Kerana bendera parti, seorang lelaki parah ditetak!! #PRU13 #TolakPR

hiasan je..

Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

 Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

 Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

 "Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

 Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

 Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan. - Bernama

A.S SENDIRI TAK PASTI SIAPA YANG DITETAK, DAN PUAK MANA YANG MENETAK. YANG PENTINGNYA TAK PERLULAH SAMPAI BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH HANYA KERANA TAKSUBKAN SESEBUAH PARTI.
KAUM LAIN TENGOK, GELAK DAN TEPUK TANGAN SAHAJA.

PASANG BENDERA BN ADALAH JIHAD..
PASANG BENDERA PAKATAN ADALAH HARAM..

1 comment:

kadirdol said...

apahal yg tetak2 orang ni??? aq masih ingat masa aq sekolah dulu kat kg,....,kami sama2 kawan tak kira party mana, sama2 pasang bendera, party aq pasang sebelah kiri jalan, party kau pasang sabelah kanan jalan, aq cross mcm ni, kau cross mcm tu pulak,tak gadoh2 pon,malah kekadang pinjam tangga pulak tu...tak der pulak tetak2 org.... ni ajaran siape yg bengang sangang sangat niiii....harap polis sumbat diorang tu dalam sg,buluh....aq mmg marah sangat2 kat budak2 sekarang yg perangai mcm nii..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...