Hebat! 24,000 orang hadir Mesyuarat PKR Cabang! AMK 3000 dan Wanita PKR 3000!


Macam-Macam Perasaan yang AS rasa. Lawak ada, kesian ada, simpati pun ada.. heheh
Berdasarkan berita Malaysiakini Musibat di bawah walaupun AS benci, tapi kadang-kadang terbaca la jugak.
Sungguh sedih dan 'simpati' AS tengok hanya 24 orang penghianat negara yang sudi hadir untuk menghadiri majlis Pengundian yang diadakan. Bagi sayap-sayap, pemuda 3 ekoq, wanita 3 ekoq, macam parti siok sindri pun ada gak... hehehe
AS nak pesan satu ja, tutup buang la Anwar oii cabang-cabang yang bengap dan nak mampus tu. Kalau bulih tutup buang PKR lagi senang! kecik-kecik tak mau mampui, besaq-besaq nyusahkan orang. Orang ada bahagian, dia pun gagah nak ada cabang!
Cabang konon! Cawangan UMNO AS pun Mesyuarat Agung orang mai 100 orang lebih..
Sapa sokong PKR lagi sah-sah memang orang bengap.. Orang tak layan dah PKR ni..
Idup segan mati tak mau punya parti penghianat bangsa melayu ni..



"Timbalan: PKR Pokok Sena pilih Zaid

Cabang PKR Pokok Sena di Kedah, memilih penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim sebagai timbalan presiden PKR dalam pengundian yang berlangsung hari ini.

Hanya 24 daripada 314 ahli yang layak, keluar mengundi hari ini yang berjalan dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Zaid mendapat 20 undi, diikuti oleh naib presiden Azmin Ali (2) dan ketua PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub yang mendapat satu undi. Satu undi rosak.

Bagi jawatan naib pula, empat pemenangnya ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Subang, R Sivarasa; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Tian mendapat 20 undi, diikuti oleh Sivarasa (17), Nurul Izzah (15) dan Mansor (10 undi).

Bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrin menang dengan mendapat 3 undi.

Manakala penyandang jawatan itu, Shamsul Iskandar Md Akin tidak mendapat sebarang undi.

Bagi AMK, hanya tiga ahli yang keluar mengundi hari ini.

Regu Badrul Hisham - Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja - menang jawatan timbalan, dengan mendapat dua undi, manakala pencabarnya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang juga ketua AMK Selangor mendapat satu undi.

Pemenang tiga jawatan naib ketua pula ialah Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Bagi Wanita pula, pemenangnya ialah Suraya Sudin yang mendapat dua undi. Manakala penyandang jawatan itu, Zuraida tidak mendapat sebarang undi, manakala seorang pencabar, Anima Ferrar mendapat satu undi.

Jawatan timbalan ketua pula dimenangi oleh exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang mendapat 3 undi. Pencabarnya, Asmah Abd Kadir tidak mendapat sebarang undi.

Tiga pemenang jawatan naib ketua ialah ADUN Rawang Gan Pei Nei yang mendapat tiga undi, timbalan Speaker DUN Selangor Haniza Talha (3 undi) dan Salma Ismail (2 undi).''

2 comments:

kontolan said...

aikkkk...ciput jer yg dtg mengundi... PKR = Parti Kena Reject..

Anonymous said...

PKR parti cap ayam...btelur riuh sekampung tp yg kuar sebiji jer..mcm tu la ngan pemilihan parti,dicanang sana sini keahlian cabang beribu-ribu tp buktinya jelas 24 org je kalu 2400 org leh tahan lagi la...PARTI DUA ALAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...