Pas buat lawak sarkis di pagi hari

APA LAGI YANG KITA MAMPU KATAKAN SELAIN DARI PAS INI PARTI MUNAFIQ!

1001 ALASAN DIBERIKAN UNTUK MENGHALALKAN SEGALA PERBUATAN MEREKA.

PARTI YANG MEMPERDAGANGKAN ISLAM INI HANYA BERMAIN RETORIK SAHAJA DENGAN MENIPU RAKYAT WALHAL MEREKA SEBENARNYA MERUPAKAN ANJING BELAAN YANG TERLALU TAKUT DENGAN TUANNYA IAITU DAP!

Pas Kedah jawab kritikan, tidak perlu himpunan hudud

Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan pelaksanaan hudud di negara ini meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kian hampir.

Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas beranggapan bahawa ia tidak perlu diadakan walaupun perjuangan Pas adalah untuk menegakkan syiar Islam.Katanya, sejak penubuhan Pas pada tahun 1951, perjuangan parti itu adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam secara menyeluruh.“Kita mungkin akan adakan beberapa perhimpunan lain selepas ini di Kedah, tapi kita tidak mungkin adakan perhimpunan hudud.

“Kalau kita nak adakan himpunan hudud, maka kita perlu adakan juga himpunan-himpunan solat, puasa dan sebagainya.“Bagaimanapun, himpunan hudud ini bukan tidak penting, tapi perjuangan tentang hudud telah pun kita adakan melalui ceramah-ceramah, kuliah dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, walaupun Pas mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu mengenai hudud, tapi Pas tetap dengan pendirian Pas.“Tidak semestinya kalau kita memperjuangkan hukum-hukum Islam kita kena laksana himpunan hudud.“Kita adakan beberapa himpunan sebelum ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan isu-isu yang sedang berbangkit. Kita nak beri penjelasan yang sebenar kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan sebelum ini bahawa Pas sanggup ke depan untuk memperjuangkan pelbagai isu, tetapi tidak pula berhimpun memperjuangkan isu dasar parti itu iaitu Islam termasuklah isu hudud.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

Telajak perahu boleh diundur, telajak kata (ceramah) sesumpah jadinya....

Bunga Cina atas peti,
Peti dibuat kayu meranti,
Cina DAP sering dipuji,
Melayu Umno diumpat dikeji.

Peti dibuat kayu meranti,
Diukir indah untuk si dara,
Melayu Umno diumpat dikeji,
Lidah bercabang berlindung agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...