Santai A.S: Manusia Kanibal Ditembak Sedang Makan Kepala Manusia ! video & gambar



 Seorang anggota polis Miami menembak mati lelaki bogel yang mengunyah muka seorang lelaki lain di jalan susur keluar jalan tambak di bandar itu, kata polis dan saksi. Akhbar Miami Herald melaporkan, bunyi tembakan didengar kira-kira jam 2 petang di susur keluar tambak MacArthur, dekat dengan pejabat akhbar itu.

 

 Saksi berkata, seorang wanita terlihat dua lelaki bergaduh lalu menahan seorang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian ketika lelaki bogel itu menyerang seorang lagi lelaki. Akhbar itu memetik saksi berkata, pegawai polis mengarahkan lelaki bogel itu berundur tetapi tidak diendahkan lalu pegawai polis melepaskan tembakan. 

 
 Saksi berkata, lelaki bogel terus menyerang lelaki itu walaupun ditembak sekali dan pegawai polis itu melepaskan beberapa tembakan lagi. Polis berkata, lelaki yang diserang itu dibawa ke Pusat Trauma Hospital Memorial Ryder. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...