2 Raksasa Tumbang Sebab Bersih!

gambar hiasan

Puak haram J ni memang celaka kecik-kecik tak mau mampuih! besaq-besaq menyusahkan orang! Salah satu yang terkena tempiasnya ialah Konsert 2 Raksasa yang terpaksa ditangguhkan akibat ancaman gila puak bersih nih.

Konsert gabungan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu 2 Raksasa 2011 yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka ditangguhkan.

Sidang media mengenai penangguhan itu akan diadakan Selasa (esok) di Acasa Hotel, pukul 3 petang oleh penganjur konsert berkenaan, Netzah Productions Sdn Bhd.

"Pihak kami akan mengumumkan penangguhan konsert tersebut dan akan menjelaskan sebab-sebabnya esok," kata pegawai perhubungan awam daripada Mewah Event Management, Aida Husin.

Difahamkan konsert tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan sebuah konsert gabungan kumpulan Sweet Charity dan Blues Gang buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada 1984.

Dalam pada itu, gabungan dua kumpulan ini sekali gus mengembalikan semula memori konsert pertama mereka 27 tahun lalu.

Ia juga bakal mengembalikan nostalgia serta mengubat kerinduan peminat-peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan tua tetapi juga muda
Lagi satu yang pasti akan menerima tempias puak haram J ini ialah industri pelancongan. kesannya dah mula dirasai oleh sektor pelancongan. 100 orang delegasi dari Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan China yang dijangka datang ke Malaysia pada sekitar tarikh tersebut dijangkan membatalkan kunjungan mereka. Yang lebih memilukan lagi, delegasi dari China ini datang untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan Malaysia kepada 1 Bilion rakyat negara mereka untuk datang Melancong ke Malaysia. kesan yang dirasai memakan masa yang panjang. Banyak lagi kesan rantaian akan timbul dari masa ke semasa hasil dari perancangan jahat puak 'kotoq' ini.
Beratus Pelancong China Mungkin Batal Lawatan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan China (CNTO) merancang untuk membatalkan hasrat mereka berkunjung ke negara ini ekoran kerisauan yang memuncak menjelang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti.

Pengarah Urusan China Express Tours and Travel (CETT), Paul Paw pula berkata, agensinya bakal berhadapan dengan kerugian lebih RM1 juta ringgit sekiranya CNTO membatalkan lawatan mereka itu.

“ Mereka mendengar bahawa ibu negara akan menghadapi kekacauan pada Julai nanti, mereka risau dan mungkin membatalkan rancangan.

“ Wakilnya akan bertemu saya tengah hari ini dan saya pun tidak tahu bagaimana mahu jelaskan dan meyakinkan tentang keselamatan delegasi lawatan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), di sini hari ini.

Menurut Paul, CNTO yang merupakan sebuah badan kerajaan negara China, menghantar wakilnya bertemunya hari ini semata-mata untuk memantau keadaan dan berbincang sama ada akan meneruskan lawatan mereka pada awal bulan depan.

Mengulas lanjut, Paul berkata, dianggarkan seramai lebih 100 anggota delegasi dari pelbagai agensi pelancongan dari negara tembok besar itu dijadualkan mengadakan lawatan untuk mempromosikan negara sebagai salah sebuah destinasi utama pelancongan mereka.

Bagaimanapun, dia akan cuba sedaya upaya untuk menyakinkan wakil CNTO itu tentang keselamatan delegasi dari China itu.

Menurut rekod Kementerian Pelancongan, purata pelancong dari China yang melawat ke negara ini berjumlah 100,000 orang setiap bulan dan mampu menjana aliran tunai di dalam negara lebih RM1 billion.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...