Gempar! Biara Buddha Brickfields Pula Buat Majlis Berbuka Puasa!

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengaku dirinya buta meminta pandangan berhubung dengan satu majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Biara Buddha Brickfields pada 20 Ogos ini.

Menurut OKU ini seramai 200 orang buta yang tinggal di asrama orang buta di Brickfields dijemput ke majlis berkenaan. Katanya mereka akan diangkut dengan sebuah bas.

Majlis itu selain dari tujuan kebajikan memberi umat Islam berbuka puasa ia adalah untuk kempen menderma mata. Penjenguk ini memberi tahu dia memperolehi berita ini dari gorup news, rangkaian berita yang diwujudkan oleh kalangan OKU lihat penglihatan.

Penjenguk ini menjadi sedikit sangsi ekoran apa yang berlaku di gereja Methodist di Damanarasa Utara itu yang menjadi hebuh ketika ini. Dilaporkan 12 orang Islam (Melayu) hadir pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Saya tidak mempunyai autoriti untuk menentukan apakah majlis di Biara Buddha ini harus atau haram dihadiri oleh pengnut agama Islam. Tetapi kalau dilihat kepada tujuan ialah untuk kepentingan orang buta - kempen derma mata, ia baik dan tidak menjadi masalah.

Lagi pun seperti dijelaskan makanan yang disajikan adalah halal.

Dalam pada itu adalah elok kalau umat Islam menjaga kehormatan diri mereka sebagai orang Islam. Walaupun hadir di rumah ibadat agama lain itu tidak menjadi kesalahan tetapi dalam konteks majlis itu dianjurkan ia mendatangkan sedikit rasa aib kepada agama Islam dan umatnya.

Nampak sedikit canggung apabila umat Islam melakukan ibadat agamanya (berbuka puasa) di rumah ibadat agama lain bukannya surau atau masjid. Adalah baik kalau aktiviti itu diadakan di surau atau masjid. Tidakkah dengan meninggalkan surau dan masjid dan pergi ke Biara Buddha itu kita boleh dianggap cuba menyepikan masjid.

Mungkin ada ustaz dan ulama khasnya dari Pas dan Umno untuk menjelaskan masalah dihadapi oleh saudara kita ini. Apa-apa panduan dan pandangan biarlah berasaskan dan bersendikan asas agama bukannya emosi dan politik.- MSO-

3 comments:

Anonymous said...

perghhh!! jangan kasik tahu Nik aziz. nanti berlari anak dia kesana! mana la tahu, boleh le dia derma utk buat kuil macam kat kelantan tu.

Unknown said...

Satu persoalan yg perlu difikirkan ialah:

Kalau sudah niat mereka utk menjamu org yg kurang upaya berbuka puasa sambil memungut derma, kat mana mereka nak bersolat Maghrib lepas berbuka puasa tu nanti? Kat dalam biara tu jugak ker?

Takkan majlis berbuka puasa memakan masa yg lama, bila pula masanya utk solat Maghrib?

Ini bukan masalah dunia akhir zaman, ni masalah aqidah kita sebagai umat Islam patut dijaga dan mendahului dari merek bagi membuat majlis mengutip derma tersebut dan tempatnya bukanlah menepati tuntutan agama Islam demi menghindari dari bahaya FITNAH yg boleh merosakkan pegangan muslim yg lain.

Sebenarnya nak buka puasa tu kat mana-mana pun boleh asalkan bersih dan halal dan tempat itu menyediakan bilik solat.

Islam adalah agama yg memberi kelonggaran kpd umatnya utk saling membantu kaum yg lain asalkan tidak melibatkan aqidah kepercayaan agama mereka.. Kita hadiri bukan tanda setuju atau redha agama mereka tetapi atas dasar kemanusiaan (ihsan) sahaja.

Nak buat apa lama-lama kat biara tu padahal nak berbuka puasa dengan sebiji buah kurma dan segelas air yg bersih sudah memadai.. Andai majlis tersebut membazirkan masa umat Islam utk beribadat maka lebih baik tidak perlu diadakan disitu dan tempat yg lebih selamat dari fitnah adalah didalam dewan orang ramai pun boleh.

Lainlah jika mereka mempunyai AGENDA tersendiri..

Anonymous said...

Islam carca marba namanya. Tutup ajelah semua masjid. Buka puasa kat gereja, kuil buddha/hindu je sebab derma lebih besar dari solat. Baik betul kuil buddha tu nak siapkan tikar sembahyang untuk solat maghrib lepas buka kan! Sami buddha boleh jadi imam. Dr. Asri kalau tahu ni mesti dia happy sakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...