Pusat Hiburan Bercambah Di Kedah. Nih Contoh Buat Kerja Cara Orang Islam Ka?

Kewujudan pusat hiburan di bandar Alor Setar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir Kedah.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, timbul kebimbangan di kalangan masyarakat setempat apabila wujud terlalu banyak pusat hiburan yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial di negeri ini.

Menurutnya, baru-baru ini beliau menerima rungutan daripada seorang penduduk di Alor Mengkudu, mengenai kewujudan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan, dalam saiz yang agak besar berbanding pusat hiburan biasa.

“Sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kedah, Pas ketika itu amat memberikan penekanan mengenai pusat hiburan namun apabila mereka memegang tampuk pemerintahan, wujud banyak pusat hiburan yang eksklusif dan tertutup.

“Kita perlu tahu apa tindakan Kerajaan Pas mengenai perkara ini, adakah kawalan secukupnya diberikan sekiranya pusat hiburan itu berlesen dan bagaimana pula dari segi penguatkuasaannya,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, masyarakat setempat risau mengenai kewujudan pusat hiburan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di pinggir bandar, namun kini saiznya lebih besar berbanding biasa.

“Mungkin (pusat hiburan) ini yang terbesar di Kedah kerana selalunya ia dibuat di rumah-rumah kedai, sebaliknya premis itu bagaikan sebuah kompleks dengan gambar yang agak ‘hebat’ pada dinding luar bangunan.

“Memang bisnes adalah bisnes tetapi bagaimana dari segi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, apatah lagi dalam kawasan Exco Kerajaan Negeri (Adun Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh),” katanya.

Menurutnya, beliau menerima gambar yang dikirim oleh penduduk dan turut difahamkan bahawa pusat hiburan itu beroperasi tidak sampai setahun.

“Penduduk di kawasan itu mahu penguatkuasaan dijalankan Kerajaan Negeri secara tegas kerana bimbang akan membawa kesan buruk kepada masyarakat Islam di kawasan berkenaan,” katanya.-SH-

A.S: Ostad Zizan dah pesan, buat kerja cara orang Islam.
Nanti bila rakyat pi ngadu/tanya kat dia masalah ni, maka akan keluarlah ayat stended dia yang akan keluar ialah saya tak tau!

Orang Kedah pakat-pakat pikiaq la no..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...