Talipinggang Belakang. Esok Mula Saman: Satu Lagi Isu Rakyat Akan Marahkan UMNO/BN?


A.S selaku penyokong setia kerajaan sentiasa berpendapat apa sahaja keputusan kerajaan kepada rakyat adalah sesuatu tindakan yang betul dan pasti ada rasionalnya. Walaubagaimanapun, isu keselamatan dijalanraya adalah suatu perkara yang tak boleh dikompromi sama sekali.

Namun melihat kepada senario hari ini yang mana rakyat akan salahkan parti jika sesuatu keputusan itu tidak popular mengundang dilema adakah wajar ia diteruskan tatkala menjelang PRU13 ini.
Rakyat yang disaman pasti akan meluahkan kemarahan ke dalam tong peti undi. Ini pasti berlaku walaupun peratusannyaa tidak dapat kita jangka.

A.S selaku pemerhati dan pemain politik tempatan harap kerajaan kaji perlaksanaan hukuman ini. Bukan membantah, cuma mohon budi bicara saja. Cadangan A.S bagi pelaku kesalahan ini, apa kata PDRM atau JPJ kemukakan satu notis amaran bertulis yang spesifik kepada kesalahan ini. Setiap undi begitu berharga.
Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.- HM

2 comments:

Anonymous said...

yang pakai kerete produa/proton ada peluang untuk pasang secara percuma sehingga 31 januari 2012.

Anonymous said...

yeke..kita tenguklah...mesti ada penangguham..biasalah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...