Anwar Raja Drama, Poknik Raja Slogan


Setiausaha Politik Perdana, Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh hari ini membidas Kerajaan PAS Kelantan kerana hanya pandai mencipta pelbagai slogan tetapi tidak berusaha membangunkan pelbagai sektor termasuk pertanian.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu berkata, sebagai contoh kerajaan negeri mengambil tanah pertanian di Kampung Sireh, Bawah Lembah untuk pembangunan antaranya pusat membeli belah tetapi tidak digantikan dengan kawasan pertanian lain.
"Ini jelas menunjukkan mereka hanya mementingkan keuntungan daripada keperluan penduduk miskin yang bergantung hidup kepada sektor pertanian.
"Kalau bab tanah, kuasa mutlak kerajaan negeri, tetapi tak ada skim atau program untuk wujudkan kawasan pertanian di Kota Baharu malahan kawasan pertanian juga kerajaan negeri ambil untuk dijadikan pembangunan.

"Di situ sudah hampir 100 tahun penduduk bercucuk tanam tetapi sehingga kini tiada tanah lain yang diganti," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kota Baharu kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan MPPP di sini.

Beliau berkata kerajaan PAS Kelantan pakar membuat slogan seperti Bertani Satu Ibadah, Membangun Bersama Islam, Serambi Mekah...tetapi setakat slogan saja.

"Di Kota Bharu saya tak tengok perancangan kerajaan negeri untuk bagi peluang galak untuk bertani, setahu saya tidak ada..apa yang saya tengok dan dengar yang ada ladang rakyat di Hulu Kelantan yang sudah dijual," katanya.
Mengenai sumbangan berkenaan Mohd Fatmi berkata ia adalah sumbangan kali kedua oleh MPPP Kota Bharu kepada petani di daerah itu. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...