PRU-13: Hanya 30 hadir ceramah Mansor di Nibong Tebal



Mungkin bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan, menyebabkan ceramah anjuran parti itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Buktinya, dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Chenaa,Nibong Tebal malam tadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang.
Walaupun dengan kehadiran Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, ia masih belum cukup untuk menarik kehadiran orang ramai.

Sementara itu di Kampung Sri Penchala, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor pula, DAP menghadapi masalah sama apabila ceramah calon Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hanya dihadiri kira-kira 50 orang penyokong tegar parti itu.

Lip Eng seolah-olah sudah kering modal untuk berceramah apabila sepanjang 45 minit ceramah tersebut dia hanya menghentam Barisan Nasional dan tidak ada satu perkara pun menyentuh tentang perjuangan parti untuk mensejahterakan rakyat. 



1 comment:

Anonymous said...

Patutlah pi bom bilik gerakan UMNO.
Memang x bertamaddun sungguh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...