Astora Jabat Kembali Di Utusan. Hangpa Perasan Dak?

AS baru perasan setelah membelek-belek Utusan Malysia semalam dimana ada kembali ruangan untuk penulis yang pernah menimbulkan kontrovresi, iaitu Astora Jabat.

Bekas ketua editor Majalah Al-Islam ini menjadi seorang yang begitu dibenci oleh juak pakatan haram kerana banyak pandangannya terkena batang hidung mereka sendiri, termasuklah artikel semalam yang berkaitan dengan tuduhan zina terhadap Anwar Ibrahim.

Bagi AS yang mana baik kita ambik, yang buruk kita ketepikan. Harap Astora lebihkan beri pandangan terhadap isu semasa sahaja. Tentang tulisan dia dalam paper Utusan dan majalah
Al-Islam memang banyak yang kontroversi. AS perhatikan selalunya tulisan dia bertentangan dengan pemahaman dan amalan Islam yg selalu kita amalkan namun masih dalam ruang lingkup mazhab yang lain.

Hujahnya banyak memetik perbahasan antara ulama-ulama pelbagai mazhab yang diakhirnya tiada kesimpulan yang jelas sesuatu hukum tu...misalnya beliau pernah bincangkan dlm tajuk "orang yg murtad tidak sepatutnya dijatuhi hukuman mati". Memang mengelirukan kpd sesiapa yang kurang ilmu tapi telah membaca.

Dalam Al Islam yang AS selalu juga baca dulu, nampaknya dia tidak lagi tulis isu-isu yang kontroversi tapi cuma tajuk artikel saja yg nampak sensasi & kontroversi. Tapi bila dibaca, ia selaras pula dgn pemahaman dan amalan Islam yg biasa kita amalkan.

Tulisan AJ Dalam Utusan Semalam. Klik Untuk Besarkan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...