Panas! Khalid Samad berceramah dengan kerusi-kerusi! (Pics)

Dua hari yang lalu Prof. Zainal Kling mengatakan bahawa populariti PAS semakin merundum dan parti itu semakin ditolak rakyat terutama golongan melayu Islam gara-gara sanggup menjadi 'kuda tunggangan' DAP dalam Pakatan Rakyat.

Tapi ramai mengatakan bahawa kajian Prof. Zainal Kling tidak boleh dijadikan penandas aras untuk mengatakan bahawa PAS kini ditolak rakyat. Totok-totok lebai malang PAS menolak kajian ini dengan mengemukakan pelbagai alasan - malah ada yang mengatakan kajian yang dibuat oleh Prof. Zainal Kling tidak tepat.

Untuk membuktikan bahawa PAS semakin ditolak oleh orang Islam - sahabat saya yang berada di lokasi ceramah PAS yang diadakan di Morib, iaitu kawasan yang terletak di bawah parlimen Kuala Langat pada 11.11.11 yang lalu mengirimkan beberapa keping gambar untuk menyokong bahawa kajian oleh Prof. Zainal Kling ada kebenarannya.

Kerusi pun kerusilah YB... hehehe
Walaupun menampilkan 'tokoh anwarisme' yang berstatus YB PAS dari parlimen Shah Alam iaitu Khalid 'John' Samad dan ahli parlimen Kuala Langat dari PKR - YB Abdullah Sani sessi ceramah tersebut jelas tidak mendapat sambutan penduduk sekitar.

Hadirin yang hadir dalam sessi ceramah tersebut jika dihitung tidak lebih dari 15 orang - Secara mata kasarnya jika dilihat YB-YB Pakatan Rakyat ini hanya berceramah kepada kerusi dan bangku-bangku kosong.



Melihat situasi ini wajarlah sekiranya PAS 'sedar diri' bahawa perjuangan parti mereka yang kononnya membawa perjuangan Islam 100% kini mula ditolak oleh masyarakat orang Islam sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

sebenarnya ada beribu org ada kat luar dewan tu...

Anonymous said...

Ramaaiiii nyerrr kerusi...hahahahaaa !!

Anonymous said...

super impose tuuu...gambar mana boley jadi bukti...ha,...ha...haaa

Anonymous said...

kiranya ditakdirkan Tuhan kerusi-kerusi tu boleh bercakap dan bergerak...dah tentu kerusi-kerusi pun blah...meluat tengok muka Khalid 'John' Samad a.k.a Carl Ed Smad

Anonymous said...

jangan silap ...ini hanya rehearse...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...