Unik! Berkereta Sorong Terima Wang BR1M (Pics)


Gambar ini dirakamkan di Semporna, Sabah yang mana penyampaian sumbangan wang Rm500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada penerima di kawasan tersebut daripada kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

A.S harap pimpinan kawasan itu turut membantu untuk mendapatkan kerusi roda untuk makcik itu yang kelihatan uzur sehinggakan terpaksa menaiki kereta sorong bagi menerima wang tersebut. Alhamdulillah, makcik tu menerima sumbangan wang tersebut dengan senyuman dan penuh syukur nampaknya. Beliau kelihatan tidak kisah walaupun dalam keadaan begitu.

Namun jika di Nibong Tebal dan A.S yakin kesemua kawasan lain turut mengambil pendekatan yang sama dimana pemimpin BN akan turun dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan tersebut sendiri.

Ia bagi memudahkan penerima yang uzur dan tidak berkeupayaan untuk hadir ke majlis sumbangan yang diadakan di sesuatu tempat dan ini menunjukkan keprihatinan pemimpin UMNO/BN kawasan setempat terhadap rakyat.

Contohnya gambar-gambar dibawah, ADUN UMNO Sungai Acheh, YB Dato Mahmud Bin Zakaria sendiri yang telah pergi hampir ke 100 buah rumah didalam kawasan DUN beliau bagi menyampaikan sumbangan BR1M tersebut disamping bertanya khabar keadaan kesihatan penerima terbabit.

Inilah contoh pemimpin yang prihatin kepada rakyat.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...