Najib Ikut Jejak Mat Sabu?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur Isnin ini, ekoran kecederaan yang pernah dialaminya semasa bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak akan mengambil masa lama untuk pulih dan beliau boleh pergi ke pejabat selepas tiga hari.

"Ia satu kecederaan lama semasa aktif bersukan. Saya mengalami kecederaan ini semasa bermain bola sepak, ketika itu saya menjawat Menteri Belia dan Sukan, dalam perlawanan terakhir bagi Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

"Selepas bertahun lamanya, kecederaan ini berulang dan ini berlaku semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain pada program Belia Futsal," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Belia 1Malaysia di sini.

AS:Jangan marah ye! Saja kenen nama Mat Sabu.
Ini betul-betul punya pembedahan tetapi minor je tu.
Diharapkan DS Najib dapat pulih dengan cepat dan seterusnya meneruskan khidmat bakti kepada rakyat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...