Azhar Idrus 'Ditampar' Mashitah?

Bertauliah elak sindrom keliru


Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang  bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama. Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah  ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya:  “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku.

Lagi dahsyat akan berlaku.” Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?” Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’ Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah  begini? Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan  boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk  memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat  kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan  mengikut Perlembagaan Persekutuan.-SH

6 comments:

nikko said...

apa hukum mahkamah civil yang di asakan olih england itu menjadi ketentuan sasaorang bolih mendapat tauliah mengajar ugama Islam.Dalam hal ini mahkamah syariah lebih berwibawa dari mahkamah civil.

nikko said...

Mahkamah Civil yang di asaskan oilh orang putih menetukan tauliah berdakwah ugama Islam.Sepatutnya mahkamah Syariah.Sangat pelek.

Anonymous said...

Assalamulaikum,

Amat malang bagi mereka yang cuba menyekat fenomena UAI dek kerana bimbang akan tergugat tampuk kepimpinan yang sedia ada.Dengan jentera yang dimiliki,mereka masih belum mampu mengumpulkan ribuan orang ramai untu hadir semata-mata dengan niat untuk mempelajari ilmu agama.Usah dipertikai tentang status pengajian samada Phd atau sebarang tauliah 'ciptaan manusia' sekiranya ilmu yang disampaikan tidak ikhlas dan dikonkong oleh pemerintah negara yang tidak mengenal halal haram.

Anonymous said...

dan malang juga bagi yg bergelar phd tp pernah mengeluarkan kata-kata yg tidak masuk akal spt menyindir hukum potong tgn..hukum fekah yg ditekankan pada para pencuri lelaki dan wanita..

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Malang juga bagi orang-orang yang kuat beramal, tapi tipis ihsannya .... ibarat pergi ke satu tempat diutara ... singgah dan terleka ditengah perjalan kerana kehabisan minyak setelah keseronokan melayan makanan di R&R .... kalau diumpamakan kenderaan itu iman, makanan itu amalan dan minyak itu ihsan ...

Anonymous said...

harap dr mashitah kmbli ke pangkuan jln.......Allah Maha Pengampun.....tolong berckp ikutAl-Quran dan HAdith,kesenangan di dunia ni sementara ja....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...