Gempar! Anak Nik Aziz Nak Lawan Muhiyidin Di Pagoh?

Lawan je Wahai Nik Abdoh Sesat!! Sahut le cabaran tu kalau ada telor!!
Apa-apa saja la hamPAS oii..

Cabar sana cabar sini, bajet hebat sangat..
Tak sedar ke diri tu dah jadi kambing belaan DAP yang perjuangan pun dah jauh tersasar dari landasan asal..
Kesian sangat aku tengok..
Duk main cabar-cabar apa lagi, lawan je terus.

Tapi kena tengok dulu ini anak siapa?
Ini anak Pok Nik la.. PAS kalau parti anak beranak takpe..
Begitu juga dengan PKR dan DAP/
Walhalalku Walharammu...

********************

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin juga merupakan Timbalan Presiden Umno.

"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," kata perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para perwakilan. 

Ahmad Marzuk ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas berkata, Pemuda harus menyahut cabaran bertanding di mana-mana kerusi dan bukannya hanya di negeri-negeri yang ada jaminan menang seperti di Kelantan. 

Nik Abduh, anak Menteri Besar Kelantan, yang berada di pentas menganggukkan kepalanya mendengar cadangan itu.

Kerusi Parlimen Pagoh merupakan satu lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional di Johor, yang disandang Muhyiddin sejak 1978. -SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...