2,000 Penyokong Kelantan Merusuh Tiket Piala F.A Habis!


Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini. 

Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong.SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...