Bila PAS di PKRkan : Mana fakta Tok Guru?


Apa-apa jua yang dipacakkan DSAI dalam Pakatan Rakyat, Fatwa TGNA tidak kedengaran. Bila Boss Interfaith Commission-IFC jadi Pengerusi JK Desiplin PR tiada siapa yang membantah. Kebal sangatkah Faith PAS dengan pengaruh Interfaith?

SIVARASA RASIAH PENGERUSI JAWATANKUASA DISIPLIN PR.

"Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiah untuk mempengerusikan jawatankuasa ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bila DSAI membuat keputusan melantik Pengerusi Jawatankuasa Desiplin PR seperti di atas dengan meletakkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah selaku boss IFC, PAS diam. TGNA tidak kedengaran mengeluarkan apa-apa fatwa. Malah tiada tindakbalas dari PAS dan pemimpinnya. Dalam bab Sodomi II dan rogol, TGNA sudah mengeluarkan fatwa, "konon tidak boleh dibicarakan dimahkamah kerana mengaibkan tertuduh". Boleh pegangkah fatwa ini?

Semua sudah mengetahui bahawa Sivarasa bermasalah dengan YB Zulkifli Noordin interm of "faith" termasuklah "political faith". YB Zul menghadapi tuduhan menyalahi "political faith" kerana faithnya dan ketegasannya mempertahankan fundamental faith yang menjadi pegangannya. Selesakah YB Zul jika kesnya ditangani boss IFC dan bekas "lawannya bergusti"?

Apakah PAS sudah merelakan dirinya untuk diPKRkan sehingga Mursyidur Am PAS sendiri sudah tidak bersuara mengenai keputusan DSA ini? Soal PAS di Pakatan Pembangkangkan sudah tidak dipersoalkan lagi kerana PAS memang dalam Pakatan pembangkang.

Selesakah PAS dalam Pakatan Pembangkang bila ideologinya disapu di bawah carpet dan HANYA dibenarkan untuk di perjuangkan di pentas rakyat TETAPI BUKAN untuk diterimapakai dalam urusan pentadbiran Pakatan Pembangkang? Selesakah PAS diadili oleh boss Interfaith Commision Malaysia dalam soal-soal desiplin? Hatta, bila berlaku penyelewengan aqidah politik PAS refer to IFC's boss!!
apc

2 comments:

melayulupalagi said...

hahahaaaa,

nix ajis nax keluar fatwa apa???

fatwa yang hanya beri kepentingan pada PR sahaja...

matusin said...

kesian pas..
jd hamba dan balaci kapiaq sampai bila2...
sedey gak aku tgk..
hukhukhuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...