Mangkaq Betul Pemimpin Pas Terengganu Ni! Dah Takde Isu Sangat Dah Ke?

AS nak kata puak HamPAS Ganu memang Merak Buih!
Cakap guna kepala lutut ginilah jadinya.
Jangan kuarkan stetmen yang menyerlahkan kebodohan diri sendiri.
Senang saja, jika tiada keperluan, pihak berkuasa pun takkan pasang Lampu Isyarat tu!
Semua ni untuk keselamatan rakyat di jalanraya!
MaCAM ni punya tahap mentality pemimpin PAS pun ada ka?
Dah takde isu sangat sampaikan hal keselamatan di jalanraya pun nak dipolitikkan?


“Saya tidak nafikan kemungkinan ada pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan mengaut keuntungan, saya difahamkan, harga bagi satu set lampu isyarat RM150,000 setiap unit bayangkan kalau ada 28 set,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid.

Beliau menyelar pihak parti yang memerintah, Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana gagal mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

[Gambar; Haji Muyiddin melayani anak-anak muda yang turut menjadi tetamu Majlis Sambutan Hari Raya DUN Kuala Berang]

Menurutnya, matlamat membesarkan jalan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang tidak mencapai matlamat apabila terlalu banyak lampu isyarat yang dipasang sepanjang jalan tersebut.

"Sekarang ini menjadi rungutan di kalangan masyarakat, matlamat meluaskan jalan ini supaya perjalanan menjadi lebih lancar, cepat dan menjimatkan,

"tapi dengan 'banyaknya' traffic light (lampu isyarat) yang ada sekarang ini ada 28 lampu isyarat, sedangkan jarak perjalanan hanya 40 kilometer,"jelasnya ketuika bercakap kepada pihak media pada Majlis Sambutan Hari Raya DUN Kuala Berang pada Rabu, 14 Sptember

Menurutnya, dengan jumlah sebanyak itu, nisbahnya tidak sampai jarak setiap dua kilometer ada satu lampu isyarat.

Katanya, itu tidak termasuk lagi jalan yang sedang dlam pembinaan di antara pekan Wakaf Tapai dengan bandar Bukit Payong.

Oleh itu beliau yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu menyarankan supaya pihak berkenaan mengkaji semula kemudahan lampu isyarat tersebut.

Menurutnya ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kerap berlaku kemalangan terutamanya pada musim perayaan.

"Kita dapati pada (sanbutan) Hari Raya (Edul Fitri) baru ini, kesesakan (lalulintas) yang melampau (berlaku), banyak accident (berlaku kemalangan) langgar belakang (kereta) apabila yang depan 'brake' yang belakang langgar,"tegasnya.

Menurutnya, sekiranya jalan yang sedang dalam pembinaan turut dipasang dengan lampu isyarat apabila ia siap kelak, dianggarkan sebanyak 40 lampu isyarat dalam jarak perjalanan 40 kilometer.

Berdasarkan harga satu set lampu isyarat RM150,000 menurut Haji Muhyiddin, harga keseluruhannya mencecah RM600,000.-buletin online-

2 comments:

Anonymous said...

kalau diorang boleh bagi murah + jaminan, boleh minta kontrak kat JKR lah, ni bising-bising sebab kalah tender ke ?

Anonymous said...

apala dia pembangkang ni kalau tak dipasang lampu isyarat banyak kemalangan salah kan kerajaan lak tuduh duit nk buat lampu isyarat masuk kat poket kerajaan lak susah nk keluar simpang takda lampu isyarat salahkan kerajaan jg memang betul la da abis sangat la isu tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...