Update; Keadaan Terkini Di Lahad Datu



OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS SABAH PADA 22 MAC 2013 JAM 11.00 PAGI.

Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan termasuk 8 orang yang dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau pada semalam.

Tangkapan kes-kes lain seramai 285 orang (Akta Imigresen-283 orang, Akta Pendaftaran Negara-1 orang dan Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya-1 orang)

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan.

Dalam tempoh 24 jam ini, tiada laporan pasukan keselamatan yang terkorban dan mengalami kecederaan. bilangan pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera parah adalah sama iaitu 10 orang terkorban dan 10 orang cedera parah.

Untuk makluman juga, penilaian kerosakan telah dibuat semalam oleh pihak kerajaan menteri dan pihak pejabat daerah terhadap lokasi-lokasi insiden. penilaian kerosakan ini dibuat adalah bertujuan untuk pihak kerajaan membuat satu keputusan supaya bantuan boleh disalurkan kepada penduduk penduduk kampung yang terlibat.


Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...