Indonesia Lagi Power! Nak Bina Loji Nuklear Atas Sesar Gunung Berapi!

AS agak ragu-ragu dengan perancangan Indonesia ni. Kejadian di Jepun telah membuktikan yang mana walau bagaimana baik perancangan manusia sekalipun, kuasa Allah melebihi segala-galanya.Dengan angkuh Indonesia mengatakan mereka mampu membina dengan teknologi lebih baik dari Jepun.

Apa yang merisaukan AS, sudah terang-terang loji tersebut dirancang dibina diatas sesar gunung berapi meningkatkan risiko ke tahap paling tinggi sekiranya berlaku gempa bumi. Namun yang paling bahaya sekali ialah kedudukan loji tersebut dekat sangat dengan Malaysia, kalau apa-apa yang buruk berlaku, alamatnya Malaysia pasti terkena tempias sama. Kita tengok sudah kebakaran hutan di Sumatera sudahla, asapnya menyebabkan jerebu meliputi Malaysia.

Indonesia akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah loji nuklear berhampiran garis sesar gunung berapi meskipun berlaku bencana pada loji nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.
“Jika kami memilih untuk membinanya di Pulau Bangka, sudah pasti ia berdasarkan kepada beberapa pertimbangan yang selari dengan kriteria keselamatan,” kata Ketua Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (Batan), Hudi Hastowo.

Pulau Bangka terletak di Sumatera timur, kawasan berlakunya gempa bumi dasar laut berukuran 9.1 magnitud yang menyebabkan tsunami pada 2004, meragut 220,000 nyawa di negara sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 di Indonesia.

“Kawasan itu mempunyai rekod seismik dan aktiviti gunung berapi yang stabil,” kata Hudi.Beliau juga berkata, agensi itu akan mengambil langkah menggunakan teknologi lebih canggih daripada Jepun.“Terlalu awal untuk membincangkan bagaimana krisis di Jepun boleh menjejaskan projek kami.

“Tetapi sudah pasti apabila kami membina loji itu pada 2022, kami akan menggunakan sistem teknologi lebih baik,” katanya.Bencana yang menimpa loji nuklear Jepun di Fukushima mendorong pakar menyuarakan kebimbangan mengenai loji nuklear di kawasan seismikDua puluh peratus daripada 440 reaktor komersial yang beroperasi di seluruh dunia terletak di kawasan aktiviti seismik, menurut Persatuan Nuklear Dunia (WNA).

Sebahagian daripada 62 reaktor tambahan yang dalam pembinaan juga terletak di kawasan yang sering dilanda gempa, di samping sebahagian besar daripada hampir 500 unit yang dirancang untuk dibina, terutama di negara sedang membangun. - AFP

1 comment:

blogger hamie said...

kebodohan tidak terkata....sudah tahu kebrukan nuklear maseh jugak mau buat logi.....tak ambil iktibar ke indonesia nie ke atas apa yg berlaku di jepon....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...