Terkini! Adam Adli Penghasut Hingusan Direman 5 Hari Mulai Hari ini


Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

 Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

 "Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli. “Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya.

 Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini. Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

 Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.-SH

A.S KATA, SYABAS KEPADA PDRM KERANA BERANI BERTINDAK TEGAS MENANGANI SITUASI SEPERTI INI.. KEEP IT UP

SEMOGA MENJADI PENGAJARAN DAN TELADAN KEPADA MANUSIA DURJANA DI LUAR SANA YANG ADA NIAT NAK CETUSKAN HURU-HARA DI DALAM NEGARA..

INI KALILAH ADAM ADLI MASUK DALAM...

3 comments:

Anonymous said...

... elok yang hendak berkampung tu dihalau atau di ditangkap secara rambang dan di tahan reman untuk siasatan lanjut di tempat berasingan ... terutama ketuanya.. tuduhan menggangu ketenteraman awam dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas kan boleh di kenakan... lagi elok jika satu di lock-up yang jauh dari orang seperti di 'terumbu layang-layang' .. jangan lupa pasang cctv 24 jam... mana tau ada yang 'gila' cederakan badan sendiri...

ben

Anonymous said...

Alhamdulillah...biar padan dengan muka celaka ni. Harap2 anak muda yang lain jangan ikut perangai si malaun ni.

O said...

Si budak hingusan ini hanyalah ikan bilis Anwar Ibrahim. Namun, tahniah pada Zahid.

Malaysia aman dan makmur sewaktu Anwar Ibrahim dalam penjara. Gara-gara kelemahan dan kelembikan Si Tun Dol, Anwar dibebaskan & negara menjadi huru-hara serta nama Malaysia tercemar dek fitnah Anwar Ibrahim. DAP pula bak menangguk air keruh kini hidup semula dan menjadi terkuat dalam barisan pembangkang.

Hanya 1 cara saja yang boleh menyelamatkan keadaan. Tangkap semula Anwar Ibrahim. PM Najib janganlah menjadi lembik macam Tun Dol demi Agama, Bangsa & Negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...