Anwar! Senang Saja. ''Wallahi Tuduhan Itu Palsu".

Anwar, Bukan susah pun. Ini mufti Perlis yang pesan.
AS pinta Anwar tolonglah kau lakukan untuk kali ini.
AS janji takkan keluarkan apa entry pun berkaitan kes tuduhan zina dan liwat jika hang berani lakukan apa yang Dr Juanda sampaikan ini.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhan kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...