Orang PAS meroyan sebab Imam Muda tak sokong parti mereka!


Kerana Tidak Menyokong PAS, Imam Muda Terus Jadi Sasaran Penyokong Fanatik Pas..

TUMPAT 25 Nov – Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif,
31, kecewa dan kesal dengan segelintir penyokong Pas kawasan berkenaan yang
sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) hari ini yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya,
beliau telah dipanggil oleh pihak MAIK bersama seorang lagi imam Masjid
As-Somadi setelah timbul pelbagai masalah di qariah berkenaan termasuk beliau
tidak dibenarkan menjadi imam di masjid itu oleh beberapa ahli qariah.

“Apa yang saya kesalkan adalah kehadiran penyokong Pas yang sanggup
menaikkan kain rentang dan sebagainya bagi menuntut saya meletakkan jawatan.
Saya cukup hairan…Kenapakah saya menjadi mangsa kepada mereka sedangkan saya
hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MAIK.

“Sebelum ini, pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan sehingga ada
yang tergamak mengatakannya mengasingkan politik dengan agama. Golongan ini
tuduh saya macam-macam.

“Soal pulau di masjid satu hal. Tuduh pula saya
berpolitik UMNO dan sebagainya sedangkan saya tetap dengan Islam dan saya tahu
membezakan yang mana agama dan yang mana bukan agama. Saya belajar pondok sejak
berumur 12 tahun sehingga sekarang.

“Malah saya tidak pernah menzahirkan
kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu
tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan
Allah S.W.T. sahaja yang tahu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Penyokong Pas hari ini dilaporkan mengadakan demonstrasi di hadapan
bangunan MAIK setelah imam muda masjid As-Somadi, Getting, Ustaz Rosli Abdul
Latiff dipanggil oleh MAIK bersama seorang lagi imam Masjid berkenaan.

Rosli sebelum ini mendakwa berikutan kritikan setiap kali beliau
mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang
lain secara berasingan di belakang dan disebabkan itu, beliau tidak dibenarkan
menjadi imam.

Dan hari ini beliau hanya sekadar pergi menunaikan solat
jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi Imam atau khatib Jumaat
sungguhpun beliau dilantik oleh MAIK.

Beliau seterusnya berharap para
penyokong Pas dapat berfikir dengan matang dan tidak terbawa-bawa dengan
sentimen politik melampau sehingga tidak mampu membezakan antara yang benar dan
yang salah.

“Apa salah saya…Cuba kemukakan…..Apakah kerana bapa mertua
saya, Abdullah Sa’amah kerap mengkritik Nik Abdul Aziz, maka saya menerima
tempiasnya sedangkan saya hanya mahu melaksanakan tugas yang dimanahkan oleh
pihak MAIK.

“Sungguh pun saya di “cop“ sebagai penyokong UMNO dan
sebagainya, saya tidak ambil peduli. Cuma apa yang saya harapkan segelintir
penyokong Pas ini kembali kepada landasan sebenar untuk memastikan perpaduan
ummah di Getting,“ katanya.


AS:
Masih ada lagi puak hampas yang buat solat jemaah 2 imam serentak ni!
Ingatkan dah takdak dah sebab kat tempat AS sendiri, solat 2 imam ni boleh dikatakan dah selesai, yang ada cuma solat ikut masjid pro parti mana (Jawatankuasa masjid).
Tapi dari segi orang UMNO ni, tak kisah pun mana-mana. Cuma juak taksub pAS saja yang masih bersikap jumud dan angkuh!
oo .. menantu Abdullah Sa'amah rupanya. patutlah dilayan sebegitu oleh puak-puak hamPAS ni..
Pesanan AS, buat je kerja Imam tu, yang penting nawaitu kita hanya Allah swt yang tahu..
Jangan sampai orang kata makan elaun imam buta sudah.. Bab orang pas tu! semua orang well known sikap mereka yang 'angkuh' dan berlagak 'alim' macam bagus!

6 comments:

Anonymous said...

ni la rupa PAS sebenarnya bila AGAMA dipolittikan demi kepentingan parti mereka.Knp PAS tidak buat demo di slgr,kedah or penang yang mana tlalu banyak pusat maksiat tumbuh?knp yang kes iman ini mrk boleh buat bantahan. Yang pasti DAP ketawa melihat islam sesama islam bpuak2 sng mereka nak pijak spt mana skrg PAS sudah dipijak2

anak sufi said...

Pas memang dah banyak meroyan dan meraban sekarang ni. mari kita bersama-sama menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan negara.

SAYA DAH JADI FOLOWER SAUDARA. TOLONG JD FOLOWER SAYA JUGA..T.KASIH.

PAShiT said...

salam,

Perjuangan PAS adalah ala Abdullah Bin Ubaid.

Cakap mmn pandai tapi hakikatnya...

20 TAHUN PERINTAH KELANTAN SATU MASJID PUN TAK PERNAH BINA

Nak cakap takde duit tapi boleh bagi blogger RM4 juta tu apekejadahnye?

Ingat junjungan Rasulullah S.A.W. pertama sekali apa baginda buat bila sampai ke Madinah?

BINA MASJID!


"Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina.

Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai
sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini."

AUTA KELING PENYOKONG PAS YG JUMUD DAN TAKSUB MEMBUTA TULI ADALAH PERJUANGAN SIA2 BELAKA.KALAU IBRAHIM LIBYA MASIH HIDUP SEKARANG SAYA RASA RAMAI PEMIMPIN PAS YANG KENA LIBAS DENGAN PARANG!

Wassallam

PAShiT

Anonymous said...

SABAR SAJALAH TUAN IMAM OOOI,DEPA TU TAK GUNA AKAL LAGI,AKAL ADA TAPI TAK BERFUNGSI.

Wake UP! said...

Yang mati sesat dalam Memali pun ditipu kata mati syahid, apatah lagi bila Imam Muda tak sokong parti mereka.

Anonymous said...

Itulah akibatnya jika ulama'2 taksub dengan parti politik. Apa yang menguntungkan parti depa.. semua kata boleh ... bukan ikut NAS Quran pun ... bagi depa yang penting kemenangan parti ... tu pun kalau menang .... kalau depa kalah salahkan parti lawan ..... senangnya jadi ulama' dalam PAS.... bila bercakap tinggi melambung .... ntah la apa nak jadi ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...