MB Kedah DS Azizan Razak Dah Mengamuk kat Ahli Majlis PBT? Awat La ni baru kalut???


Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah dilaporkan telah "membidas" sikap Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah kerana tidak menyuarakan idea, suara penduduk setempat dan pandangan masing-masing di dalam mesyuarat. Menurut Ustaz Azizan, Ahli-Ahli Majlis PBT lebih "gemar" untuk kenyataan menerusi akhbar dan tabloid tempatan. Ustaz Azizan meluahkan "ketidakpuasan hati"nya pada Ahli-Ahli Majlis ini pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Penggal 2010-2011 di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

Tu diaaaa..! Ustaz Azizan dah naik angin. Haru biru! Habih dia bidas "Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah". Nak "tergelak" pun ada. Nampaknya, Ustaz Azizan gagal "mengawal" Ahli-Ahli Majlisnya sendiri. Secara jelas, kebanyakkan Ahli-Ahli Majlis PBT adalah lantikan politik. Takkanlah Ahli-Ahli Majlis pun Menteri Besar "gagal" nak kawal? Itu baru Ahli Majlis. Kalau ADUN tu, rasanya lagilah "tak terkawal"!

Sebelum ini, saya dan rakan-rakan sering diberitahu bahawa terdapat ramai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang "kurang" berpuas hati dengan "cara" dan "sistem" yang dilaksanakan oleh Ustaz Azizan. Khabarnya, ADUN-ADUN itu tidak suka dengan cara MB itu "menegur" dan "memarahi" mereka di depan Kedah Civil Servant (KCS). Khabarnya, Ustaz Azizan juga sering "memperlekehkan" mereka di dalam mesyuarat di depan KCS. Selain mencalar kewibawaan mereka di depan KCS, mereka juga merungut kerana "malas" mahu ber"suara" ketika mesyuarat. Ini adalah kerana secara "semula jadi"nya "suara" mereka menjadi "tidak laku" apabila "maruah" mereka yang hilang dan "hilang"nya hormat KCS pada mereka. Mungkin sebab itulah, mereka lebih suka "bersuara dibelakang". "Mengutuk" boss dibelakanglah tuuu...... Paparan Lanjut

Mungkin ini senario ini juga yang berlaku pada Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah. Kalau suara ADUN-ADUN yang melantik mereka pun tidak kedengaran, apatah lagi mereka? Mungkinkah mereka tidak "bersuara" di dalam mesyuarat kerana "takut" pada MB yang sering memperkecilkan "maruah" dan "kebolehan" mereka? Atau mereka terlalu "menghormati" Ustaz Azizan sehingga menyebabkan mereka menjadi "Mr. Yes Man"? Atau sebenarnya mereka sudah "menyampah" dan "malas" nak bersuara kerana sering di"kondem" dan di"malu"kan di depan orang ramai sebagaimana "boss" mereka?

Sudahnya, "suara" rakyat akan "tersangkut di kerongkong" mereka. Sama ada ADUN atau Ahli Majlis PBT, mereka kelihatan "gagal" membawa "suara" rintihan rakyat. Secara tidak langsungnya, mereka juga lupa pada "sumpah" yang diangkat ketika lantikan dan mereka juga "gagal" dalam "menunaikan janji" mereka ketika "lantang berkempen". Selain itu, mereka juga gagal dalam menjalankan tanggungjawab. Dalam kata kasarnya, "mereka makan gaji (elaun) buta"!

Nampaknya, Ustaz Azizan "keseorangan". "Keseorangan" dalam menjalankan tugas pentadbiran Negeri Kedah. Ustaz Azizan sebok menguruskan pentadbiran dan para "pembantu"nya hanya "lena" bertemankan ulitan "projek-projek masuk poket sendiri". Ustaz Azizan sebok "membodek" DYMM Sultan Kedah, manakala "pembantu-pembantu"nya sebok memikirkan "memenuhkan tembolok" masing-masing. Sedangkan rakyat semakin terasing akibat tiada pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi. Air tidak ada, kalau ada pun, airnya keruh sekali. "Sekeruh" pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah. Rakyat juga yang merana...

Nampaknya, Kedah akan semakin "merudum" ke bawah. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang "sepatut"nya mentadbir men"sejahtera"kan Negeri Kedah "semakin" lupa akan tanggungjawab. Khabarnya ketika pilihanraya yang lepas, "mereka lebih bijak dan pandai mentadbir berbanding BN"! Bila sudah kuasa memerintah ada di tangan mereka, mereka lebih suka "berceramah"! Cakap saja pandai, bekerjanya "bodoh"! Itulah jadinya bila yang silap memilih pemimpin, rakyat yang "merana". Mungkin pemimpin Pakatan Rakyat "terlepas pandang" tentang "rungutan" rakyat yang memangkah undi menyebelahi mereka. Namun di"peringat"kan kepada sesiapa saja yang memerintah dan mentadbir, jika YB-YB dan tuan-tuan semua "lebih banyak bercakap dari bekerja", maka tiada rakyat yang akan memilih YB-YB dan tuan-tuan" kelak. Tak ingat "titah" DYMM Sultan Selangor ke? Atau nak DYMM Sultan Kedah ulang "titah" kat Kedah pulak

3 comments:

Anonymous said...

mereka hanya pandai..ceramah, cakap,ceramah, komen, itu tak kena ini tak kena...buktinya!!!!
ia memakan diri sendiri
aku rasa bab membantah,membangkang
mengaibkan orang mereka pandai
bab nak bekerja......??????
barulah mereka tahu betapa susahnya
nak perintah negeri pun tak boleh nak buat apa kalau satu negara jatuh ketgn mereka habislah semuanya....
last last kita lihat dap yg kenyang
sudah sudahlah
dan ingatlah tidak semestinya orang yang bijak bercakap itu dia pandai buat kerja.

Anonymous said...

hahahahaha...klu MB UMNO lah..dia buat xtahu je...exco dia malas ke..x wat keje ke...lantak korang lah....janji pandaix2 buat...pandaix2 simpan....awat la melayu ni pemikiran dok bodoh mcm melayu kat kgx2 tu yang dijumudkan oleh UMNO...baguih la datuk azizan marah exco dia...ni tanda dia berani! jaga rakyat !xbetul ckp xbetul ! bukan aku xtau pemimpin UMNO dulu lagi xtahu wat kerja !semua masalah disorok smpai ekonomi makin jatuh..rakyat makin miskin...bila pas amek aleh..dah terbongkar la sampahx2 yang bertahun simpan sampai berulat tu...mana dia Slogan Kedah maju 2010 ! mana dia lapangan terbang antarabangsa !mana dia zoo safar ! Sanusi Junid punya janji ! xpayahla guna idea lapok..UMNO memang xleh pakai ..dah samapai zaman kehancuran UMNO..Allah dah bg masa lama sgt kat UMNO tp dia leka..sekrang dah kalah baru KALUT nak tukar memipin...suruh Paklah letak jawatan..bongok betul la UMNO ni presiden dia pun dia sanggup lawan sebab takut hilang kuasa dan periuk nasik...UMNO UMNO..

Anonymous said...

umno juga yang kena.... orang lain yang wat salah.. umno juga yang kena...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...