Sila Bayar Saman Sebelum 1 Mac 2011 Atau




– Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan dan ingin memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka kini boleh berbuat demikian dengan membayar saman secara ansuran sehingga 28 Februari tahun depan.

Pembayaran secara sedikit demi sedikit itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat di samping menggalakkan masyarakat setempat menyelesaikan saman yang tertunggak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pemandu yang telah disenaraihitamkan telah diberi beberapa kelonggaran sehingga 1 Mac 2011.

“Pemandu dan pemilik yang mempunyai saman dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh enam bulan dan Lesen Memandu (LM) untuk tempoh satu tahun.

“Selain itu, bayaran saman yang dibuat dalam tempoh berkenaan dikecualikan daripada dikenakan mata demerit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan.

Menurutnya, masyarakat turut berpeluang untuk menyelesaikan saman secara berperingkat.

“Sekiranya ada lima saman, dibenarkan untuk selesaikan satu atau dua saman dahulu sebelum tempoh kelonggaran berakhir,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, walaupun penangguhan dibuat, rekod senarai hitam pemandu dan kenderaan tidak dilupuskan daripada pangkalan data JPJ.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim juga merupakan ahli parlimen Kudat kecewa kerana kelonggaran yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

“Kerajaan cuba membantu rakyat untuk meringankan beban mereka, namun, mereka seolah-olah tidak mengendahkan kelonggaran yang telah dibuat. Sehingga akhir Oktober 2010 hanya 65.012 (9.38 peratus) saman JPJ telah diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang masih degil untuk menjelaskan saman mereka sehingga 28 Mac tahun hadapan, mata demerit akan diaktifkan semula.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen setelah semua saman mereka dijelaskan.


p/s Demerit....hangpa takut tak?
kalu yang lesen P jenuh la..

Pandangan AS mudah je, kalau tak mau hapuskan saman ekor tu, bagi la diskaun at least 50%-70%bagi siapa yang jelaskan sebelum 28 Februari 2011. Nescaya rakyat boleh terima. Tapi bagi warning, yang kena saman lepas tarikh tu, no more discount, so pemandu akan lebih berhati-hati dan takut untuk melanggar peraturan lalulintas..
Ataupun lepas ni kadar maksimum saman ekor letak macam dulu, RM150 sudah la, tak payah sampai RM300, bebankan rakyat. Kalau saman sain, kasi RM 300 AS setujuu..
Bleh dak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...