Dr. Asri Sahkan Jamil Khir Tidak Gunakan Wang Zakat !

Dalam twitter beliau ,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.

Berdasarkan tweet Dr. Asri ,beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakan

Dr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya

Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu.

2 comments:

Anonymous said...

Jadi Dr Asri sahkan hanya berdasarkan percakapan dan sms dengan Dato Jamil sahaja kah?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara, Dato Azmi Khalid dan Dr Mashitah yang sahkan (dalam perbahasan Parlimen) bahawa duit zakat telah digunakan tetapi telah diganti? Adakah mereka tersilap atau menipu?.

Anonymous said...

pasal pakai duit rakyat utk kepentingan peribadi mufti kata fisabilillah yang bayar duit lawyer ni fisibilillah ka kalau gitu sapa yang sesak duit boleh mintak kat pejabat zakat ' fisabilillah'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...