Lagi Komen Terhadap Kerja Gila Mr Puppets!

Cadangan pilihan raya masjid di Pulau Pinang membuktikan kerajaan pakatan pembangkang diterajui oleh DAP cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam di negeri berkenaan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ruslan Kasim berkata seperti yang diketahui umum, Ketua Agama Islam di Pulau Pinang adalah Yang Di Pertuan Agong, dan sebarang perubahan yang ingin dilaksanakan perlu mendapat perkenan daripada baginda terlebih dahulu.

“Tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya masjid menunjukkan bahawa mereka menidakkan kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang sama dengan negeri lain yang tidak mempunyai sultan seperti Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan negeri seharusnya mendapat perkenan yang Di Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum ingin membuat apa-apa perubahan, mengapa tidak lakukan perkara yang sama kepada agama lain di Pulau Pinang,”.

Menurutnya, apa yang cuba yang dilakukan itu mungkin mempunyai agenda lain yang tidak diketahui umum, tetapi apa yang jelas pilihan raya itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan penduduk terbabit.

“Saya tidak nampak adanya kebaikan kepada pilihan raya itu, malah akan menimbulkan perpecahan di kalangan penduduk di kariah yang terlibat, apabila ada pertandingan sebegini, sedikit sebanyak akan berlaku berpuak-puak antara mereka yang bertanding.

“Sepatutnya mereka kekalkan apa yang sudah dilakukan sebelum ini sejak dahulu lagi, sebelum ini tiada sebarang masalah pun yang berlaku, jika ingin buat perubahan kita perlu memikirkan apa yang dicadangkan itu tidak menimbulkan masalah bukannya melakukan secara tergesa-gesa,” katanya.

Ruslan berkata, Majlis Agama Islam Pulau Pinang sepatutnya merujuk terlebih dahulu perkara itu kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau menteri yang bertanggungjawab untuk mendapat pandangan.

Beliau berkata, dalam ingin membuat apa jua perubahan, mereka yang terbabit perlu memikirkan kesan daripada setiap perubahan yang ingin dilaksanakan. -MediaUMNO.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...