Ali Rustam timbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan !

Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menempatkan calon UMNO atau MCA di kawasan tunggal Parti Gerakan di Bacang, Melaka untuk meraih kemenangan umpama membangkitkan satu peperangan kepada parti itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.

“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.

“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.

“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.

“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.

Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.

“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.

“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH

1 comment:

Anonymous said...

kawasan dun bachang dulunya adalah kaw majoriti org melayu tapi keudiannya disedekah kepada gerakan. naiklah projek perumahan tanpa ratio maka ramailah china racist di kaw ini dan lama kelamaan jadilah sarang dap celako.

penduduk melayu sekarang tinggal 50% sahaja. gerakan tak akan menang kaw ini lagi kerana org cina racist takkan mengundi gerakan mereka hendakan dap untuk mengambil dan mencuri malaysia dari org2 melayu.

amat bersetuju dgn dato seri rustam, pemimpin melayu mestilah berani seperti beliau yg langsung tdk takut menyuarakan yg benar. gerakan dan mca dah hancur dan mereka tdk boleh diberi kaw untk bertanding lagi kerana pasti 100% kalah dengan dap, pas dan pkr.

umno mesti sedar dan membuat keputusan segera untuk mengambilbalik semua kaw melayu dan bertanding, insyaallah akan menang dengan selesa. tapi kalau gerakan, mca dan mic bertanding kaw2 melayu pasti akan dikalahkan oleh org2 melayu yg tengah darah tinggi akibat cara2 cina racist ni kurang ajar betul2.

gerakan, mca, mic berikan mereka kaw bandar untuk bertanding tentu 100% kalah degan dap. takkan umno sentiasa nak subsidi dan menanggung biawak hidup. SAMPAI BILA?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...