya secara terbuka dalam blog macam ni! Banyak cara yang lebih sesuai boleh digunakan. Macam blog hang sempoi? Piirahh

AS pun ada tak puas hati dengan pemimpin UMNO di sini, tapi tak sampai ke tahap meluahkan ke dalam blog. Selagi boleh selesai, selesaikan secara elok-elok. Jaga la permuafakatan dan ukhuwah sesama ahli parti. jangan buat tindakan yang boleh memecah belahkan parti! Inilah bahayanya jika ada sikap taksub kepada seseorang pemimpin. Bahananya ialah seseorang macam Atief ni akan meletakkan kepentingan individu melebih parti! Biarlah pari melingkup sekalipun, asalkan hati dia puas!

Muhasabahlah diri hang tu Atief, aku bukan nak belah sesapapun. Aku sayang parti UMNO. Aku tak mau UMNO dirosakkan oleh orang macam hang! Pikir la pakai otak, bukan guna nafsu!
AS yakin si Atief ni ada dendam peribadi ataupun ada agenda yang tak tercapai. kalau tidak, masakan dia jadi macam ni! Hang nak marah aku Atief, ikut suka hanglah, aku tegoq dari luahan isi hati aku. Kalu hang boleh tembak orang dalam blog, aku pun bleh tembak hang senang-senang. Seluruh Malaysia lagi boleh tau!

Kalau 'panggu' tu buleh kat hang, hang senyap la kot? haha Aku kenai sangat geng-geng pemuda macam hang ni!

UMNO bukan macam dulu. Anytime pihak lawan senang-senang nak spin isu ni nak lemahkan UMNO. Di Perlis tu bukan luas manapun! Duk elok-elok buat cara adik beradik!

Tak payah nak londehkan orang di khalayak ramai. Hang buka aib, orang, esok lusa aib hang akan terbuka dengan sendirinya. Kalu betui dia bersalah, pi repot SPRM diam-diam cukup. Nak kecoh-kecoh apa dalam blog hang, ingat hang sempoi??


Syed Razlan, ADUN N11 Pauh & Exco Pelaburan Perlis, seorang PERASUAH yang berleluasa di Perlis.. Bukti yang dikumpulkan sudah lebih dari mencukupi.. INI BUKAN FITNAH..!

Polis & SPRM, saya bersedia dipanggil beri keterangan.. Nyahkan pemimpin KOTOR.. Pastikan siasatan berjalan tanpa memilih bulu.. bukan setakat ambil statement dan diam..!

qunang: Saya minta tolong Saidin Osman, tukang kutip toci, buat laporan Polis terhadap blog ini sekali lagi. SUMBER

Facebook Atief

BN Pulau Pinang Meneruskan Misi Mendekati Rakyat. Mana KSK dan THN?

BN Pulau Pinang meneruskan misi 'walkabout' untuk menemui penduduk di seluruh Pulau Pinang. Kali ini mereka berkunjung ke Parlimen Bukit Gelugor iaitu secara spesifiknya ke sekitar Kek Lok Si. Tapi AS agak kecewa 2 pemipin utama gerakan iaitu TS Koh Tsu Koon dan Dato Teng Hock Nan gagal menghadirkan diri.

AS paham, mereka sibuk, orang lain pun sibuk, Tok Non pun sibuk. Tapi mereka kena sedar, mereka yang jadi Pengerusi BN Negeri. Tempat ditujui tempat majority kaum cina. nak menang ke tak nak ni?

Koh Tsu Koon pun kena la banyak balik Penang mai tunjuk muka. Tau la jadi menteri. Tu pun Tok Jib bagi jadi senator!

Andaikata BN menang di PP kembali, Gerakanlah paling kelam kabut nak jadi Ketua Menteri. Tapi nak turun padang, lu pikiaq la sindri.



Walkabout BN Negeri P.Pinang d Market Kek Lok Si, Ayer Itam, P.Pinang. Pimpinan BN Negeri Yang d ketuai oleh Dato Zainal Abidin sedang bergerak untuk beramah mesra bersama penduduk & mengaggihkan bag BN.


Walkabout BN Negeri Pulau Pinang d Market Kek Lok Si, Ayer Itam, P.Pinang. Dato Zainal Abidin Osman mewakili BN Negeri sedang dalamSidang Akhbar.

Dato Zainal Abidin Osman bertanya khabar kpd pengunjung Di pasar tersebut.

Walk about BN Pulau Pinang Di Nibong Tebal

BN Pulau Pinang memperhebatkan usaha didalam merampas kembali kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pihak lawan dalam PRU12 yang lalu.

Kali ini, keseluruhan kepimpinan parti-parti Komponen BN Pulau Pinang telah turun padang bagi mendekati para pengundi secara langsung di Pasar Awam Nibong Tebal di Taman Berjaya dan sebahagian Pekan Nibong Tebal.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemimpin didalam menyelami hati dan perasaan pengundi amatlah dipuji. Dato' Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang juga Pengerusi BN Nibong Tebal, bersama Dato' Dr Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang bersama-sama pemimpin MCA, MIC dan PPP telah berusaha menemui seramai mungkin rakyat di kesempatan yang ada.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...