Gambar-Gambar Laporan Polis Dan Hotel Penaga Yang Mendapat 'Keistimewaan' Kerajaan DAP Yang 'CAT'!


Laporan Kepada SPRM Yang DIbuat Siang Tadi

Parti Cinta Malaysia (PCM) Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap sebuah pengusaha hotel di Jalan Hutton, di sini.

Ketua Pemuda Pusat PCM Liew Yeow Hooi berkata beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak bulan Disembar lalu namun sehingga sekarang masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Ahli Majlis MPPP yang berkaitan dan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan pihak pengusaha hotel berkenaan untuk diteliti oleh SPRM.

Liew berkata tindakan pemilik hotel membina taman dan kolam renang di bahagian belakang hotel yang dahulunya kaki lima dan laluan pejalan kaki didapati menghalang orang ramai menggunakannya.

"Kami juga ingin tahu sikap pihak berkuasa negeri yang berdiam diri apabila pemilik hotel yang meletak pasu bunga di kaki lima, yang jelas bercanggah dengan peraturan MPPP," katanya.30/5


Gambar Asal Hotel Sebelum Diubahsuai
Laluan Awam yang Ditutup Untuk Kegunaan Persendirian Hotel
Inilah Hotel Penaga Yang Baru Diubahsuai Namun Pelbagai kesalahan Telah Ditutup Mata Oleh MPPP
Surat Kepada MPPP Oleh PCM Yang Telah Dihantar Tetapi Tiada Respon
Pasu Bunga Diletak Sesuka Hati Dan Penutupan Longkang Yang ternyata Tidak Mengikut Peraturan
Kolam Renang Boleh Dibina Sesuka Hati Di Lorong Belakang Kegunaan Awam?

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi didakwa mengamalkan 'double standard' apabila membenarkan sebuah hotel di Jalan Hutton, di sini beroperasi tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pemuda Pusat, Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi berkata, sehingga kini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik hotel tersebut yang meletakkan pasu bunga besar di kaki lima dan menutup laluan awam di bahagian belakang.

"Guan Eng sering menyatakan bahawa tiada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

"Namun, dalam isu ini, aduan telah dibuat kepada MPPP sejak Disember tahun lepas tapi MPPP masih gagal bertindak mengikut undang-undang.

"Saya syak ada pihak yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini supaya menyiasat perkara tersebut.22/5

2 comments:

Anonymous said...

Kat KL ni ape kurang nya.

Di Taman Midah ... kaki lima awam ... DBKL biarkan restoran bina extension tempat makan ... bila tak de kaki lima ... DBKL letak tiang merah/putih utk pejalan kaki ... habis tu jalanraya bertambah kecil !!!

Hebat DBKL ni ... Rakyat (Tertentu) DiUtamakan !!!

Hebat DBKL ni ... jadi sifu MPPP dalam kisah ini !!!

Hebat sungguh pegawai kerajaan ... yg tentu naik gaji setiap tahun.

Hebat sungguh ... PRU13 is coming ...

Anonymous said...

SAYA SOKONG PCM!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...