Guan Eng Sanggup Peluk Islam Kerana Nama Allah?


Peluk Islam Jika Mahu Guna Kalimah Allah

Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah,” tegas Harussani The Malaysian Insider.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.-TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...