Bob Lokman Oh Bob Lokman..

Aku rasa nak komen pasal Bob Lokman untuk entry kali ni.

Aku bersetuju dengan kenyataan bob lokman yang sudah sedar diatas kesilapan nya yang terdahulu. Dengan itu beliau ambil keputusan untuk mengubah cara kehidupan yang baharu. Diatas kesilapan beliau yang lalu, tempias nya terkena kepada anak beliau yang memiliki perangai yang negatif.

Maka beliau bertaubat dan mohon keampunan pada Allah. Aku rasa bangga dan bersetuju serta sokong diatas tindakan untuk berubah. Tetapi yang musyikil nya kenapa beliau masuk pas? Apabila beliau sudah bertaubat, beliau kena lah ajak ahli keluarga beliau memperlajari serta mendalami ilmu agama dengan guru yang sebenar?

Persoalan nya juga kenapa beliau melibat kan diri dalam kancah politik? Bermakna beliau akan berpolitik dan terus akan memperjuang kan parti. Kini Bob dilihat secara terus-terusan menghentam parti UMNO/BN secara konsisten seolah-olah UMNO lah sebagai punca kepada segala masalah padahal dia terlupa pelbagai jasa yang telah ditabur oleh UMNO dan dia sendiri sedar benda ini.

Ini adalah sesuatu yang agak pelik. Boleh ka kita sebagai insan biasa nak jadi kan bob lokman sebagai contoh?

Adakah sifat negatif anak beliau selama ini kerana pemimpin bn? Bukan kah beliau seorang bapa pemimpin rumah tangga yang di amanah kan oleh Allah untuk mendidik anak dan isteri? Apa kena mengena nya dengan parti?

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa mahu jadi lebih Pas berbanding Pas sendiri? Bukankah Pas telah masuk ke era milenium (era Pakatan Rakyat)?

Makanya kalau masuk Pas, tampilkanlah imej semasa Pas tetapi bukannya imej Pas yang lalu itu.

Imej lama Pas itu telah bersemadi. Imej baru Pas pula bertrendkan Mat Sabu, Husam dan Salahuddin (muka licin). Habis, kenapa dihidupkan semula imej berserabai?

Hik-Hik-Hik

Anonymous said...

Kalau dah bapak borek anaknya rintik lah. Dia ingat dgn masuk parti ajaran songsang tu dia boleh perbetulkan kesilapan dia masa lalu? Lagi hanyut adalah. Lebih baik dia bawak anak dia dan keluarga dia pergi ke pondok agama dan belajar agama yang sebenarnya. Dah rasa penuh iman di dada nanti barulah keluar balik dan boleh hentam kaw kaw kerajaan ni. Setakat pengalaman jadi artis lawak separuh masak je tak payah lah nak tunjuk baik...orang pun tahu siapa awak.

Kak Anon said...

Bob menyalahkan sistem tp mcm mana dgn anak2 Kelantan, adakah sistem juga yg salah? Buat Bro Bob kita sama2lah mantapkan sistem yg ada, usahlah terpedaya pada Dajal yg menjanjikan syurga tapi hakikatnya neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...