Tu Dia! Apa Dah Jadi dengan kamera AES ni pulak?


Lokasi kamera AES perangkap laju ini adalah di Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh, Perak.
Ini boleh dikategorikan sebagai kes vandalisme. Ini juga merupakan satu manifestasi luahan perasaan dari segelintir rakyat yang tak boleh menerima perlaksanaan penguatkuasaan peraturan jalanraya menggunakan sistem AES ini.

Kerajaan harus serius untuk melakukan satu keputusan terbaik samada untuk meneruskan perlaksanaan, membatalkan atau menangguhkan ia.
Pada aku, jalan yang paling terbaik ialah menangguhkan perlaksanaan penguatkuasaan sistem ini dengan ada penambahbaikan yang menyeluruh agar boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Sesuatu harus dilakukan daripada isu ini terus menjadi duri dalam daging dan senjata puak adu domba iaitu pakatan haram dalam menjalankan kerja menghasut dan memburuk-burukkan nama kerajaan UMNO barisan nasional yang suci.

Jangan sampai tiang-tiang yang terpacak ini menjadi hiasan saja di sepanjang jalanraya di malaysia ini sudahlah!


Rujuk entry aku semalam di SINI untuk kita perhalusi dan rasional dalam menilai sistem ini.

1 comment:

Anonymous said...

ni kerja mamat motor yg kena saman kat situ, motor pun kena 300, hangit mamat tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...