Dibunuh lepas solat! Ini Yang Pakatan Mau??

pic hiasan

Alhamdulillah, hasil keamanan yang dipelihara dan kebertanggungjawaban kerajaan didalam menjaga keselamatan dan permuafakatan kaum didalam negara, tidaklah terjadi perkara-perkara seperti ini.

Adakah puak pakatan haram mahu insiden seumpama ini berlaku di Malaysia? Ini adalah kerana lihat pakatan haram seringkali memainkan isu yang banyak menyentuh sensitivi kaum-kaum di Malaysia. PR dilihat semakin terdesak dengan terpaksa melacurkan agama demi survival politik murahan mereka.

Tiada langsung sunmbangan PR dalam menjaga keamanan negara. Pakatan juga suka menimbulkan kebencian orang ramai terhadap Polis dan ATM!

Yang mereka tau, mencari kesilapan polis serta menghentam habis-habisan seolah-olah jasa Polis tiada langsung dalam keamanan negara. Tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia pabila sesuatu hak kaum dan agama tidak diberi tempat yang sewajarnya diatas hak kesaksamaan.
Pabila kemarahan dan dendam menguasai diri, banyak perkara luar jangka boleh berlaku!

Dibunuh lepas solat

JOS (Nigeria): Sekumpulan remaja bersenjata di bandar bergolak ini menyerang dan membunuh sebahagian penduduk Islam yang menunaikan solat di sebuah masjid. Penyerang berkenaan turut membakar kereta mangsa, kata saksi dan tentera.

Jos yang terletak di antara wilayah utara yang majoriti penduduknya beragama Islam dengan kawasan penduduk Kristian di selatan, sering tegang kerana sengketa etnik dan agama.

Jika keganasan bertambah buruk atau mencetuskan serangan balas, ia pasti mewujudkan satu lagi masalah besar kepada kerajaan Presiden Goodluck Jonathan memandangkan pasukan keselamatan negara itu sudah terikat dengan tugas menghadapi serangan harian satu lagi puak Islam di timur laut negara itu.

Kumpulan terbabit mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan Jumaat lalu ke atas pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Abuja yang meragut 23 nyawa.

“Penduduk Islam itu pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Tetapi selepas menunaikan ibadah itu, mereka dikepung oleh remaja di kawasan berkenaan,” kata pemerintah pasukan khas tentera di Jos, Brigadier Jeneral Hassan Umaru.

“Mereka membakar beberapa kereta. Jumlah yang mati dibunuh belum diketahui. Kami masih meneliti sumber daripada hospital tempatan,” kata Hassan. Saksi berkata, remaja Kristian itu menyekat jalan raya dan menyerang penduduk Islam. Sebahagian mangsa mati, Seorang saksi Reuters berkata, dia melihat beberapa mayat bergelimpangan.

Menurut Umaru, remaja berkenaan sudah ditangkap.

Penduduk Islam Nigeria hampir sama banyak dengan penganut Kristian.

Lebih 200 kumpulan etnik tinggal berhampiran satu sama lain di negara itu.

Meskipun secara umumnya aman, Nigeria sering menyaksikan keganasan antara agama.

Sekurang-kurangnya 80 orang mati dalam keganasan antara remaja Islam dan Kristian pada 24 Disember lalu. -Reuters-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...