Video seks Pemimpin Pembangkang di'up load' di 5 negara

Sori noo.. Ni bukan kesah Nuar. AS dah naik melugai asyik-asyik duk cerita bab dia yang sampai bila-bila pun takkan ngaku punya dia pelakon video seks itu dengan terus berikan 1001 alasan.

Siasatan awal pihak berkuasa Turki terhadap skandal video seks yang memaparkan pemimpin Parti Pembangkanh, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) mendapati ia dimuat naik daripada lima komputer berlainan di lima negara.

Menurut laporan akhbar Vatan, negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Jerman, Greek Cyprus, Belanda dan Portugal.

Sepuluh orang pemimpin MHP meletak jawatan setelah diugut disebarkan video skandal seks mereka setelah video memaparkan Timbalan Pengerusi MHP, Mehmet Ekici melakukan aksi seks dengan wanita bukan isterinya disiar dalam talian.

Pejabat Pendakwa Raya Ankara, yang melancarkan siasatan ke atas sumber video-video selepas laporan polis difailkan oleh Ekici dan lima mangsa yang lain iaitu Deniz Bölükbasi, Ümit Safak, Recai Yildirim, Osman Çakir dan Metin Çobanoglu.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya tersebut memutuskan kes itu diluar bidang kuasanya dan merujukkan kes tersebut kepada Pejabat Pendakwa Khas Istanbul untuk tindakan lanjut.

Sumber-sumber yang rapat dengan siasatan berkata, mereka kini memohon bantuan pihak berkuasa AS dan negara-negara Eropah di mana video itu dimuat naik.

Sementara itu, Pengerusi MHP, Devlet Bahceli mendakwa, kumpulan yang sama menjadi dalang dalam skandal serupa membabitkan Parti Republik Rakyat (CHP) tahun lalu, yang menyebabkan ketuanya, Deniz Baykal meletak jawatan.

‘‘Kumpulan itu mahu membentuk MHP mengikut kepentingan mereka sendiri. Langkah seterusnya ialah membentuk semula Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP),’’ kata Bahceli.

Kenyataan Bahceli itu senada dengan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga pengerusi AKP yang mendakwa wujud kumpulan terancang dalam ‘operasi membentuk semula pentadbiran MHP’.

Erdogan juga meminta kepimpinan MHP dan akar umbi parti itu supaya memberi sokongan kepada AKP dalam usahanya membongkar kumpulan sulit dan rahsia yang merosakkan politik Turki. – AGENSI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...